Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Anjing Dobermann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pincer Dobermann)
Anjing Dobermann
Dob-3ans.jpg
Betina dewasa, dengan telinga dan ekor lengkap
Nama lainDobermann
Pincer Dobermann
Nama ringkasDobie, Doberman
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 40–45 kilogram (88–99 lb)[1][2]
Betina 32–35 kilogram (71–77 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 68–72 sentimeter (27–28 in)[1][2]
Betina 63–68 sentimeter (25–27 in)[1][2]
Bulu pendek
Warna hitam dan sawo matang, merah dan sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Dobermann atau dobermann[a] ialah satu baka anjing pekerja sederhana-besar Jerman daripada jenis pincer. Ia pada asalnya dibiakbakakan di Thüringen pada sekitar tahun 1890 oleh Louis Dobermann, seorang pengutip cukai.[3] Ia mempunyai muncung panjang dan – sebaik-baiknya – gaya jalan sekata dan anggun. Telinganya secara tradisional dipotong dan ekornya juga dipotong, yang merupakan amalan-amalan yang kini diharamkan di banyak negara.

Anjing Dobermann adalah cerdas, berwaspada, dan amat setia; ia dibela sebagai anjing pengawal atau sebagai haiwan pendamping.[4] Di Kanada dan di Amerika Syarikat, ia dikenali sebagai pincer Dobermann.[b]

Anjing Dobermann, 1909

Anjing Dobermann pertama kali dibiakbakakan pada tahun 1880s oleh Karl Friedrich Louis Dobermann, seorang pengutip cukai yang menjalankan tempat kurungan anjing di Apolda, di Thüringen zaman kini di Jerman tengah. Dengan akses kepada anjing banyak baka, beliau mendapat idea untuk menghasilkan baka yang unggul untuk melindungi beliau. Beliau mula membiakbakakan jenis anjing baharu yang mempamerkan stamina, kekuatan, dan kecerdasan mengagumkan. Lima tahun kemudian selepas kematian Dobermann, Otto Goeller, salah seorang pembiak baka terawal, mendirikan Kelab Pincer Dobermann Kebangsaan dan dianggap telah menyempurnakan baka ini setelah membiakbakakan dan memperhalusnya pada tahun 1890-an.[5][6]

Pincer Dobermann, 1915

Baka ini dipercayai telah terhasil daripada beberapa baka anjing berlainan yang mempunyai ciri-ciri yang dicari oleh Dobermann. Nisbah tepat bagi percampuran, malah baka-baka tepat yang digunakan, kekal tidak dapat dipastikan, namun ramai pakar percaya bahawa anjing Dobermann ialah gabungan beberapa baka termasuk anjing gembala Beauce, pincer Jerman, anjing Rottweil, dan anjing penuding Weimar.[7] Pengecualian tunggal ialah penyilangan berdokumen dengan grehaun dan terier Manchester. Anjing gembala lama Jerman juga dipercayai secara meluas sebagai penyumbang tunggal terbesar kepada baka anjing Dobermann. The Dobermann Pinscher (1939) oleh Philip Greunig memerihalkan perkembangan awal baka ini oleh Otto Goeller, yang membantu untuk mengasaskan baka ini.[perlu rujukan] American Kennel Club percaya bahawa baka-baka yang digunakan untuk mengembangkan pincer Dobermann mungkin termasuk anjing gembala berbulu pendek lama, anjing Rottweil, terier hitam dan putih, dan pincer Jerman.[3]

Selepas kematian Dobermann pada tahun 1894, pihak Jerman menamai baka ini Dobermannpinscher sempena menghormati beliau, tetapi setengah abad kemudian menggugurkan perkataan Pinscher atas alasan bahawa perkataan bahasa Jerman ini untuk 'terier' tidak lagi sesuai. Pihak British turut serta beberapa tahun kemudian; kini Amerika Syarikat dan Kanada merupakan negara yang masih menggunakan pinscher dan telah menggugurkan satu "n" daripada nama Dobermann dalam "Doberman Pinscher".[7]

Semasa Perang Dunia Kedua, Kor Marin Amerika Syarikat mengangkat pincer Dobermann sebagai anjing perang rasminya, walaupun kor tersebut tidak hanya menggunakan baka ini dalam peranan itu.[perlu rujukan]

Pada tahun 2013, senarai baka mengikut bilangan pendaftaran tahunan, berdasarkan tinjauan kelab anggota Persekutuan Kinologi Antarabangsa, menempatkan anjing Dobermann di tangga ke-26, dengan 20941 pendaftaran baharu setiap tahun.[8] Statistik yang disusun oleh AKC untuk tahun 2009 menempatkan pincer Dobermann di tangga ke-15th, dengan 10,233 pendaftaran pada tahun itu.[9] Pada tempoh lima belas tahun dari tahun 2009 hingga tahun 2023, purata bilangan anak anjing yang dilahirkan di Jerman ialah hampir-hampir 535 ekor, yang mewakili lebih sedikit daripada 1% daripada purata jumlah bilangan kelahiran untuk semua baka, yang direkodkan pada lebih sedikit daripada 77000 ekor setiap tahun.[10]

