Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Penghakisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanah ladang yang digembur seperti ini mudah terhakis apabila berlakunya hujan, akibat daripada pemusnahan tanaman penutup bumi dan pembajakan yang berlebihan.

Penghakisan ialah proses penanggalan dan pengangkutan zarah atau butiran tanah dan batu dari permukaan bumi melalui tindakan proses semulajadi seperti angin atau aliran air, dan kemudiannya diangkut dan termendap di kawasan yang lain.

Sementara hakisan adalah proses semulajadi, aktiviti manusia telah meningkatkan kadarnya lagi (dari 10-40 kali) dan ia berlaku secara global. Hakisan berlebihan mendatangkan masalah seperti penggurunan, pengurangan produktiviti pertanian akibat dari degradasi tanah, enapan jalan air, dan keruntuhan ekologi akibat daripada kehilangan nutrien pada lapisan atas tanah. Hakisan air dan tanah kini menjadi dua sebab utama degradasi tanah; digabungkan, ia bertanggungjawab untuk 84% kawasan terdegradasi menjadikan hakisan berlebihan salah satu yang signifikan dalam masalah alam sekitar global yang dihadapi kini.[1][2]

  1. ^ Blanco, Humberto; Lal, Rattan (2010). "Soil and water conservation". Principles of Soil Conservation and Management. Springer. m/s. 2. ISBN 978-90-481-8529-0.
  2. ^ Toy, Terrence J. et al (2002). Soil Erosion: Processes, Predicition, Measurement, and Control. John Wiley & Sons. m/s. 1. ISBN 978-0-471-38369-7.