Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lauris Reiniks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lauris Reiniks
Lauris Reiniks dalam "Clash of the Choirs"
Latar belakang
Nama lahirLauris Reiniks
Kelahiran (1979-07-11) 11 Julai 1979 (umur 45)
Dobele, Latvia
Berasal dariRiga, Latvia
GenrePop, pop rock
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon, pengacara
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakaman
MicRec (2008–present)
MicRec PM (2005–2008)
Platforma Records (2002–2005)
Laman sesawang
laurisreiniks.com

Lauris Reiniks merupakan seorang bakat besar dalam memperjuangkan muzik pop dan merupakan bintang televisyen di Latvia. Beliau dilahirkan pada 11 Julai 1979 di Dobele, Latvia. Belia merupakan graduan dari Dobele Children Music School dan Jelgava Music College. Beliau telah memiliki empat buah album dan satu album di bawah Eurovision project F.L.Y.

Perjalanan Kerjaya

[sunting | sunting sumber]

1984-1999

Penampilan pertamanya di kaca televisyen adalah ketika berusia seawal lima tahun lagi dalam sebuah rancangan, "The Neighbour Meet”. Sebagai seorang kanak-kanak dan seterusnya menginjak ke alam remaja, Lauris merupakan penyanyi untuk kumpulan rock, AURI yang dibentuk oleh ayahnya, Arturs. Keluarga Reiniks (The Reiniks Family) turut aktif dalam nyanyian berkeluarga, Spiets, terbitan National TV broadcast. Rancangan Spiets menampilkan keluarga-keluarga serata Latvia yang berbakat dalam bidang nyanyian. Keluarga Reiniks tidak hanya terhenti dalam Spiets sahaja tetapi turut terbabit dalam konsert-konsert jelajah Latvia. Seterusnya Lauris terus mewujudkan duet bersama rakannya dalam AURI, Lelde and pada 1999, mereka mengadakan persembahan di International Pop Music Festival di Konin, Poland yang dianjurkan oleh Polish TV.

1999-2000

Lauris mula bekerja bersama komposer, Raimonds Pauls sebagai penyanyi dalam projek muzikal “Zinge” di Kraslava, “The Ventspils Sea Festival” dan “Christmas at the Opera with Maestro Raimonds Pauls”.

2001

Lauris menandatangi kontrak bersama Aktiv Music iaitu sebuah syarikat produksi dan pengurusan. Dalam tahun yang sama, Lauris bekerjasama bersama Linda Leen dalam pemilihan nasional untuk “Eurovision Song Contest” atau “Eurosong”. Mereka berganding menyanyikan lagu “I Wish I Knew” yang ditulis sendiri oleh Lauris. Mereka mendapat tempat kedua dengan perbezaan markah sebanyak dua mata di belakang juara.


2002

Lauris mencuba lagi nasib di “Eurosong 2002” dengan menyanyikan lagunya sendiri, "My Memory Tape" dan berjaya menempatkan di antara lima terbaik. Dalam pemilihan awal, lagu ini telah diadili oleh pakar antarabangsa dan mendapat tempat kedua (mendapat mata penuh dari juri Norway dan UK). Lauris melancarkan album solonya yang pertama, Planet 42 di bawah “Platforma Records”.

Bermula 30 Julai hingga 8 Ogos 2002, Lauris mengambil bahagian dalam Festival Muzik Antarabangsa “Voice of Asia” yang diadakan di Almaty, Kazakhstan. Pertandingan yang meletakkan penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza, sebagai pemenang utama ini telah menyaksikan Lauris pulang sebagai “Viewer Favourite” oleh from City Mayor, National Radio, Radio 31 and National Telecommunication Company. Manakala produser Modris Skaistkalns sebagai “Best Sound Engineer”.

Masih dalam tahun yang sama, Lauris memasukkan lagu single dalam Bahasa Inggeris, My Problem, dalam album “Planet 42”. Lagu asal dalam versi Latvia telah berjaya menempatkan diri dalam tempat pertama “Latvian Airplay Chart” selama 5 minggu dan Radio SWH Top40.

19 Disember 2002, Lauris memenangi Best Popmusic Video 2002 di LNT Music Video Awards 2002 menerusi lagu “Sirds Sadeg Neparasti”.