Anjing Dobermann ialah anjing bersaiz sederhana daripada jenis pincer.[11] Jantan berdiri setinggi sekitar 68–72 cm (27–28 in) pada paras kelasa, dengan berat yang biasanya dalam julat 40–45 kg (88–99 lb); betina pula agak lebih kecil dengan julat tinggi dan julat berat 63–68 cm (25–27 in) dan 32–35 kg (71–77 lb) masing-masing.[12][13][14] Ia merupakan anjing pekerja dan pendaftaran tertakluk kepada penyelesaian ujian kerja [de].[11]

Ia pada asalnya diniatkan sebagai anjing pengawal,[15][16] jadi jantan biasanya mempunyai penampilan berotot dan menakutkan.[15][16]

Pincer Dobermann perang kekuning-kuningan dengan telinga terpotong
Pincer Dobermann perang kekuning-kuningan dengan telinga terpotong
Anjing Dobermann biru
Anjing Dobermann biru

Dua gen warna berbeza wujud pada anjing Dobermann: satu untuk hitam (B) dan lagi satu untuk pencairan warna (D). Terdapat sembilan kemungkinan kombinasi bagi alel-alel ini, yang dapat menghasilkan empat fenotip warna berlainan: hitam, biru, merah dan perang kekuning-kuningan (putih telur).[17] Warna tradisional dan paling umum hadir apabila kedua-dua gen warna dan gen pencairan mempunyai sekurang-kurangnya satu alel dominan (iaitu, BBDD, BBDd, BbDD atau BbDd) dan pada umumnya dirujuk sebagai hitam, hitam dan karat, atau hitam dan sawo matang. Pewarnaan merah, karat merah, atau perang hadir apabila gen hitam mempunyai dua alel resesif tetapi gen pencairan mempunyai sekurang-kurangnya satu alel dominan (iaitu, bbDD, bbDd). Anjing Dobermann biru mempunyai gen warna dengan sekurang-kurangnya satu alel dominan dan gen pencairan dengan kedua-dua alel resesif (iaitu, BBdd atau Bbdd). Pewarnaan perang kekuning-kuningan adalah yang paling jarang, hadir hanya apabila kedua-dua gen warna dan gen pencairan mempunyai dua alel resesif (iaitu, bbdd). Oleh itu, warna biru ialah hitam cair dan warna perang kekuning-kuningan ialah merah cair.[perlu rujukan]

Ekspresi gen pencairan warna ialah kecelaruan yang dipanggil alopesia pencarian warna, sejenis displasia folikel anjing. Walaupun tidak mengancam nyawa, anjing ini dapat mengalami masalah kulit.[18]

Anjing Dobermann putih berwarna krim dengan mata biru dan hidung, tapak kaki, dan pinggir mata merah jambu. Anjing Dobermann putih pertama lahir pada tahun 1976.[19][sumber lebih baik diperlukan] Anjing Dobermann putih dikenal pasti sebagai anjing albino dan keadaan ini disebabkan oleh pemotongan separa di dalam gen SLC45A2.[20] Sungghupun anjing Dobermann albino cenderung menderitai isu jangka panjang termasuk kefotopekaan/fotofobia, lesi/tumor kulit, dan kerosakan kulit suria, tiada bukti yang mencadangkan bahawa mutasi ini menyebabkan kepekakan.[21]

Anjing Dobermann dengan ekor lengkap
Anjing Dobermann biru ekor terpotong

Ekor semula jadi anjing Dobermann agak panjang, tetapi anjing individual kerap mempunyai ekor pendek akibat pemotongan, iaitu tatacara yang melibatkan sebahagian besar ekor dibuang melalui pembedahan sejurus selepas kelahiran.[perlu rujukan]

Amalan pemotongan ekor telah wujud selama berabad-abad dan lebih tua daripada anjing Dobermann sebagai baka.[22] Sebab bersejarah untuk pemotongan ekor adalah untuk memastikan bahawa ekornya tidak menghalang kerja anjing berkenaan.[22] Pemotongan ekor dan telinga (lihat di bawah) telah disingkirkan daripada piawaian baka oleh FCI dan International Dobermann Club (IDC) dan anjing yang dilahirkan selepas tahun 2016 tidak akan diizinkan untuk menyertai pertunjukan FCI atau IDC tanpa ekor penuh dan telinga semula jadi.[perlu rujukan] Di United Kingdom, anjing dengan ekor terpotong telah dilarang daripada pertunjukan selama beberapa tahun[perlu rujukan] dan amalan itu kini menyalahi undang-undang untuk anjing kelahiran tempatan.[23] Pemotongan ekor menyalahi undang-undang di semua negara Kesatuan Eropah,[24] serta di Australia.[25] Piawaian AKC untuk pincer Dobermann menyertakan ekor terpotong dekat dengan vertebra ke-2.[15]

Anjing Dobermann hitam dan sawo matang tradisional dengan telinga terpotong
Anjing Dobermann hitam dan sawo matang tradisional dengan telinga terpotong

Sesetengah pemilik memotong telinga anjing Dobermann.[26] Doberman Pinscher Club of America mensyaratkan agar telinga "biasanya terpotong dan terbawa tegak-tegak" untuk pengakuran.[27] Seperti pemotongan ekor, pemotongan telinga adalah haram di banyak negara[28] dan tidak pernah di sisi undang-undang di beberapa buah negara Komanwel.[perlu rujukan]

Kecerdasan

[sunting | sunting sumber]

Kecerdasan anjing ialah istilah umum yang merangkumi fakulti-fakulti yang terlibat dalam pelbagai tugas mental, seperti pembelajaran, penyelesaian masalah, dan komunikasi. Pincer Dobermann telah disenaraikan sesama baka anjing paling cerdas dalam kajian uji kaji dan penilaian pakar. Ahli psikologi Stanley Coren menempatkan anjing Dobermann sebagai anjing ke-5 paling cerdas dalam kategori Pelatihan perintah kepatuhan, berdasarkan tinjauan-tinjauan terpilih yang dijawab oleh jurulatih berpengalaman (seperti yang didokumenkan dalam buku beliau The Intelligence of Dogs). Tambahan pula, dalam dua buah kajian, Hart dan Hart (1985) menempatkan pincer Dobermann di tangga pertama dalam kategori sama[29] dan Tortora (1980) memberi anjing Dobermann peringkat tertinggi dalam kebolehlatihan am.[30]

Walaupun ia dianggap sebagai anjing pekerja, anjing Dobermann kerap distereotaipkan sebagai anjing ganas dan agresif.[31]

Anak pincer Dobermann

Terdapat sesetengah bukti bahawa pincer Dobermann di Amerika Utara mempunyai perangai lebih tenang dan lebih sekata berbanding dengan anjing Dobermann Eropah mereka oleh sebab strategi pembiakbakaan yang digunakan oleh para pembiak baka Amerika.[32] Sungguhpun demikian, piawaian baka Amerika menyatakan bahawa, untuk tujuan penentuan kecacatan pengakuran, agresi dan kegalakan oleh anjing Dobermann terhadap anjing lain tidak dikira sebagai kebuasan.[27]

Terdapat banyak bukti saintifik bahawa pincer Dobermann mempunyai sebilangan trait psikologi stabil, seperti faktor keperibadian dan kecerdasan tertentu. Seawal tahun 1965, kajian telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa trait tingkah laku luas yang secara ketara meramalkan tingkah laku dan ditentukan secara genetik.[33] Ikutan itu, terdapat banyak percubaan saintifik untuk mengkuantitikan keperibadian atau perangai anjing dengan menggunakan teknik statistik untuk mentaksir trait-trait keperibadian pada manusia. Kajian ini kerap berbeza-beza dari segi faktor keperibadian yang difokuskan oleh mereka dan dari segi pemeringkatan baka secara berbeza di sepanjang dimensi-dimensi ini. Sebuah kajian sedemikian mendapati bahawa pincer Dobermann, berbanding dengan baka-baka lain, mempunyai kedudukan tinggi dari segi sifat suka bermain, kedududkan purata dari segi keingintahuan/ketidaktakutan, kedudukan rendah dari segi keagresifan, dan kedudukan rendah dari segi keramahan.[34] Sebuah lagi kajian sedemikian meletakkan pincer Dobermann di kedudukan rendah untuk kereaktifan/kebangkitan dan di kedudukan tinggi untuk agresi/kecenderungan pembantahan dan keterbukaan/kebolehlatihan.[35]

Sebagai tambahan kepada kajian-kajian keperibadian anjing, terdapat sesetengah penyelidikan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan baka untuk agresi. Dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2008, agresi dibahagikan kepada empat kategori: agresi yang ditujukan kepada orang asing, pemilik, anjing asing, dan persaingan dengan anjing serumah lain.[36] Kajian ini mendapati bahawa pincer Dobermann menempati kedudukan agak tinggi untuk agresi terhadap orang asing, tetapi sangat rendah untuk agresi terhadap pemilik. Pincer Dobermann menempati kedudukan purata untuk agresi terhadap anjing dan persaingan dengan anjing. Dengan memandang hanya gigitan dan percubaan gigitan, pincer Dobermann berada di kedudukan jauh lebih rendah untuk agresi terhadap manusia dan menunjukkan kurang agresi berbanding dengan banyak baka tanpa reputasi (cth., kokerspaniel, anjing Dalmatia, dan anjing besar Denmark). Kajian ini menyimpulkan bahawa agresi mempunyai dasar genetik, bahawa anjing Dobermann menunjukkan pola distingtif bagi agresi bergantung pada situasi, dan bahawa pincer Dobermann kontemporari bukan baka agresif secara keseluruhan.[36]

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, pada antara tahun 1979 dengan tahun 1998, pincer Dobermann terlibat dalam serangan ke atas manusia yang mengakibatkan kematian dengan kurang kerap berbanding dengan beberapa baka anjing lain seperti pitbul, anjing gembala Jerman, anjing Rottweil, anjing jenis husky, kacukan anjing–serigala, dan malamut Alaska.[37][38] Menurut kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit ini, salah satu faktor terpenting yang menyumbang kepada gigitan anjing ialah paras tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pemilik anjing.[39]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Jangka hayat

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 11.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[40] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 8 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[41] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 68% daripada jumlah anjing Dobermann mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[42]

Kesihatan jantung

[sunting | sunting sumber]

Kardiomiopati merupakan masalah lazim untuk baka ini[43] dan isu jantung merupakan punca lazim bagi kematian pada baka ini dengan 15% kematian yang berkaitan dengan jantung menurut tinjauan United Kingdom.[44] Data daripada Pangkalan Data Perubatan Veterinar Universiti Purdue mendapati bahawa baka ini cenderung terhadap kardiomiopati terdilat (DCM) dengan 5.8% populasi anjing Dobermann yang menghidap keadaan ini.[45] Sebuah lagi kajian di Amerika mendapati prevalens sebanyak 7.32% untuk keadaan ini.[46] Sebuah kajian Inggeris ke atas 369 kes mendapati bahawa anjing Dobermann merangkumi 16% daripada kes tersebut.[47] Penyakit ini menjejaskan anjing Dobermann dengan lebih parah berbanding dengan baka lain dengan purata masa kemandirian sebanyak 52 hari berbanding dengan 240 hari untuk baka lain.[48] Ini mungkin kerana jenis DCM yang menjejaskan anjing Dobermann berbeza.[49] Penyelidikan telah menunjukkan bahawa baka ini terjejas akibat jenis serat bergelombang teratenuasi bagi DCM yang menjejaskan banyak baka lain,[50] serta jenis degeneratif penyusupan lemak tambahan yang kelihatan spesifik terhadap baka pincer Dobermann and bokser.[50] Penyakit serius ini berkemungkinan membawa maut pada kebanyakan anjing Dobermann terjejas.[50]

Kira-kira seperempat populasi pincer Dobermann yang menghidap kardiomiopati mati secara mengejut akibat punca yang tidak diketahui,[50][51][52] dan lima puluh peratus berikutnya mati akibat kegagalan jantung kongestif.[52] Dalam kalangan anjing Dobermann betina, penjelmaan kematian mengejut bagi penyakit ini adalah lebih umum, manakala jantan cenderung menghidap kegagalan jantung kongestif.[53] Sebagai tambahan kepada prevalens lebih tinggi pada anjing Dobermann, penyakit ini juga lebih serius pada baka ini. Ikutan diagnosis, anjing biasa bukan daripada baka anjing Dobermann mempunyai jangkaan masa hidup selama 8 bulan; untuk pincer Dobermann, walau bagaimanapun, jangkaan masa hidup adalah kurang daripada dua bulan.[48] Walaupun punca untuk penyakit ini sebahagian besarnya tidak diketahui, terdapat bukti bahawa ini merupakan penyakit keluarga terwaris sebagai trait dominan autosom.[54]

Dermatologi

[sunting | sunting sumber]

Anjing Dobermann cenderung terhadap keadaan dermatologi berikut: dermatitis jilatan akral; pioderma dagu, akne, atau folikulitis; erupsi drug kulit; alopesia pencairan warna; demodikosis; displasia folikel; bula perdarahan antara digit [Wikidata], furunkulosis atau sista kaki; pemfigus foliaseus; dan vitiligo.[55]

Keadaan lain

[sunting | sunting sumber]

Keadaan lain yang terhadapnya baka ini cenderung termasuk: penyakit von Willebrand[56] dan penyakit prostat.[57] Kecelaruan kompulsif anjing didapati prevalen pada 28% populasi anjing Dobermann dalam sebuah kajian.[58] Baka ini cenderung terhadap hipotiroidisme[55][43] dengan sebuah kajian Amerika Syarikat yang mendapati bahawa 6.3% populasi anjing Dobermann menghidap keadaan ini berbanding dengan 1.54% untuk baka kacuk.[46] Anjing Dobermann juga cenderung terhadap volvulus pendilatan gastrik.[59] Sebuah kajian terhadap 295 kes di Amerika mendapati bahawa 6.1% kes berpunca daripada anjing Dobermann.[60] Sebuah lagi kajian Amerika terhadap 1,934 kes mendapati nisbah kemungkinan sebanyak 5.5 untuk anjing Dobermann.[61]

Keadaan rangka

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian Amerika Utara yang menyemak lebih daripada sejuta ekor anjing yang diperiksa di hospital pengajar veterinar mendapati bahawa anjing Dobermann mempunyai prevalens sejelasnya lebih rendah terhadap displasia pinggul dengan 1.34% populasi anjing Dobermann yang menghidap displasia pinggul berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan.[62] Sebuah lagi kajian Amerika Utara terhadap 1,000,000 imbasan pinggul dan 250,000 imbasan siku mendapati anjing Dobermann sebagai antara 15 baka yang paling kurang berkemungkinan untuk menghidap kedua-dua displasia pinggul dan displasia siku. 5.7% populasi anjing Dobermann yang melebihi usia 2 tahun menghidap displasia pinggul dan 0.8% menghidap displasia siku.[63]

Sebuah kajian Amerika Syarikat terhadap rekod bagi lebih daripada 90,000 ekor anjing mendapati bahawa anjing Dobermann cenderung terhadap penyakit ceper intervertebra [Wikidata] (IVDD), dengan 12.7% populasi anjing Dobermann yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 4.43% untuk baka kacuk.[46]

  1. ^ Jawi: انجيڠ دوبرمن; دوبرمن; Jerman: Dobermann, Sebutan bahasa Jerman: [ˈdoːbɐman]  ( dengar); bahasa Inggeris: dobermann, doberman, /ˈdbərmən/
  2. ^ Jawi: ڤينچر دوبرمن; Jerman: Dobermannpinscher; bahasa Inggeris: Dobermann pinscher, Doberman pinscher
  1. ^ a b c d "FCI - Standard Nr. 143 DOBERMANN" [Piawaian FCI No. 143 Anjing Dobermann] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Disember 2015. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  2. ^ a b c d "FCI-Standard N° 143 DOBERMANN" [Piawaian FCI No. 143 Anjing Dobermann] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Dobermann Council of K.U.S.A.; Bailey, Christina; Sporre-Willes, Renée. Disemak oleh Uwe Fischer. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Disember 2015. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b "Get to Know the Doberman Pinscher" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 9 Februari 2015 di Wayback Machine, 'The American Kennel Club', dicapai pada 8 Januari 2024.
  4. ^ "Dobermans Suffer From a Bad Press" [Anjing Dobermann Merana kerana Akhbar Buruk]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 15 Februari 1993. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2018. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  5. ^ Donnelly, Kerry V. (Jun 1989). Doberman Pinschers [Pincer Dobermann] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866228060. OCLC 18860984.
  6. ^ Zervas, Michael R., penyunting (1997). The Basic Guide to the Doberman Pinscher [Panduan Asasi untuk Pincer Dobermann] (dalam bahasa Inggeris). Ruckersville, Virginia, Amerika Syarikat: Dace Publishing. m/s. 9–11. ISBN 9780932045102. OCLC 36404335.
  7. ^ a b "Breed history" [Sejarah baka] (dalam bahasa Inggeris). Dobermann Pinscher Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2024.
  8. ^ [Svenska Kennelklubben] (2013). Registration figures worldwide – from top thirty to endangered breeds (dalam bahasa Inggeris). FCI Newsletter 15. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  9. ^ [s.n.] (2016). Dog Registration Statistics 1991–2008 (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  10. ^ Welpenstatistik (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 28 September 2024.
  11. ^ a b "FCI breeds nomenclature: DOBERMANN (143)" [Tatanama baka FCI: ANJING DOBERMANN (143)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 28 September 2024.
  12. ^ "FCI - Standard Nr. 143 DOBERMANN" [Piawaian FCI No. 143 Anjing Dobermann] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Disember 2015. Dicapai pada 28 September 2024.
  13. ^ "FCI-Standard N° 143 DOBERMANN" [Piawaian FCI No. 143 Anjing Dobermann] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Dobermann Council of K.U.S.A.; Bailey, Christina; Sporre-Willes, Renée. Disemak oleh Uwe Fischer. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Disember 2015. Dicapai pada 28 September 2024.CS1 maint: others (link)
  14. ^ Dobermann (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 28 September 2024.
  15. ^ a b c "American Kennel Club: Doberman Pinscher breed standard" [American Kennel club: piawaian baka] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2015. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  16. ^ a b "Canadian Kennel Club: Doberman Pinscher breed standard" [Canadian Kennel Club: Piawaian baka Pincer Dobermann] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2014. Dicapai pada 12 Januari 2024. Size: "Males, decidedly masculine, without coarseness. Females, decidedly feminine, without over-refinement."
  17. ^ "Color Chart" [Carta Warna] (dalam bahasa Inggeris). Doberman Pinscher Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2009. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  18. ^ Miller, William H. Jr. (September 1990). "Colour Dilution Alopecia in Doberman Pinschers with Blue or Fawn Coat Colours: A Study on the Incidence and Histopathology of this Disorder" [Alopesia Pencairan Warna pada Pincer Dobermann dengan Warna Lapis Bulu Biru atau Perang Kekuning-kuningan: Kajian tentang Insiden dan Histopatologi Kecelaruan Ini]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 1 (3): 113–122. doi:10.1111/j.1365-3164.1990.tb00089.x. ISSN 1365-3164. PMID 34644836 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 73077741.
  19. ^ "What is an Albino Doberman" [Apakah Anjing Dobermann Albino] (dalam bahasa Inggeris). Doberman Pinscher Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2009. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  20. ^ Winkler, Paige A.; Gornik, Kara R.; Ramsey, David T.; Dubielzig, Richard R.; Venta, Patrick John; Petersen-Jones, Simon M.; Bartoe, Joshua Thomas (19 Mac 2014). Anderson, Michael G. (penyunting). "A Partial Gene Deletion of SLC45A2 Causes Oculocutaneous Albinism in Doberman Pinscher Dogs" [Pemotongan Gen Separa bagi SLC45A2 Menyebabkan Albinisme Okulokutis pada Pincer Dobermann]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 9 (3): e92127. Bibcode:2014PLoSO...992127W. doi:10.1371/journal.pone.0092127. ISSN 1932-6203. PMC 3960214. PMID 24647637. S2CID 77692.
  21. ^ "Can dogs be albino" [Dapatkan anjing berwarna albino?] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 11 September 2024.
  22. ^ a b Gudas, Raymond; Sikora Siino, Betsy (1 Mac 2005). Doberman Pinschers: A Complete Pet Owner's Manual [Pincer Dobermann: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764128578. OCLC 56662051.
  23. ^ "Animal Welfare Act 2006 Section 6" [Akta Kebajikan Haiwan 2006 Seksyen 6]. Legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
  24. ^ "Chart of signatures and ratifications of Treaty 125" [Carta tandatangan dan ratifikasi Perjanjian 125]. Majlis Eropah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
  25. ^ "Is the tail docking of dogs legal in Australia?" [Adakah pemotongan ekor anjing mematuhi undang-undang di Australia?]. Royal Australian Society for the Protection of Animals (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
  26. ^ Pagan, C. "Ear cropping and tail docking: Should you or shouldn't you?" [Pemotongan telinga dan ekor: Patut atau tidak?] (dalam bahasa Inggeris). WebMD. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2016. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  27. ^ a b "The Doberman – Breed Standard" [Anjing Dobermann – Piawaian Baka]. Doberman Pinscher Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2012. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  28. ^ "Ear cropping and tail docking" [Pemotongan telinga dan ekor] (dalam bahasa Inggeris). The Canadian Federation of Humane Societies/Fédération des sociétés canadiennes d'assistance aux animaux (CFHS/FSCAA). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2011. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  29. ^ Hart, Benjamin L.; Hart, Lynette Arnason (1 Jun 1985). "Selecting pet dogs on the basis of cluster analysis of breed behavior profiles and gender" [Memilih anjing peliharaan berdasarkan analisis gugusan bagi profil tingkah laku baka dan jantina]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 186 (11): 1181–1185. ISSN 1943-569X. PMID 4008297. S2CID 33151136.
  30. ^ Tortora, Daniel Francis (1980). "Animal behavior therapy: the behavioral diagnosis and treatment of dominance-motivated aggression in canines: Part 1" [Terapi tingkah laku haiwan: diagnosis tingkah laku dan rawatan agresi bermotivasikan kedominanan pada kanin: Bahagian 1]. Canine Practice (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Practice Publishing. 7: 10–19. ISSN 1057-6622. S2CID 69054273.
  31. ^ "The Doberman pinscher: darling...or devil?" [Pincer Dobermann: kesayangan...atau bahana?]. Sports Illustrated (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2018. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  32. ^ Coren, Stanley (5 Disember 2006). Why Does My Dog Act That Way?: A Complete Guide to Your Dog's Personality [Mengapa Anjing Saya Bertindak Sedemikian?: Panduan Lengkap untuk Keperibadian Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Free Press. ISBN 9780743277068. OCLC 71173942.
  33. ^ Scott, John Paul; Fuller, John Langworthy (1974). Genetics and the Social Behavior of the Dog [Genetik dan Tingkah Laku Sosial Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. doi:10.7208/chicago/9780226190822.001.0001. ISBN 9780226743356. OCLC 383093957.
  34. ^ Svartberg, Kenth (1 Ogos 2005). "Breed-typical behaviour in dogs—Historical remnants or recent constructs?" [Tingkah laku tipikal baka pada anjing—Tinggalan bersejarah atau konstruk baru-baru ini?]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 96 (3–4): 293–313. CiteSeerX 10.1.1.515.7023. doi:10.1016/j.applanim.2005.06.014. ISSN 1872-9045. S2CID 512233.
  35. ^ Draper, Thomas William (1995). "Canine Analogs of Human Personality Factors" [Analog-analog Anjing bagi Faktor-faktor Keperibadian Manusia]. The Journal of General Psychology (dalam bahasa Inggeris). Routledge. 122 (3): 241–252. doi:10.1080/00221309.1995.9921236. ISSN 1940-0888. PMID 7650520. S2CID 11718512.
  36. ^ a b Duffy, Deborah L.; Hsu, Yuying; Serpell, James Andrew (3 Jun 2008). "Breed differences in canine aggression" [Perbezaan baka dari segi agresi anjing]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 114 (3–4): 441–460. doi:10.1016/j.applanim.2008.04.006. ISSN 1872-9045. S2CID 3764128.
  37. ^ US Centers for Disease Control: Breeds of dogs involved in fatal human attacks in the United States between 1979 and 1998 (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 23 Jun 2011 di Wayback Machine. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  38. ^ Sacks, Jeffrey J.; Sinclair, Leslie; Gilchrist, Julie; Golab, Gail C.; Lockwood, Randall (15 September 2000). "Breeds of dogs involved in fatal human attacks in the United States between 1979 and 1998" [Baka anjing yang terlibat dalam serangan manusia maut di Amerika Syarikat pada antara tahun 1979 dengan tahun 1998]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 217 (6): 836–840. doi:10.2460/javma.2000.217.836. ISSN 1943-569X. PMID 10997153. S2CID 10817039.
  39. ^ Sacks, Jeffrey J.; Lockwood, Randall; Hornreich, Janet; Sattin, Richard W. (1 Jun 1996). "Fatal Dog Attacks, 1989-1994" [Serangan Anjing Maut, 1989–1994]. Pediatrics (dalam bahasa Inggeris). Akademi Pediatrik Amerika. 97 (6): 891–895. doi:10.1542/peds.97.6.891. ISSN 1098-4275. PMID 8657532. S2CID 245088140 Check |s2cid= value (bantuan).
  40. ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  41. ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo Emidio; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo Felice; Podaliri Vulpiani, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni Loris; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267743971 Check |s2cid= value (bantuan).
  42. ^ Egenvall, Agneta; Bonnett, Brenda N.; Hedhammar, Åke; Olson, Pekka (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121–136. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925. S2CID 15198478.
  43. ^ a b Feldman, Edward C.; Nelson, Richard W.; Reusch, Claudia; Scott-Moncrieff, Joanna Catharine R. (2015). "Chapter 3 - Hypothyroidism" [Bab 3 - Hipotiroidisme]. Canine & Feline Endocrinology [Endokrinologi Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ellen Nicole Behrend. (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. m/s. 91. doi:10.1016/B978-1-4557-4456-5.00003-1. ISBN 9781455744565. OCLC 905743180.
  44. ^ Adams, Vicki Jean; Evans, Katy M.; Sampson, Jeffery; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
  45. ^ Fox, Philip R.; Sisson, D. David; Moïse, N. Sydney (15 Jun 1999). "Myocardial diseases of dogs" [Penyakit miokardium anjing]. Textbook of Canine and Feline Cardiology: Principles and Clinical Practice [Buku Teks Kardiologi Anjing dan Kucing: Prinsip dan Amalan Klinikal] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Saunders. m/s. 518–619. ISBN 9780721640440. OCLC 34894388.
  46. ^ a b c Bellumori, Thomas P.; Famula, Thomas R.; Bannasch, Danika L.; Belanger, Janelle Maria; Oberbauer, Anita M. (1 Jun 2013). "Prevalence of inherited disorders among mixed-breed and purebred dogs: 27,254 cases (1995–2010)" [Prevalens kecelaruan terwaris dalam kalangan anjing baka kacuk dan baka tulen: 27,254 kes (1995–2010)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 242 (11): 1549–1555. doi:10.2460/javma.242.11.1549. ISSN 1943-569X. PMID 23683021. S2CID 23592660.
  47. ^ Martin, Mike W. S.; Stafford Johnson, Mike J.; Celona, B. (12 Januari 2009). "Canine dilated cardiomyopathy: a retrospective study of signalment, presentation and clinical findings in 369 cases" [Kardiomiopati terdilat anjing: kajian retrospektif tentang pengisyaratan, pembentangan, dan penemuan klinikal dalam 369 kes]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 50 (1): 23–29. doi:10.1111/j.1748-5827.2008.00659.x. ISSN 1748-5827. PMID 19037887. S2CID 40413750.
  48. ^ a b Domanjko-Petrič, Aleksandra; Le Quesne Stabej, Polona; Žemva, A. (Mei 2002). "Dilated cardiomyopathy in Doberman Pinschers: Survival, Causes of Death and a Pedigree Review in a Related Line" [Kardiomiopati Terdilat pada Pincer Dobermann: Kemandirian, Punca Kematian, dan Semakan Pedigri pada Susur Galur Berkaitan]. Journal of Veterinary Cardiology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 4 (1): 17–24. doi:10.1016/S1760-2734(06)70019-4. ISSN 1875-0834. PMID 19081342. S2CID 42027392.
  49. ^ O'Grady, Michael Redmond; O'Sullivan, M. Lynne (September 2004). "Dilated cardiomyopathy: an update" [Kardiomiopati terdilat: kemas kini]. Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 34 (5): 1187–1207. doi:10.1016/j.cvsm.2004.05.009. ISSN 1878-1306. PMID 15325477. S2CID 45743522.
  50. ^ a b c d Tidholm, Anna; Jönsson, Lotta (Januari 2005). "Histologic Characterization of Canine Dilated Cardiomyopathy" [Pencirian Histologi bagi Kardiomiopati Terdilat Anjing]. Veterinary Pathology (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 42 (1): 1–8. doi:10.1354/vp.42-1-1. ISSN 1544-2217. PMID 15657266. S2CID 15431327.
  51. ^ Calvert, Clay A.; Hall, Gregory; Jacobs, Gilbert J.; Pickus, Cynthia W. (15 Februari 1997). "Clinical and pathologic findings in Doberman Pinschers with occult cardiomyopathy that died suddenly or developed congestive heart failure: 54 cases (1984-1991)" [Penemuan klinikal dan patologi pada pincer Dobermann dengan kardiomiopati okult yang mati tiba-tiba atau menghidap kegagalan jantung kongestif: 54 kes (1984–1991)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 210 (4): 505–511. doi:10.2460/javma.1997.210.04.505. ISSN 1943-569X. PMID 9040836. S2CID 10578323.
