Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lubnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lebanon)
Republik Lubnan
ريڤوبليك لبنان
الجمهورية اللبنانية
Al-Jumhūriyyah al-Lubnāniyyah
Bendera Lubnan
Jata Lubnan
Bendera Jata
Cogan kata: 'كلنـا للوطـن للعـلى للعـلم
(
Kūllūnā li-l-waṭan, li-l-'ula wa-l-'alam)
Lagu kebangsaan: 'كلنـا للوطـن للعـلى للعـلم
(Kūllūnā li-l-waṭan, li-l-'ula wa-l-'alam)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Beirut
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublik
• Presiden
Michel Aoun (ميشال عون)
Najib Mikati (نجيب ميقاتي)
Kemerdekaan
• Diisytiharkan
26 November 1941
• Diiktiraf
22 November 1943
• Perairan (%)
1.6
Penduduk
• Perkiraan 2022
5,296,814 (ke-122)
560/km2 (1,450.4/sq mi)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$78.910 billion[1]
USD11,561[1]
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
USD19.008 billion[1]
USD2,785[1]
Gini (2011)positive decrease 31.8[2]
sederhana
HDI (2021) 0.706[3]
tinggi · 112th
Mata wangPaun Lubnan (LL)
(LBP)
Zon waktuUTC+2 (EET3)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Arah memandukanan
Kod panggilan+961
DPT internet.lb

Lubnan (Arab: لُبْنَان, rumi: Lubnān) atau nama rasminya Republik Lubnan (Arab: جُمْهُورِيَّة اللبنانيَّة, rumi: Jumhūrīyah al-Lubnānīyah) merupakan sebuah negara di barat laut Asia menghadap Laut Mediterranean di sebelah barat dan bersempadan dengan Syria serta Palestin.

Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri pelancongan, pertanian dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar tersebut tetapi dikekang ketidakstabilan matawang dan kadar pengangguran tinggi diburukkan rasuah, krisis perbankan dan bencana dahsyat menggawatkan keadaan.[4]

Nama Lubnan menyerap kata Arab: لبنان, rumi: Lubnān khususnya dari Gunung Lubnan, nama gunung ini pula berasal dari akar bahasa Semitik 𐤋𐤁𐤍 "LBN", yang berkait dengan sejumlah makna yang berkait erat dalam berbagai bahasa seperti putih dan susu[5] - ini dianggap sebagai gambaran kepada puncak gunung ini yang bersalji.[6][7]

Nama ini muncul dalam 12 tablet Epik Gilgamesh (2900 SM), teks perpustakaan Ebla (2400 SM). Ia juga disebutkan 71 kali dalam Alkitab Perjanjian Lama melalui ungkapan Ibrani: לְבָנוֹן, rumi: levonon.[8][9][10] Ia dilanjutkan ke dalam konteks badan politik dalam tiga zaman:

  • semasa Tanzimat Uthmaniyah melalui pembentukan Mutasarifah Gunung Lubnan (Arab: متصرفية جبل لبنان; Turki: Cebel-i Lübnan Mutasarrıflığı) tahun 1861,
  • Negara Lubnan Raya (Arab: دولة لبنان الكبير Dawlat Lubnān al-Kabīr; Perancis: État du Grand Liban) tahun 1920,
  • Republik Lubnan (Arab: الجمهورية اللبنانية al-Jumhūrīyah al-Lubnānīyah) setelah dimerdekakan tahun 1943.

Kawasan Lubnan merupakan tapak manusia Zaman Neolitik yang wujud 7,000 yang lalu. Kawasan itu pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantium, Arab dan sebagainya. Akhirnya, kawasan itu dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan ini mangalami kemerosotan selepas Perang dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang penduduk telah terkorban dalam perang ini.

Pada Ogos 2020, Lubnan dikejutkan dengan dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira-kira 73 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera. Impaknya menyebabkan kerosakan pada bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan. Malah letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian. Letupan awal dengan mengakibatkan kepulan asap tebal, api marak, dan menggegarkan bangunan di ibu kota. Kebanyakan daripada mereka menyangkakan insiden itu adalah gempa bumi. Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.