2003

Januari 2003 mempertontonkan Lauris gembira setelah lagu “Sirds Sadeg Neparasti” diangkat sebagai “The Most Valuable Song 2002” di “Music Bank 2002” anjuran “Latvian National Radio 2”

1 Februari 2003, Lauris bersama Yana Kay dan Martins Freimanis (F.L.Y.) memenangi “Eurovision Song Contest” menerusi “Hello From Mars”.

15 Februari 2003, lagu “Sirds Sadeg Neparasti” sekali lagi menjanjikan anugerah kepada Lauris apabila memenangi “The Radio Hit 2002” di “Gada Balva”. Lagu ini juga diiktiraf sebagai lagu sepanjang tahun 2002 di Latvia.

14 April 2003, album kedua Lauris “Lidot Savadak” atau “Flying Differently” dilancarkan yang kemudiannya menganugerahkan cakera emas kepadanya.

23 April 2003, Lauris mendapat “Eternity Prize 2003” menerusi Latvian Copyrights Agency AKKA/LAA menerusi lagu “Tell Me” (duet bersama Marie-N). Lagu ini merupakan lagu yang paling banyak diputarkan di radio dan stesen TV.

11 Disember 2003, Lauris bertuah setelah mendapat “Best Male Artist Video 2003” menerusi video klip “There’s No Way” di “LNT Music Video Awards” yang berlangsung penuh meriah di Skonto Hall, Riga. Lauris juga mendendangkan single terbarunya, “Tik Balti” menerusi album semperna hari Natal, Tik Balti yang dilancarkan pada bulan Disember 2003.

Lauris menjadi duta Coca-Cola selama dua tahun.

2004

Setelah tiga tahun bersama syarikat pengurusannya, Aktiv Music, Lauris tekad memilih untuk bekerja bersama Dace Paula sebagai pengurusnya yang baru.

Mei 2004, Lauris memegang watak “Rolf” dalam muzikal popular, The Sound of Music di bawah Estonian.

2005

15 Januari 2005, Lauris membuktikan keunggulannya dengan merangkul tiga anugerah dalam sebuah majlis penganugerahan terbitan Latvian Radio Channel 2, “Musical Bank 2004”. Lagunya, “Es tev apmulsis” diletakkan dalam top 5 sebagai “Most Valuable Song in 2004”. Akhbar tempatan, “Neatkariga” menerusi undian pembaca memberikan Lauris memberi sebuah penghormatan khas. Majalah popular UK, Top of the Pops, menganugerahkan Lauris gelaran “Latvian National Megastar 2004”.

5 May 2005, album “Debesskrāpju spīts” atau “Skyscraper’s Spite dilancarkan di bawah MicRec PM.

September 2005, single antarabangsa “And You Came” menjadi pilihan stesen radio dan televisyen di Latvia dan Estonia. Lagu duet antara Lauris dan Maarja (penyanyi dari Estonia) menjadi antara 15 lagu paling popular di Latvia dan Estonia untuk tahun 2005.

Oktober 2005, Lauris mewakili Latvia di European Union New Member-States Road-show di Slovakia.

November 2005, Lauris sekali lagi terlibat dalam “The Sound of Music”.

Disember 2005, Lauris bergiat dalam muzikal terbaru dari Latvia, “Autoplanet”.

2006

Lagu “Stundu, kad tevis nav” atau “Hours When You’re Gone) memenangi Top 5 menerusi undian penonton di “Music Bank 2005”

Pengacaraan

[sunting | sunting sumber]
  • 1998-2003 : Pengacara rancangan bual bicara berbentuk muzikal “Nosu Speles” (Games with Music Notes)
  • 1998-2001 : Pengacara Festival Popmuzik TV Antarabangsa untuk Kanak-kanak “Sun Bunny”
  • 2000 & 2004  : Terlibat dalam laporan untuk “Eurovision Song Contest” & mengumumkan keputusan undian rakyat Latvia sepanjang Eurovision Song Contest di Stockholm dan Istanbul
  • 2000 : Membuat laporan langsung untuk “8th Latvian Children's Song and Dance Festival” di Riga
  • 2001 : Laporan langsung televisyen untuk ulangtahun ke-800 Bandar Riga
  • 2002-2003 : Pengacara rancangan muzik harian "Troksnis"
  • 2003 : Pengacara “SeMS” di LTV7.
  • 2001-2005 : Pengacara “Kam gaisaka galva” (Who's got the brightest head) di LTV1
  • 2005 : Pengacara “9 th Latvian student song and dance festival”

"Planet 42"

(2002 Platforma Records)

Album solo pertama, “Planet42”
  1. Go Girl
  2. I Wish I Knew (Lauris Reiniks & Linda Leen)
  3. My Memory Tape
  4. Never Tell You Whatever
  5. So Easy
  6. Calm Down
  7. Totally Broke
  8. My Problem
  9. Tell Me (Lauris Reiniks & Marie N)
  10. Try Baby
  11. Planet 42
  12. I Know You The Best
  13. Soething

"Lidot savādāk "

(2003, Platforma Records)

Album solo kedua, “Lidot savādāk”
  1. Sirds Sadeg Neparasti
  2. Nepārdod Mani Eņģeļiem
  3. Tev Šodien Vienalga (Lauris Reiniks & Lily)
  4. Lidot Savādāk
  5. Es Neesmu Neprātīgs
  6. Lai Līst
  7. Dodiet Man
  8. Katru Dienu
  9. Cauri Neoniem
  10. Sirds Sadeg Neparasti (remix)
  11. There's No Way
  12. Hello From Mars (ESC 2003, Riga, LIVE)]

"Tik Balti "

(2003, Platforma Records)

Album solo ketiga, “Tik Balti”
  1. Tik Balti
  2. Es neesmu Neprātīgs
  3. I Know You The Best
  4. Tev Šodien Vienalga
  5. Lidot Savādāk
  6. So Easy
  7. Lai Līst
  8. Tell Me
  9. Something
  10. Sirds Sadeg Neparasti
  11. Tik Balti (radio versija)

"Debesskrāpju spīts"

(MicRec PM, 2005)

Album solo keempat, “Debesskrāpju spīts”
  1. Debesskrāpju spīts
  2. Es tev apmulsis
  3. Kā nakti izskaidrot
  4. And You Came (Lauris & Maarja)
  5. Acīm Ciet
  6. Tēja un piens
  7. No stikla taisīts it viss (Lauris & Zane "4. elements")
  8. Sirdspuksts vai skaitlis
  9. Vēlreiz klusi atgriezties
  10. Beigās viss būs tomēr labi (F.L.Y.)
  11. Sirds mana nikna kā suns
  12. Stundu, kad tevis nav
    • Mempunyai harapan untuk membawa nama Latvia ke serata dunia
    • Beliau tidak mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang berjiwa romantik & menurutnya lagu-lagu romantiknya diilham sewaktu duduk bermain piano
    • Pernah berjumpa dengan seorang gadis dan beliau mengimpikan untuk mengahwini gadis tersebut, namun tidak berjaya
    • Meminati gadis yang bersifat semulajadi, mempunyai keyakinan diri, dan menerimanya seadanya. Namun, menurutnya itu secara teori sahaja dan dia tidak memilih dalam berpasangan
    • Mengakui bahawa dirinya seorang yang suka mengambil berat terhadap pasangannya dan suka membuat orang lain gembira.
    • Mengagumi individu yang segak dan tahu menjaga penampilan diri
    • Tidak suka mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli pakaian
    • Menyukai juga apabila lagunya dijadikan tema untuk sesebuah percintaan di alam realiti
    • Tidak suka marah dalam masa yang panjang
    • Bukan seorang yang suka menunjukkan kemarahannya pada orang lain. Dalam lain perkataan, beliau seorang yang suka memendam perasaan
    • Ketika berada dalam situasi yang tidak gembira, beliau lebih suka terperap di dalam rumah atau berada di dalam kereta sambil bersiar-siar
    • Mempunyai cermin mata bewarna merah jambu
    • Antara lelaki yang pernah digosipkan bercinta dengan Siti Nurhaliza
    • Digelar "Ricky Martin" Latvia
    • Pernah bersekolah di Sekolah Tinggi Los Angeles
    • Pernah mendapat tawaran sebagai pengacara TV di AS tetapi ditolak kerana tiada permit kerja
    • Salah seorang juruhebah terkenal di stesen radio SWH

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]