Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Jenis darah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Jenis Darah)
Antara penentu jenis darah ialah antigen kumpulan darah ABO yang ada dalam sel darah merah.

Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah. Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah.[1] Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sehingga Disember 2023, sejumlah 45[2] sistem kumpulan darah manusia telah diiktiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT). Dua sistem kumpulan darah yang paling penting ialah ABO dan Rh; ia menentukan jenis darah seseorang (A, B, AB, dan O, dengan + atau - bagi menunjukkan status RhD) untuk kesesuaian dalam pemindahan darah.

Ramai wanita hamil mengandung janin yang berlainan jenis darahnya, dan badan si ibu boleh menghasilkan antibodi sebagai perlindungan dari SDM janin. Adakalanya, antibodi keibuan ini merupakan IgG, sejenis imunoglobulin kecil yang boleh merentasi uri lalu menyebabkan hemolisis SDM janin yang boleh membawa kepada penyakit hemolisis bayi baru lahir, iaitu penyakit kiraan sel darah rendah yang boleh menjadi ringan atau parah.[3]

Sistem kumpulan darah

[sunting | sunting sumber]

Sejumlah 45 sistem kumpulan darah manusia kini diitiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT).[2] Satu jenis darah yang lengkap akan memerikan semua 45 bahan pada permukaan SDM, dan jenis darah seseorang ialah salah satu daripada 600 antigen kumpulan darah yang dikenali,[4] tetapi kebanyakan antigen ini adalah jarang ditemui atau tertumpu pada kelompok etnik tertentu.

Selalunya, seseorang hanya berdarah sejenis sepanjang hayat. Jarang sekali jenis darah seseorang berubah, hasil penambahan atau pengurangan antigen akibat jangkitan, kemaglinanan, atau penyakit autoimun.[5][6][7][8] Satu contoh fenomena jenis darah berubah ini ialah Demi-Lee Brennan, seorang warga Australia yang berubah jenis darah selepas pemindahan hati.[9][10] Satu lagi punca perubahan jenis darah yang lebih ketara ialah pemindahan sumsum tulang yang dilakukan untuk penyakit-penyakit leukemia, limfoma dan sebagainya. Jika seseorang menerima sumsum tulang dari seseorang yang berlainan jenis ABO (cth., pesakit berjenis A menerima sumsum tulang berjenis O), maka jenis darah pesakit itu akan berubah kepada jenis penderma.

Sesetengah jenis darah dikaitkan dengan pewarisan penyakit lain, misalnya: antigen Kell yang adakalanya dikaitkan dengan sindrom McLeod.[11] Ada jenis-jenis darah tertentu yang boleh mempengaruhi kerentanan seseorang kepada jangkitan, misalnya ketahanan dari spesies malaria tertentu yang ada dalam orang yang ketiadaan antigen Duffy.[12] Antigen Duffy yang dipercayai kesan pemilihan semula jadi, kurang ditemui di kalangan kelompok etnik dari kawasan-kawasan yang kerap terjadi jangkitan malaria.[13]

Sistem kumpulan darah ABO

[sunting | sunting sumber]
Sistem kumpulan darah ABO - rajah menunjukkan rantaian karbohidrat yang menentukan jenis darah ABO.

Sistem ABO ialah sistem kumpulan darah terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia. Antibodi-antibodi anti-A dan anti-B yang berkaitan ini biasanya berupa antibodi "Imunoglobulin M", atau singkatannya IgM. Antibodi IgM ABO dihasilkan pada tahun-tahun pertama kehidupan dengan dipekakan kepada bahan-bahan persekitaran seperti makanan, bakteria, dan virus. "O" dalam ABO disebut "0" (kosong/sifar) dalam sesetengah bahasa lain.[14]

Fenotip Genotip
A AA atau AO
B BB atau BO
AB AB
O OO

Sistem kumpulan darah Rh

[sunting | sunting sumber]

Sistem Rh ialah sistem kumpulan darah kedua terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia, kini dengan 50 antigen. Antigen Rh yang terpenting ialah antigen D kerana inilah di antara lima antigen Rh utama yang paling mampu merangsang tindak balas sistem imun. Ramai individu berjenis darah D-negatif tiada antibodi IgG atau IgM anti-D, kerana antibodi anti-D biasanya tidak dihasilkan oleh pemekaan kepada bahan-bahan persekitaran. Namun begitu, individu D-negatif boleh menghasilkan antibodi IgG anti-D berikutan peristiwa yang memekakan: mungkin pemasukan darah fetomaternal dari janin ketika mengandung, atau kadang-kadangnya pemasukan darah yang bersel darah merah D-positif.[15] Dalam hal-hal sedemikian, boleh timbulnya jangkitan penyakit Rh.[16]