Lubnan terletak di kawasan Asia Barat (Timur Tengah) di antara latitud 33° dengan 35° U, dan di antara longitud 35° dengan 37° T. Kawasan Lubnan dikatakan berkedudukan di "barat laut Plat Arab". Lubnan berkeluasan 10,452 kilometer persegi. Qurnat aawda' ialah puncak tertinggi Lubnan dengan ketinggian mencecah 3,088 meter.[11]

Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian beraliran Maruniyah, Perdana Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah sentiasa seorang pengikut Syiah.

Pada 14 Februari 2005, bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri telah dibunuh akibat ledakan bom kereta di Beirut. Pembunuhan ini disyaki diarahkan oleh pemimpin Syria. Pihak Syria telah campur tangan dalam sistem politik Lubnan sejak Perang Suadara 1975-1990. Pembunuhan ini telah mangakibatkan krisis politik yang membabitkan pihak pro-Syria dan pihak anti-Syria. Pihak pro-Syria termasuklah Presiden Emile Lahoud, Speaker Nabih Berri, Jeneral Michel Aoun dan kumpulan Hezbollah. Pihak anti-Syria termasuklah Perdana Menteri Fouad Siniora, Amine Gemayel, Samir Geagea dan anak Hariri, Saad Hariri.

Perang antara Hezbollah dan Israel pada Julai 2006 dan pembunuhan pemimpin Kristian Maronite Pierre Amine Gemayel pada November 2006 telah memburukkan lagi krisis tersebut. Gerakan pro-Syria telah mengadakan pelbagai protes dan demonstrasi sejak Disember 2006 meminta kerajaan Siniora meletak jawatan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama kerajaan telah meluluskan satu Mahkamah Khas Lubnan untuk menyiasat pembunuhan Rafik Hariri.

Ekonomi Lubnan telah mengalami krisis pelbagai dimensi berskala besar sejak 2019,[12] termasuk kejatuhan perbankan, krisis kecairan dan kemungkiran pemerintahan.[13] Ia diklasifikasikan sebagai ekonomi yang membangun, berpendapatan sederhana rendah. KDNK nominal dianggarkan $19 bilion pada 2020, dengan KDNK per kapita berjumlah $2,500. Pada 2018 perbelanjaan pemerintahan berjumlah $15.9 bilion,[14] atau 23% daripada KDNK.

Ekonomi berkembang dengan ketara selepas Perang Lubnan 2006, dengan pertumbuhan purata 9.1% antara 2007 dan 2010.[15] Selepas 2011, ekonomi tempatan terjejas oleh perang saudara Syria, berkembang dengan purata tahunan sebanyak 1.7% pada tempoh 2011–2016 dan sebanyak 1.5% pada 2017.[15] Pada 2018, saiz KDNK dianggarkan $54.1 bilion. Lubnan adalah negara berhutang ketiga tertinggi di dunia dari segi nisbah hutang kepada KDNK. Akibatnya, pembayaran faedah menggunakan 48% daripada hasil pemerintah domestik pada 2016, sekali gus mengehadkan keupayaan pemerintah untuk membuat pelaburan yang diperlukan dalam infrastruktur dan barangan awam yang lain.[16]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Populasi Lubnan terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama: Islam (Sunni serta Syiah), Druze, Katolik, Maronit, Ortodoks Yunani, Kristian Koptik dan lain-lain. Bancian rasmi tidak dilakukan sejak 1932 oleh kerana sensitiviti politik Lubnan terhadap keseimbangan demografi keagamaan.[17]

Kiraan menyatakan bahawa sekitar 54% penduduk Lubnan adalah beragama Islam (27% Sunni, 27% Syiah) dan 40.5% Kristian (Maronit 21%, 8% Gereja Ortodoks, Hawari Armenia, Katolik Yunani Melkit, Gereja Assyria di Timur, Katolik Chaldea dan Protestan minoriti).[18] Ada kelompok minoritas kecil Yahudi yang tinggal di pusat Beirut, yakni di Byblos dan Bhamdoun. Lubnan juga mempunyai sebuah komuniti kecil (kurang dari 1%) Kurdi (dikenal sebagai Mhallami atau Mardinli) yang umumnya bermigrasi dari timur laut Syria dan tenggara Turki dengan jumlah sekitar 75,000 sehingga 100,000 orang, yang termasuk dalam kelompok Sunni. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, mereka juga memperoleh kewarganegaraan Lubnan.[19] Selain itu, ada pula ribuan suku Badwi Arab di Bekaa dan di wilayah Wadi Khaled, kesemuanya dalam golongan Sunni yang juga meperoleh kewarganegaraan Lubnan.

