Longkai
Longkai | |
---|---|
Pengarah | Hashim Rejab |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Sinematografi | Areel Abu Bakar |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Longkai ialah filem aksi jenayah Malaysia 2013. Filem ini merupakan filem aksi kedua arahan Hashim Rejab selepas filem Budak Pailang pada tahun 2012. Dibintangi Faizal Hussein, Erra Fazira, Niezam Zaidi dan Wawa Zainal.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Longkai mengisahkan geng longkai (pemandu trak tunda) yang sering berebut untuk mendapatkan pelanggan di jalan raya. Eddie dan Bada adalah adik-beradik yang bekerja sebagai longkai.
Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik ke bengkel Rima, seorang wanita berjiwa kental dan lasak. Dalam diam Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan Rima terhadapnya.
Mojo dan Bayam adalah musuh kepada Eddie dan Bada sejak dulu akibat perebutan bisnes longkai mereka. Mojo lebih rela mati daripada bekerjasama dengan mereka. Namun, adik perempuannya Suraya sengaja menempa bahaya kerana dia dan Eddie menjalinkan hubungan cinta dalam diam.
Selain itu, Zarina yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan hubungan Eddie dan Bada renggang hingga membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada secara tiba-tiba. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rima.
Mojo pula semakin hari semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga, seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam kepada geng Eddie dalam masa sama Naga juga pernah mempunyai sejarah hitam dan berdendam dengan Bada. Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Faizal Hussein sebagai Bada, pemandu Longkai berpengalaman dana bapa kandung Eddie
- Erra Fazira sebagai Zarina, bekas teman wanita Bada dan ibu kandung Eddie
- Niezam Zaidi sebagai Edika 'Eddie', pemandu Longkai II yang bekerja dgn Rima dan anak kandung Bada dan Zarina
- Wawa Zainal sebagai Suraya, adik kedua Mojo yang terjebak masalah Mojo-Eddie
- Along Eyzendy sebagai Mojo, pesaing Bada dan Eddie selain pencuri kereta, perosak
- Zul Handy Black sebagai Naga, Ketua Samseng dan Sindiket curi Kereta dan musuh Bada
- Dira Abu Zahar sebagai Rima, pemilik bengkel kemudian menjadi isteri Bada
- Mikail Andre sebagai Bayam
- Black Hanifah sebagai Ketum
- Epy Kodiang sebagai Mekanik
- Azwan Kombos sebagai Bada Remaja
- Atikah Suhaime sebagai Zarina Remaja
- Pierre Andre sebagai Mubarak
- Fadzil Zahari sebagai Pemandu Teksi
- Man Raja Lawak sebagai Pemandu 1
- Adibah Yunus sebagai Pemandu 2
- Dian P. Ramlee sebagai Ibu Zarina
- Lan Zailan sebagai Bapa Tiri Zarina
- Eddy Rauf sebagai Cicak
- Shah Rempit sebagai Pelumba Kereta
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nina Farzuin Mohd Sharom (12 Januari 2013). "Kisah penarik kereta satukan Faizal, Erra dan Niezam". Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2014.