Puteri (filem)
Puteri | |
---|---|
Pengarah | Rahim Razali |
Penulis | Rahim Razali |
Dibintangi | Fauziah Ahmad Daud Eman Manan Erma Fatima Yusof Wahab |
Disunting oleh | Mior Hashim Manap |
Tarikh tayangan | 1987 |
Masa tayangan | 100 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Puteri merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem Puteri diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Puteri mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Fauziah Ahmad Daud, Eman Manan dan ramai lagi.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Puteri diarah oleh pengarah Rahim Razali pada 1987.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Filem Puteri mengisahkan Puteri (Ogy Ahmad Daud) adalah anak tunggal kepada Engku Zubaidah dan Kapten Shamsul Aman, Puteri jatuh cinta dengan Iskandar dan memutuskan pertunangannya dengan Jay anak Dato’ Seri Aminuddin kerana hubungan dengan keluarga Engku Zubaidah amatlah penting untuk perniagaanya. Kemarahan Aminuddin menyebabkan kematian Muda dan Lela. Iskandar terselamat kerana sewaktu rumahnya dibakar, dia berada di masjid. Iskandar membuat keputusan untuk ke bandar dan mencari Aminuddin serta mendesaknya supaya mengaku atas perbuatan yang telah dilakukannya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Fauziah Ahmad Daud sebagai Puteri
- Eman Manan sebagai Iskandar
- Yusof Wahab sebagai Jay@Jalal
- Erma Fatima sebagai Pam@Pamela
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Pak Su
- Abu Bakar Juah sebagai Pak Ngah
- Rahim Razali sebagai Bapa Jay
- Ahmad Marbawi sebagai Pak Amin
- Marlia Musa sebagai Ina
- Khatijah Awang sebagai Ungku Zubaidah
- Mahyon Ismail sebagai Ibu Jay
- Rohaya Rahman sebagai Isteri Pak Amin
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Fauziah Ahmad Daud - Cinta Abadi
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Malaysia ke-7 (1987)
- Fauziah Ahmad Daud - Pelakon Wanita Terbaik
- Erma Fatima - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik