Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pikau Biru Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pikau
Burung pikau.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. chinensis
Sinonim
  • Tetrao chinensis Linnaeus, 1766
  • Coturnix chinensis (Linnaeus, 1766)
  • Excalfactoria chinensis Linnaeus, 1766
Samsonvale, Queensland tenggara.
Pikau yang diternak.

Pikau Biru Asia, Pikau[1], puyuh padang[2], puyuh batu, atau puyuh biru Asia (bahasa Inggeris: Asian blue quail atau Chinese painted quail) ialah burung dalam order Galliformes dan tergolong dalam famili yang sama dengan kuang bayas. Taburannya adalah di kawasan-kawasan liar terbentang dari Asia tenggara ke Oceania dengan 6 subspesies yang berbeza. Nama saintifiknya adalah Synoicus chinensis (sin. Excalfactoria chinensis).[3]

Avikultur

[sunting | sunting sumber]
Telur dan anak pikau, 10 hari menetas.

Burung pikau telah menjadi amat popular untuk diternakkan dan dibiak, dengan banyak mutasi dikembangkan. Burung ini agak tahan lasak sebaik sahaja telah menyesuaikan diri dengan persekitarannya dan akan mengekalkan kebersihan lantai sangkar. Kos untuk membeli dan memeliharanya sangat murah.

Burung pikau ialah pembiak hiperaktif dan membiak pada kadar yang luar biasa. Seekor burung betina boleh mengeluarkan sebiji telur setiap hari jika diberikan diet yang wajar. Burung betina juga mengeluarkan bunyi "berkokok" yang lembut untuk menarik pasangan. Burung pikau tidak memerlukan banyak masa untuk makan dan minum, dan hanya memerlukan sangkar burung yang lebih kurang dua kaki panjangnya untuk membiak, tetapi memerlukan tiga kali lebih banyak ruang untuk hidup biak serta untuk mengelakkan perlawanan. Telurnya boleh dieramkan dengan mudah.

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Spesies ini mempunyai sejarah penyusunan yang panjang, yang mana pernah digolongkan beberapa kali dalam genus Coturnix, kemudian Synoicus, diikuti Excalfactoria. Bukti filogenetik menyokong bahawa spesies ini adalah kepunyaan genus Synoicus bersama dengan puyuh biru (S. adansonii) , puyuh salju (S. monorthonyx) and puyuh perang (S. ypsilophorus). Terdapat sekitar enam subspesies yang dikenal:

  • S. c. chinensis (Linnaeus, 1766) : Burung pikau batu : ditemui dari India dan Sri Lanka hingga ke Semenanjung Malaysia, Indochina, China tenggara dan Taiwan.
  • S. c. trinkutensis Richmond, 1902): dijumpai di kepulauan Andaman dan Nicobar.
  • S. c. lineata (Scopoli, 1786): ditemui di Filipina, Borneo, kepulauan Sunda Kecil, Sulawesi and kepulauan Sula.
  • S. c. lepida Hartlaub, 1879: ditemui di kepulauan Bismarck.
  • S. c. australis Gould, 1865: ditemui di Australia timur
  • S. c. colletti Mathews, 1912: ditemui di Australia laut.
  1. ^ "pikau". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "puyoh". SEAlang Library Malay Lexicography. Southeast Asian Languages Library. 2005.
  3. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
  • "Coturnix chinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk justifikasi tentang mengapa spesies ini tidak menimbulkan banyak kebimbangan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]