Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Orang Cam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Melayu Champa)
Orang Cam
Orang Cam beragama Islam di Kemboja. sek. 2007
Jumlah penduduk
~500,000
Kawasan ramai penduduk
 Kemboja317,000[1]
 Vietnam127,000[2]
 Laos15,000[3]
 Malaysia10,000
 Thailand4,000
 Amerika Syarikat3,000
 Perancis1,000
Bahasa
Bahasa Cam (bahasa ibunda), Bahasa Arab atau/dan Pali/Sanskrit (bahasa agamawi untuk gunaan keagamaan), Bahasa Malaysia (untuk yang menetap di Malaysia), Bahasa Inggeris (untuk yang menetap di Amerika Syarikat), Bahasa Khmer (bahasa rasmi negara Kemboja), Bahasa Vietnam (bahasa rasmi negara Vietnam), Bahasa Thai (untuk yang menetap di Thailand terutamanya di sekitar ibu negara, Bangkok dan wilayah sempadan Selatan Thai), Bahasa Lao (untuk yang menetap di Laos), Bahasa Perancis (untuk yang menetap di Perancis) dan sebagainya.
Agama
Cam Kemboja: Kebanyakan atau kesemua Islam Sunah; minoriti Islam Syiah, Hindu, dan ateisme/agnostik/paganisme.[4]
Cam Vietnam: Kebanyakan atau kesemua penganut Hindu; minoriti penganut Islam, penganut Buddha ataupun campuran kedua-dua agama HinduBuddha.[5][6]
Kumpulan etnik berkaitan
Carai, Aceh, Melayu dan etnik Austronesia lain.

Orang Cam (Bahasa Cam: ꨂꨣꩃ ꨌꩌꨚ Urang Campa, Bahasa Khmer: ជនជាតិចាម Chônchéatĕ Cham, Bahasa Vietnam: người Chăm) adalah kelompok etnik Austronesia di Asia Tenggara. Suku Cam adalah saki-baki dari Kerajaan Campa (kurun ke-7 hingga 15). Mereka bertutur bahasa Cam, sebuah bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang termasuk dalam keluarga bahasa Austronesia.

Mereka berpusat antara wilayah Kampong Cam negara Kemboja dan di bahagian tengah serta selatan negara Vietnam terutamanya di kawasan Phan Rang-Thap Cam, Phan Thiết, Bandaraya Ho Chi Minh dan An Giang. Orang Cam membentuk komuniti orang Islam di Kemboja dan Vietnam.[7]

Kira-kira 4,000 orang Cam juga tinggal di Thailand; kebanyakan mereka turut berhijrah ke ibu negaranya, Bangkok iaitu pada masa pemerintahan Raja Rama I dan juga wilayah Selatan Thai seperti Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla untuk berkerja, menuntut ilmu dan menetap sebagai rakyat Thailand berketurunan etnik minoriti Melayu Thai, di mana golongan yang mendapat kerakyatan negara itu dianggap sebagai sub-suku bangsa minoriti tersebut.[8]

Pelarian berbangsa Cam berhijrah mendarat di Pantai Timur tahun 1970-an semasa pergolakan rejim Khmer Rouge dan kemudiannya perang sesama Kemboja dan Vietnam meminta suaka atas persamaan anutan agama; mereka diterima masuk kerajaan sana malah diasimilasikan ke dalam kelompok "Melayu" layak mendapatkan keistimewaan Bumiputera. Mereka adakala mengenalkan diri sebagai "orang Kemboja"[9] atau "Melayu Champa".[10]

Masyarakat Cam yang bermukim di Malaysia banyak tertumpu di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang sebagai pedagang kayu gaharu dan pakaian serta peternak ikan.[10]

  1. ^ The Joshua Project
  2. ^ Cambodia’s Western Cham People
  3. ^ Cambodia’s Western Cham People
  4. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-12. Dicapai pada 2010-10-27.
  5. ^ http://www.everyculture.com/wc/Tajikistan-to-Zimbabwe/Cham.html
  6. ^ The Garland handbook of Southeast Asian music By Terry E. Miller, Sean Williams. m/s. 326
  7. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-12. Dicapai pada 2010-10-27.
  8. ^ "Cham students caught up in Thailand's troubled south". Phnom Penh Post. Dicapai pada 26 January 2017.
  9. ^ Nakamura, Rie (Dis 2020). "Food and Ethnic identity in the Cham Refugee Community in Malaysia". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 93 (2): 158. doi:10.1353/ras.2020.0024.
  10. ^ a b Nakamura, Rie (December 2019). "Becoming Malay: The Politics of the Cham Migration to Malaysia". Studies in Ethnicity and Nationalism. 19 (3): 290–4. doi:10.1111/sena.12305. S2CID 213134318.