Taburan ABO dan Rh mengikut negara

[sunting | sunting sumber]
Taburan ABO dan Rh mengikut negara (purata penduduk)
Negara Bil. penduduk[17]  O+  A+  B+ AB+  O-  A-  B- AB-
Afrika Selatan[18] 49,320,000 39% 32% 12% 3% 7% 5% 2% 1%
Amerika Syarikat[19] 307,212,123 37.4% 35.7% 8.5% 3.4% 6.6% 6.3% 1.5% 0.6%
Arab Saudi[20] 28,686,633 48% 24% 17% 4% 4% 2% 1% 0.23%
Australia[21] 21,262,641 40% 31% 8% 2% 9% 7% 2% 1%
Austria[22] 8,210,281 30% 33% 12% 6% 7% 8% 3% 1%
Belgium[23] 10,414,336 38% 34% 8.5% 4.1% 7% 6% 1.5% 0.8%
Belanda[24] 16,715,999 39.5% 35% 6.7% 2.5% 7.5% 7% 1.3% 0.5%
Brazil[25] 198,739,269 36% 34% 8% 2.5% 9% 8% 2% 0.5%
Denmark[26] 5,500,510 35% 37% 8% 4% 6% 7% 2% 1%
Estonia[27] 1,299,371 30% 31% 20% 6% 4.5% 4.5% 3% 1%
Finland[28] 5,250,275 27% 38% 15% 7% 4% 6% 2% 1%
Hong Kong SAR[29] 7,055,071 40% 26% 27% 7% 0.31% 0.19% 0.14% 0.05%
Iceland[30] 306,694 47.6% 26.4% 9.3% 1.6% 8.4% 4.6% 1.7% 0.4%
India[31] 1,166,079,217 36.5% 22.1% 30.9% 6.4% 2.0% 0.8% 1.1% 0.2%
Ireland[32] 4,203,200 47% 26% 9% 2% 8% 5% 2% 1%
Palestine[33] 7,233,701 32% 34% 17% 7% 3% 4% 2% 1%
Jerman[34] 82,329,758 35% 37% 9% 4% 6% 6% 2% 1%
Kanada[35] 33,487,208 39% 36% 7.6% 2.5% 7% 6% 1.4% 0.5%
New Zealand[36] 4,213,418 38% 32% 9% 3% 9% 6% 2% 1%
Norway[37] 4,660,539 34% 42.5% 6.8% 3.4% 6% 7.5% 1.2% 0.6%
Perancis[38] 62,150,775 36% 37% 9% 3% 6% 7% 1% 1%
Poland[39] 38,482,919 31% 32% 15% 7% 6% 6% 2% 1%
Portugal[40] 10,707,924 36.2% 39.8% 6.6% 2.9% 6.0% 6.6% 1.1% 0.5%
Sepanyol[41] 40,525,002 36% 34% 8% 2.5% 9% 8% 2% 0.5%
Sweden[42] 9,059,651 32% 37% 10% 5% 6% 7% 2% 1%
Turki[43] 76,805,524 29.8% 37.8% 14.2% 7.2% 3.9% 4.7% 1.6% 0.8%
United Kingdom[44] 61,113,205 37% 35% 8% 3% 7% 7% 2% 1%
Min berpemberat
bilangan penduduk
(jumlah penduduk = 2,261,025,244) 36.44% 28.27% 20.59% 5.06% 4.33% 3.52% 1.39% 0.45%

Kumpulan darah B mencatat kekerapan tertinggi di India Utara dan Asia Tengah, tetapi kekerapannya berkurangan ke arah barat dan timur, menjunam sampai peratusan berangka tunggal di Sepanyol.[46][47] Darah jenis B dipercayai langsung tidak dijumpai di kalangan kelompok orang-orang asli Amerika dan Australia sebelum ketibaan orang Eropah di benua masing-masing.[47][48]

Kumpulan darah A dikaitkan dengan kekerapan tingginya di Eropah, terutamanya di Scandinavia dan Eropah Tengah, tetapi kekerapan paling tingginya di sesetengah populasi orang asli Australia dan orang Indian Blackfoot di negeri Montana, AS.[49][50]

Sistem kumpulan darah lain

[sunting | sunting sumber]

Persatan Transfusi Darah Antarabangsa kini mengiktiraf 45 sistem kumpulan darah (termasuk sistem ABO dan Rh).[2] Maka, selain antigen ABO dan antigen Rh, terdapat banyak lagi antigen yang dinyatakan pada membran permukaan SDM. Misalnya, seseorang berdarah AB, D positif, dan pada masa yang sama M dan N positif (sistem MNS), K positif (sistem Kell), Lea atau Leb negatif (sistem Lewis), dan sebagainya, jadi ada positif atau negatif untuk setiap antigen sistem kumpulan darah. Kebanyakan sistem kumpulan darah dinamakan sempena nama pesakit yang antibodi masing-masing pertama kali ditemui dalam darah mereka.

