Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lazuardi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapis lazuli
لاڤيس لازولي

Contoh lapis lazuli yang gilap.
Maklumat am
KategoriBatu
Formula kimiacampuran bahan galian
Pengecaman
WarnaBiru, dibelak dengan kalsit putih dan pirit seakan loyang
Tabii hablurPadat, masif
Sistem hablurTiada, kerana lapis lazuli adalah batu. Lazurite, the main constituent, frequently occurs as dodecahedra
PembelahanTiada
FrakturKonkodial tak sekata
Kekerasan skala Mohs5–5.5
Kilaukusam
Indeks biasan1.5
Gurisbiru muda
Graviti tentu2.7–2.9
Ciri-ciri lainKelainan dalam komposisi menyebabkan kelainan besar dalam nilai-nilai yang tersebut.
Contoh lapis lazuli yang kasar dari Afghanistan

Lapis lazuli merupakan sejenis batu separa pemata yang agak jarang ditemui dan diminati ramai sejak dahulu kala kerana warna birunya yang amat indah menyejukkan mata yang memandang.

Lapis lazuli pernah dicari gali di wilayah Badakhshan di Afghanistan sejak seawal alaf ke-3 SM,[1] apalagi terdapat punca lapis lazuli yang ditemui di sejauh timur kawasan sekitar Tasik Baikal di Siberia. Perdagangan dalam batu permata ini cukup purba untuk meninggalkan barang kemas buatan lapis lazuli yang ditemui di tapak-tapak Mesir Prawangsa dan Sumeria purba, dan juga manik lapis lazuli di tapak pengebumian neolitik di Mehrgarh, Kaukasus, dan sejauh-jauhnya dari Afghanistan seperti Mauritania.[2]

Keterangan

[sunting | sunting sumber]

Lapis lazuli adalaj sejenis batu yang banyak terbentuk daripada mineral lazurit.[3]

Komponen utama lapis lazuli ialah lazurit (25% hingga 40%) iaitu sejenis mineral silikat feldspatoid dengan rumus (Na,Ca)8(AlSiO4)6(S,SO4,Cl)1-2.[4] Kebanyakan lapis lazuli juga mengandungi kalsit (putih), sodalit (biru), dan pirit (kuning). Juga mungkin terkandung: augit; diopsida; enstatit; mika; hauyinit; hornblend, dan nosean. Sesetengah lapis lazuli mengandungi kesan varian loellingit yang kaya dengan sulfur iaitu geyerit.

Lapis lazuli biasanya menjadi dalam marmar berhablur hasil daripada metamorfisme sentuh.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Lapis adalah perkataan Latin untuk "batu", sementara lazuli merupakan bentuk genitif bagi lazulum dalam bahasa Latin Pertengahan yang diserap dari bahasa Arab iaitu لازورد lāzaward yang bermaksud "langit" kerana langit berwarna biru; oleh itu, nama batu ini bermaksud "batu langit". Lāzaward juga datang dari bahasa Parsi لاژورد lāzhward, iaitu satu tempat perlombongan lapis lazuli.[5][6] Maka daripada itu, lapis lazuli bererti "batu Lāzhward".

Nama Lāzhward dikaitkan dengan batu permata yang digali di situ, dan lama-kelamaan juga warnanya. Maka lahirnya kata-kata seasal dalam bahasa-baahsa Perancis (azur), Romania (azur dan azuriu), Itali (azzurro), Poland (lazur), Sepanyol dan Portugis azul.

Lapis lazuli ditemui dalam batu kapur di lembah Sungai Kokcha di wilayah Badakhshan, timur laut Afghanistan, di mana endapan lombong Sar-e-Sang telah diusahakan selama lebih 6,000 tahun.[7] Afghanistan merupakan sumber belakang lapis lazuli untuk tamadun Mesir dan Mesopotamia purba, dan juga Yunani dan Rom yang menyusuli. Pada kemuncak tamadun lembah Indus sekitar 2000 SM, jajahan Harappa yang kini bergelar Shortugai telah ditubuhkan dekat dengan lombong lapis.[2]

Selain endapan Afghanistan, lapis lazuli telah sekian lama digali di Andes (dekat Ovalle, Chile), kawasan Tasik Baikal di Russia; Siberia; Angola; Argentina; Myanmar; Pakistan; Kanada; India; dan negeri California dan Colorado di Amerika Syarikat.

Lapis lazuli boleh digilap hingga berkilau sekali dan dibuat kepada barang kemas, hasil ukiran, peti, mozek, barang hiasan, dan pasu bunga. Lapis lazuli juga dikisar dan diproses untuk membuat pigmen biru pekat untuk membuat cat tempera dan jarang-jarang sekali cat minyak. Kegunaannya sebagai pigmen untuk cat minyak berakhir pada awal abad ke-19 apabila terdapatnya pigmen buatan yang seiras dengannya iaitu "biru pekat Perancis".

Sejarah penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Di Mesir purba, lapis lazuli digemari untuk membuat tangkal hiasan seperti tangkal kumbang; ia juga digunakan di Mesopotamia purba oleh kaum Sumeria, Akkad, Assyria, dan Babylon untuk membuat mohor dan batang kemas. Barang kemas lapis lazuli telah ditemui di tapak penggalian Mesir Prawangsa di Naqada (3300–3100 SM). Serbuk lapis lazuli pernah digunakan sebagai pembayang mata oleh Cleopatra.[2]Di Mesopotamia, artifak lapis lazuli amat banyak ditemui, terutama sekali di Permakaman Diraja Ur (2600-2450 BC).[8] Patung Ebih-Il abad ke-25 SM yang ditemui di Mari, Syria menggunakan inlai lapis lazuli yang diimport dari sejauh timur Afghanistan.[9]

Pada zaman purba, lapis lazuli disamakan dengan nila[10] iaitu nama yang kini memaksudkan batu jenis korundum biru.

  1. ^ Moorey, Peter Roger (1999). Ancient Mesopotamian Materials and Industries: the Archaeological Evidence. Eisenbrauns. m/s. 86–87. ISBN 978-1-57506-042-2.
  2. ^ a b c Bowersox & Chamberlin 1995
  3. ^ Mindat entry relating to lapis lazuli
  4. ^ Mindat - Lazurite
  5. ^ Senning, Alexander (2007). "lapis lazuli (lazurite)". Elsevier's Dictionary of Chemoetymology. Amsterdam: Elsevier. m/s. 224. ISBN 978-0-444-52239-9. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Weekley, Ernest (1967). "azure". An Etymological Dictionary of Modern English. New York: Dover Publications. m/s. 97. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ Oldershaw 2003
  8. ^ Sir Leonard Woolley, Ur of the Chaldeas, Cornell Univ. Press, 1982, pages 51-103 ISBN 978-0801415180
  9. ^ Claire, Iselin. "Ebih-Il, the Superintendent of Mari". Musée du Louvre. Dicapai pada 10 October 2012.
  10. ^ Schumann, Walter (2006) [2002]. "Sapphire". Gemstones of the World. trans. Annette Englander & Daniel Shea (ed. newly revised & expanded 3rd). New York: Sterling. m/s. 102. In antiquity and as late as the Middle Ages, the name sapphire was understood to mean what is today described as lapis lazuli.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]