Jumlah penduduk Lubnan dikira sebanyak kira kira 3,874,050 pada Julai 2006. Lubnan merupakan salah satu daripada beberapa negara yang memiliki penduduk emigran lebih banyak dibanding dengan penduduk yang masih menetap di tanah air mereka sendiri; ada sekitar 16 juta, atau lima kali ganda jumlah penduduk di tanah air. Dalam golongan orang keturunan Lubnan yang tersebar di seluruh dunia, yang terbanyak adalah di Brazil,[20] sementara Argentina, Australia, Kanada, Colombia, Perancis, United Kingdom, Mexico, Venezuela dan Amerika Syarikat juga memiliki masyarakat Lubnan yang besar. Sebahagian besar daripada 16 juta orang tersebut ialah orang Kristian yang melarikan diri saat perang saudara pada tahun 1975-1990; sebelum perang, Lubnan adalah negara Arab dengan jumlah penduduk dan peratusan penganut Kristian terbesar.

Sejumlah 394,532 orang pelarian Palestin telah terdaftar di Lubnan pada United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) sejak 1948.[21] Sejak berlakunya Perang Saudara Syria, Lubnan juga menampung sekitar 1.5 juta orang pelarian Syria (1,067,785 terdaftar)[22], menjadikan Lubnan sebagai negara dengan bilangan pelarian Syria kedua terbesar dunia.

Agama di Lubnan (2020) (CIA World Factbook)[23]

  Islam (63.1%)
  Kristian (32.4%)
  Duruzi (4.5%)
Katedral Saint George Maronite dan Masjid Mohammad al-Amin, Beirut.
Gereja Kristian dan Druze Khalwa di Pergunungan Shuf: Dari segi sejarah; orang Duruzi dan orang Kristian di Pergunungan Shuf hidup dalam harmoni yang lengkap.[24]

Lubnan ialah sebuah negara Mediterranean timur yang mempunyai masyarakat paling beragam agama di Timur Tengah, yang terdiri daripada 18 mazhab agama yang diiktiraf.[25][26] Agama-agama tersebut ialah Islam (Sunni, Syiah, dan sebilangan kecil orang Alawit dan Ismailiyah) dan Kristian (Gereja Maruniyah, Gereja Ortodoks Yunani, Gereja Katolik Yunani Melkite, Protestantisme, Gereja Apostolik Armenia). Duruzi bimbang tentang anggaran 5% daripada rakyat di Lubnan.[18] Tambahan pula, di luar Lubnan, orang Lubnan (termasuk diaspora) kebanyakannya beragama Kristian.[27][28] Dianggarkan juga sebahagian besar penduduknya adalah pelarian (1.5 juta daripada lebih 6 juta pada 2017), yang menjejaskan statistik.[25] Pelarian, yang kebanyakannya berasal dari Syria atau Palestin, kebanyakannya adalah Muslim Sunni, justeru itu juga termasuk penganut Kristian dan Syiah.[25]

Prasarana

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Lubnan dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi (MEHE). Di Lubnan, tiga bahasa utama, Inggeris dan/atau Perancis dengan Arab diajar dari tahun-tahun awal di sekolah. Bahasa Inggeris atau bahasa Perancis adalah media pengajaran wajib untuk matematik dan sains untuk semua sekolah.[29] Pendidikan adalah wajib dari umur 3 hingga 14 tahun.[30]

Menurut laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2021, Lubnan menduduki tempat ke-7 dalam kualiti pendidikan keseluruhan, dan ke-3 dalam sains dan matematik.[31] Tinjauan itu dijalankan sebagai sebahagian daripada Laporan Daya Saing Global WEF. Menurut Muhammad Faour, rakan sekutu kanan bukan pemastautin di Pusat Timur Tengah Carnegie di Beirut, "penilaian ini merupakan penyimpangan yang ketara daripada keputusan ujian pencapaian pelajar dalam setiap ujian antarabangsa yang disertai Lubnan dan Qatar."[32]

Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan disusun daripada gabungan penilaian antarabangsa, termasuk ujian Pisa OECD, ujian TIMSS yang dijalankan oleh ahli akademik yang berpangkalan di AS serta ujian TERCE di Amerika Latin, Lubnan menduduki tempat ke-13 di peringkat global dalam matematik dan sains.[33][34] Dalam ujian pencapaian pelajar antarabangsa dalam matematik dan sains (TIMSS) pada 2007 dan 2011 untuk gred 8, pelajar Lubnan mendapat markah jauh di bawah purata antarabangsa 500. Dalam matematik, Lubnan mendapat 449 pada 2007 dan 2011.[32]

Kadar celik huruf dewasa Lubnan adalah 97.9% pada tahun 2014[35] menurut Indeks Pembangunan Manusia PBB, meletakkannya di tempat ke-65 di seluruh dunia.

Peratusan penduduk secara keseluruhan yang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa pendidikan menengah (berumur 25 dan ke atas) ialah 75%. Bagi peratusan populasi wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan menengah, angka itu menurun kepada 39%.[36]

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan di Lubnan sangat berbeza dari segi kualiti dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut yang sangat moden kepada keadaan jalan yang buruk di banyak bahagian negara. Perang saudara Lubnan antara 1975 dan 1990 dan Perang Lubnan 2006 dengan Israel telah merosakkan infrastruktur negara itu dengan teruk.

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Selama beribu-ribu tahun, Lubnan telah menjadi persimpangan utama peradaban. Oleh itu, negara kecil ini mempunyai kepelbagaian kebudayaan yang luar biasa. Campuran kelompok etnik dan agama yang sangat luas di Lubnan menyumbangkan tradisi makanan, musik dan sastera serta festival. Beirut khususnya merupakan panggung seni yang sangat aktif dengan berbagai pertunjukan, pameran, pameran model dan konsert yang diadakan sepanjang tahun di berbagai galeri, museum, teater dan tempat-tempat terbuka.

Masyarakatnya modern, terdidik dan mirip dengan banyak masyarakat Eropah lain di Mediterranian. Meskipun mirip dengan Eropah, bangsa Lubnan sangat bangga akan warisan mereka dan telah menjadikan negara itu, khususnya Beirut sebagai pusat kebudayaan dunia Arab. Lubnan adalah negara anggota Organisation Internationale de la Francophonie, persatuan negara berbahasa Perancis. Dengan itu, kebanyakan orang Lubnan berdwibahasa, yakni dalam bahasa Arab dan Perancis. Namun begitu, bahasa Inggeris kini sangat popular, khususnya antara golongan mahasiswa. Di negara ini, penganut agama Kristen bergaul akrab dengan penganut Islam, dan Lubnan juga dikatakan merupakan pintu masuk orang Arab ke budaya Eropah serta sebaliknya.

Sejumlah festival antarabangsa diadakan di Lubnan, menampilkan para artis kelas dunia dan mengundang pelancong dari dalam dan luar negara. Antaranya ialah festival musim panas di Baalbeck, Beiteddine, dan Byblos, di mana barisan masyarakat elit yang beraneka ragam tampil dengan latar belakang sejumlah tapak-tapak sejarah Lubnan yang paling terkenal.

