Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Senarai frasa Bahasa Latin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daftar di bawah ini menyenaraikan ungkapan bahasa Latin yang sering digunakan dalam bidang tertentu.

  • Ad hoc ("demi ini") – dibentuk atau dimaksudkan kepada satu tujuan khusus sahaja
  • ad interim ("sementara")
  • ad nauseam (sampai memuakkan") – perkara yang sudah banyak disebutkan berulang kali-kali sampai memuakkan.
  • confer (cf. "banding") – arahan membandingkan sesuatu yang dibaca petik dengan suatu maklumat lain yang berkaitan
  • id est (i.e.) – "yakni".
  • in situ – "dalam tempat" sesuatu kejadian atau kegiatan sedang berlaku
  • et alii, et aliae, et alia (et al.) – "dan kawan-kawan", meringkaskan beberapa orang penulis lain yang menyumbang sama dalam suatu makalah
  • et cetera (etc., &c.) – "dan sebagainya"
  • exempli gratia (e.g., "contoh dikasihkan") – "contohnya"
  • ex nihilo ( "dari kosong") – muncul secara tiba-tiba/dari entah mana
  • ex novo ( "dari baru") – dibuat atau dihasilkan baharu tanpa disambung dari suatu duluan
  • passim (pass., "tersebar") – untuk maklumat yang dijumpai serata teks petikan, juga et passim (et pass.)
  • quantum sufficit (qs.) – "secukupnya"
  • quaque hora (qh.) – "setiap jam"
  • quod vide (mufrad q.v., quae vide jamak q.q.v.) – "arahan membaca rujukan lebih lama atau teliti demi menjelaskan kefahaman petikan suatu teks
  • seculo seculorum – "selama-lamanya"
  • sensu stricto (s.s., s.str.) – "maksud khusus/terperinci"
  • sensu lato (s.l.) – "maksud luas"
  • sensu amplo – "maksud longgar/lebih kurang", sama seperti sensu lato.
  • sic digunakan menandakan ralat ejaan atau kata tersasul yang terpelihara dalam petikan asal sumber[1][2] (dalam tanda kurungan segi yakni [sic])
  • sine anno (s.a., "tanpa tahun") – menunjukkan sesuatu karya dipetik tidak diketahui tarikh penerbitannya
  • sine loco (s.l., "tanpa tempat") – menunjukkan sesuatu karya dipetik tidak diketahui tempat penerbitannya
  • sine nomine (s.n., "tanpa nama") – nama pengarang sesuatu karya dipetik tidak diketahui.

Logik/Mantik

[sunting | sunting sumber]
  • ad hominem ("terhadap orang") – ciri atau motif yang menyelar pengujar kerana peribadinya dari menentusahkan hujahan diujarkan
  • ad infinitum
  • ad nauseam
  • cogito ergo sum ("Aku berfikir maka aku ada") – ungkapan diutarakan oleh Descartes, filsuf Perancis yang menegaskan pembuktian keberadaan atau kewujudan seseorang daripada kemampuannya berfikir asas pemikiran rasionalisme
  • quod erat demonstrandum (QED – "yang sudah dibuktikan/terbukti")

Matematik dan perangkaan

[sunting | sunting sumber]

Perundangan

[sunting | sunting sumber]
  • Casus belli ("kejadian perang") – kejadian yang membenarkan pengisytiharan perang oleh sesuatu pihak
  • Jus sanguinis ("hak darah")
  • Jus soli ("hak tanah")
  • Persona non grata ("Orang yang tidak disukai") – yang biasanya tidak boleh hadir di suatu tempat atau negara bahkan akan terus diusir pulang sebaik dikenalpasti.
  • ex gratia ("dari kasihan") – dilakukan tanpa sebarang tanggungan atau kewajiban
  • ex officio ("dari pejabat") – memegang suatu jawatan secara rasminya
  • ex parte ("dari satu bahagian") – dari satu pihak tertentu sahaja
  • pro bono [publico] ("untuk kebaikan [orang ramai]") - kepakaran dilakukan secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran balas
  • pro deo ("kerana Tuhan") - sama seperti atas, khusus di Belanda
  • E causa ignota ("tanpa sebab diketahui") – untuk gejala tanpa penyakit punca yang pasti
  • Nomen dubium ("nama diragui")
  • Nomen oblitum ("nama dilupakan")
  • A posteriori ("dari yang terakhir") – sinonim kaedah penalaran induktif.
  • A priori ("dari yang pertama" – sinonim kaedah penalaran deduktif.
  • Ab initio ("dari mula"), ab ovo ("dari telur") – tatacerita dari mula sampai akhir
  • In media res ("dalam tengah benda") – tatacerita dari pertengahan sesuatu kejadian utama
  • magnum opus – suatu karya yang paling utama atau penting dihasilkan

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
  • Alma mater – tempat pengajian utama seseorang
  • Requiescat in pace (RIP – "Rehatnya dalam aman", terjemahan lebih sejadi dan lazim: "semoga gemulah/mendiang aman bersemadi") – ditulis di batu nisan atau belasungkawa seseorang yang meninggal dunia
  • Tabula rasa ("papan digosok")
  1. ^ Garner, Bryan A. (2001). "sic". A Dictionary of Modern Legal Usage (ed. 2nd). US: Oxford University Press. m/s. 806–807. ISBN 978-0-19-514236-5.
  2. ^ "Grammar and Style." USD History Guide for Writing Research Papers. Department of History, University of South Dakota. 6/12/2009