  52. ^ a b Calvert, Clay A.; Jacobs, Gilbert J.; Smith, David D.; Rathbun, Stephen Lynn; Pickus, Cynthia W. (1 Januari 2000). "Association between results of ambulatory electrocardiography and development of cardiomyopathy during long-term follow-up of Doberman Pinschers" [Perkaitan antara hasil keputusan elektrokardiografi ambulatori dengan perkembangan kardiomiopati semasa rawatan susulan jangka masa panjang pincer Dobermann]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 216 (1): 34–39. doi:10.2460/javma.2000.216.34. ISSN 1943-569X. PMID 10638315. S2CID 6689787.
  53. ^ Dutton, Emily; López-Alvarez, Jordi (17 April 2018). "An update on canine cardiomyopathies – is it all in the genes?" [Kemas kini tentang kardiomiopati anjing – adakah semuanya di dalam gen?]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 59 (8): 455–464. doi:10.1111/jsap.12841. ISSN 1748-5827. PMID 29665072. S2CID 4952204.
  54. ^ Meurs, Kathryn M.; Fox, Philip R.; Norgard, Michelle M.; Spier, Alan W.; Lamb, Allison; Koplitz, Shianne L.; Baumwart, Ryan Dale (September 2007). "A Prospective Genetic Evaluation of Familial Dilated Cardiomyopathy in the Doberman Pinscher" [Penilaian Genetik Prospektif bagi Kardiomiopati Terdilat Kekeluargaan pada Pincer Dobermann]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 21 (5): 1016–1020. doi:10.1111/j.1939-1676.2007.tb03058.x. ISSN 1939-1676. PMID 17939558. S2CID 25626136.
  55. ^ a b Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
  56. ^ "Doberman Pinscher" [Pincer Dobermann]. Canine Inherited Disorders Database (dalam bahasa Inggeris). Universiti Pulau Putera Edward. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2013. Dicapai pada 12 Januari 2024 – melalui UPEI.ca.
  57. ^ Krawiec, Donald R.; Heflin, Dena (15 April 1992). "Study of prostatic disease in dogs: 177 cases (1981-1986)" [Kajian penyakit prostat pada anjing: 177 kes (1981–1986)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 200 (8): 1119–1122. doi:10.2460/javma.1992.200.08.1119. ISSN 1943-569X. PMID 1376729. S2CID 10861323.
  58. ^ Ogata, Niwako; Gillis, Timothy E.; Liu, Xiaoxu; Cunningham, Suzanne M.; Lowen, Steven Bradley; Adams, Bonnie L.; Sutherland-Smith, James; Mintzopoulos, Dionyssios; Janes, Amy C.; Dodman, Nicholas Howard; Kaufman, Marc J. (13 April 2013). "Brain structural abnormalities in Doberman pinschers with canine compulsive disorder" [Keabnormalan struktur otak pada pincer Dobermann dengan kecelaruan kompulsif anjing]. Progress in Neuro-Psychopharmacology & Biological Psychiatry (dalam bahasa Inggeris). Pergamon Press. 45: 1–6. doi:10.1016/j.pnpbp.2013.04.002. ISSN 1878-4216. PMID 23590875. S2CID 4107434. CCD is highly prevalent among Dobermans, with an estimated incidence of about 28% in a database including over 2300 dogs (personal communication, Andrew Borgman, Statistical Analyst, Van Andel Research Institute, Grand Rapids, MI)
  59. ^ Bell, Jerold S. (19 September 2014). "Inherited and Predisposing Factors in the Development of Gastric Dilatation Volvulus in Dogs" [Faktor-faktor Terwaris dan Pendorong dalam Perkembangan Volvulus Pendilatan Gastrik pada Anjing]. Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 29 (3): 60–63. doi:10.1053/j.tcam.2014.09.002. ISSN 1946-9837. PMID 25496921. S2CID 31820259.
  60. ^ Brockman, Daniel J.; Washabau, Robert J.; Drobatz, Kenneth J. (15 Ogos 1995). "Canine gastric dilatation/volvulus syndrome in a veterinary critical care unit: 295 cases (1986–1992)" [Sindrom volvulus/pendilatan gastrik anjing di dalam sebuah unit jagaan kritikal veterinar: 295 kes (1986–1992)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 207 (4): 460–464. doi:10.2460/javma.1995.207.04.0460. ISSN 1943-569X. PMID 7591946. S2CID 40830877.
  61. ^ Glickman, Lawrence T.; Glickman, Nita W.; Pérez, Cynthia M.; Schellenberg, Diana B.; Lantz, Gary C. (1 Mei 1994). "Analysis of risk factors for gastric dilatation and dilatation-volvulus in dogs" [Analisis faktor risiko untuk pendilatan gastrik dan volvulus pendilatan pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 204 (9): 1465–1471. doi:10.2460/javma.1994.204.09.1465. ISSN 1943-569X. PMID 8050972. S2CID 20494568.
  62. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, Jose Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James Lee (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 1943-569X. PMID 18598150. S2CID 11682638.
  63. ^ Oberbauer, Anita M.; Keller, G. Gregory; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan Jose (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985. S2CID 45459111.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]