  1. ^ a b c d "Lebanon". World Economic Outlook Database, October 2021. International Monetary Fund. Dicapai pada 21 Mac 2022.
  2. ^ "Gini Index coefficient". CIA World Factbook. Dicapai pada 16 Julai 2021.
  3. ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  4. ^ "Lebanon: Why the country is in crisis". bbc.com. British Broadcasting Corporation. 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  5. ^ Medlej, Joumana. "The Mountain" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2006.
  6. ^ Harb, Antoine. "Lebanon: A Name through 4000 Years"" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2006.
  7. ^ Room, Adrian (2005). Placenames of the World: Origins and Meanings of the Names for 6,621 Countries, Cities, Territories, Natural Features and Historic Sites (ed. 2nd). McFarland. m/s. 214–216. ISBN 978-0-7864-2248-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2015. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  8. ^ "Lebanon Historically Linked to the Bible". Christian World News.
  9. ^ Yazbeck, Roger. "Lebanon was mentioned 71 times in the Holy Bible..." (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2007.
  10. ^ Bienkowski, Piotr; Millard, Alan Ralph (2000). Dictionary of the ancient Near East. University of Pennsylvania Press. m/s. 178. ISBN 978-0-8122-3557-9.
  11. ^ "Qurnat al-Sawdāʾ". Britannica Online Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2020. Dicapai pada 2 September 2011.
  12. ^ "Lebanon Sinking into One of the Most Severe Global Crises Episodes, amidst Deliberate Inaction". World Bank (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 November 2021.
  13. ^ Stubbington, Tommy; Cornish, Chloe (10 Mac 2020). "Lebanon's sovereign default leaves creditors facing big losses". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2022. Dicapai pada 22 November 2021.
  14. ^ "Lebanon's cabinet agrees 2018 budget with lower deficit". Reuters. Dicapai pada 17 Februari 2019.
  15. ^ a b "GDP growth(annual %)". World Bank. Dicapai pada 29 Januari 2019.
  16. ^ Barrington, Lisa (30 Ogos 2017). "Lebanon embarks on long-delayed reforms but debt problems mount". Reuters. Dicapai pada 14 Oktober 2017.
  17. ^ "Lebanon". International Religious Freedom Report 2010 (dalam bahasa Inggeris). Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  18. ^ a b "Lebanon — The World Factbook". Central Intelligence Agency, United States. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  19. ^ International Journal of Kurdish Studies, Jan, 2002 oleh Lokman I. Meho "The Kurds in Lebanon: a social and historical overview"
  20. ^ Marina Sarruf (2006). "Brazil Has More Lebanese than Lebanon" Diarkibkan 13 Oktober 2006 di Wayback Machine. Dicapai pada 30 November 2006.
  21. ^ UNRWA (31 Disember 2003). "UNRWA: Palestinian Refugees". Dicapai pada 25 November 2006.
  22. ^ "Syrian Refugees in Lebanon" Dicapai pada 19 Mac 2016.
  23. ^ "Lebanon - the World Factbook".
  24. ^ Hobby (1985). Near East/South Asia Report. Foreign Broadcast Information Service. m/s. 53. the Druzes and the Christians in the Shuf Mountains in the past lived in complete harmony..
  25. ^ a b c "International Religious Freedom Report for 2017". www.state.gov. United States Department of State. Dicapai pada 30 Mac 2019. Cites Statistics Lebanon for most Lebanon statistics
  26. ^ Alfred B. Prados (8 Jun 2006). "CRS Issue Brief for Congress: Lebanon". The Library of Congress. Dicapai pada 11 Jun 2012.
  27. ^ "Bassil promises to ease citizenship for expatriates". The Daily Star. 1 Mei 2014. Dicapai pada 17 April 2018.
  28. ^ Writer, Joseph A. Kechichian, Senior (17 November 2015). "Lebanon contemplates a new citizenship law". gulfnews.com. Dicapai pada 17 April 2018.
  29. ^ "The World Bank (2006) Lebanon Quarterly Update, First Quarter 2006, Beirut: The World Bank" (PDF).
  30. ^ "Lebanon: early Childhood care and education programmes" (PDF). UNESCO-IBE. 2006.
  31. ^ Bilbao-Osorio, Benat; Dutta, Soumitra; Lanvin, Bruno, penyunting (2013). "The Global Information Technology Report 2013: Growth and Jobs in a Hyperconnected World" (PDF). Forum Ekonomi Dunia. Geneva. m/s. 324–325. Dicapai pada 5 Februari 2014.
  32. ^ a b "Getting education rankings right".
  33. ^ "Asia tops biggest global school rankings". BBC News. 12 Mei 2015.
  34. ^ Nicole Chang (13 Mei 2015). "Global school rankings: Interactive map shows standards of education across the world". The Independent.
  35. ^ "| Human Development Reports". hdr.undp.org. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  36. ^ "| Human Development Reports".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Lubnan di Wikimedia Commons