Lumen (anatomi)
Penampilan
Dalam biologi, lumen (dalam bahasa Latin bermaksud "cahaya, lubang"[1]) ialah ruang dalam sebarang pembuluh badan seperti arteri atau usus.
Ia boleh merujuk kepada:
- bahagian dalam salur, seperti ruang tengah dalam arteri, vena atau kapilari yang melaluinya darah mengalir
- bahagian dalam saluran gastrousus[2]
- laluan bronkus di dalam paru-paru
- bahagian dalam tubul renal dan saluran pengumpul kencing
- laluan salur kemaluan wanita, bermula dengan satu laluan pada faraj, bercabang menjadi dua lumen dalam rahim, kedua-duanya terus melalui tiub fallopio
- rongga berisi bendalir yang terbentuk dalam blastosista semasa perkembangan pra-implantasi yang dipanggil blastosel
Dalam biologi sel, lumen ialah ruang yang ditentukan membran, di dalamnya terdapat beberapa organel, komponen sel, atau struktur, termasuk tilakoid, retikulum endoplasma, jasad Golgi, lisosom, mitokondrion dan mikrotubul.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "lūmĕn". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 506. "...5 a) terang; tjahaja (dlm rumah) (alcs -ibus obstruere) b) djendela; tingkap; lubang..."
- ^ Adds, John; Erica Larkcom; Ruth Miller (2004). Exchange and transport, energy and ecosystems. Nelson Advanced science (Nelson Thornes). m/s. 16. ISBN 0-7487-7487-4.