Kepentingan dalam bidang perubatan

[sunting | sunting sumber]

Pemindahan darah

[sunting | sunting sumber]

Perubatan transfusi ialah cabang khusus dalam ilmu hematologi yang membincangkan kajian kumpulan darah, bersama fungsi tabung darah untuk menyediakan perkhidmatan pemindahan darah dan produk darah yang lain. Di seluruh dunia, produk darah mesti dipreskripsikan oleh doktor perubatan (tabib atau doktor bedah berlesen), sama dengan ubat-ubatan.

Simptom-simptom utama tindak balas hemolitik akut akibat salah padan jenis darah.[51][52]

Kebanyakan kerja-kerja rutin tabung darah melibatkan ujian darah dari kedua-dua penderma dan penerima untuk memastikan setiap penerima dibekalkan darah yang serasi dan selamat digunakan. Jika seunit darah yang tidak diserasikan dipindahkan dari penderma ke penerima, boleh terjadinya tindak balas hemolitik akut parah dengan hemolisis (kemusnahan SDM), kegagalan ginjal dan renjatan, apalagi boleh membawa maut. Antibodi mungkin amat aktif sehingga mampu menyerang SDM serta mengikat komponen-komponen dalam sistem komplemen untuk mengakibatkan hemolisis teruk dari darah yang terpindah.

Pesakit haruslah menerima darah sejenis atau produk darah yang khusus untuk jenisnya untuk mengurangkan kemungkinan tindak balas transfusi. Risikonya boleh dikurangkan lagi dengan memadan darah, tetapi tidak perlu memadan darah jika darah diperlukan untuk kecemasan. Pemadanan darah ini adalah mencampurkan sampel serum penerima dengan sampel SDM penderma, kemudian memastikan sama ada campuran itu beraglutinat, atau bergumpal. Jika tiadanya gumpalan pada mata kasar, maka juruteknik tabung darah perlu meneliti gumpalan melalui microskop. Jika adanya gumpalan, maka darah penderma itu tidak boleh dipindahkan ke penerima itu. Adalah penting untuk memastikan semua contoh darah dalam tabung bank dikenal pasti dengan tepat, maka sistem kod bar yang dipanggil ISBT 128 digunakan untuk menyelaraskan label-labelnya.

Kumpulan darahnya boleh dipakai pada tag pengenalan atau tatu yang dipakai oleh anggota tentera, sekiranya mereka memerlukan pemindahan darah kecemasan. Pada Perang Dunia Kedua, para anggota Waffen-SS memakai cacah jenis darah.

Jenis darah yang jarang boleh menimbulkan masalah bekalan untuk tabung darah dan hospital. Misalnya, darah Duffy-negatif lebih kerap didapati dalam orang-orang berketurunan Afrika,[53] dan kejarangan darah jenis ini di kalangan masyarakat lain boleh mengakibatkan kekurangan darah Duffy-negatif untuk pesakit berketuruan Afrika. Begitu juga untuk yang berdarah RhD negatif, kerana adanya risiko yang dikaitkan dengan pelancongan ke tempat-tempat di mana darah RhD negatif jarang ditemui, khususnya Asia Timur, di mana mungkin ada perkhidmatan darah yang berusaha menggalakkan orang Barat untuk menderma darah.[54]

Penyakit hemolisis bayi baru lahir

[sunting | sunting sumber]

Seorang wanita hamil boleh menghasilkana antibodi kumpulan darah IgG jika janinnya ada antigen kumpulan darah yang tidak dimilikinya. Ini boleh berlaku jika sesetengah sel darah janin memasuki sistem peredaran darah ibu (cth. pendarahan fetomaternal kecil saat kelahiran atau at the time of childbirth or celaha obstetrik), atau kadang-kadang selepas pemindahan darah terapeutik. Ini boleh menyebabkan penyakit Rh atau mana-mana bentuk penyakit hemolisis bayi baru lahir (hemolytic disease of the newborn, HDN) dalam kehamilan semasa dan/atau kehamilan seterusnya. Jika seseorang wanita hamil didapati mengandungi antibodi anti-D, jenis darah Rh dalam janin boleh diuji secara analisis DNA janin dalam plasma ibu untuk menilai risiko penyakit Rh kepada janin.[55] Pada abad ke-20, berjayanya kemajuan besar dalam bidang perubatan yang mana penyakit Rh boleh dihindari dengan menghalang pembentukan antibodi anti-D oleh ibu berdarah D negatif dengan suntikan globulin imun Rho(D).[56][57] Antibodi-antibodi yang dikaitkan dengan sesetengah kumpulan darah boleh mengakibatkan HDN parah, tetapi yang lain punya hanya meninggalkan HDN ringan, dan ada lagi yang langsung tidak menyebabkan HDN.[3]

Keserasian

[sunting | sunting sumber]

Produk darah

[sunting | sunting sumber]

Untuk memberikan manfaat terbaik dari setiap dermaan darah serta memanjangkan hayat simpanan, tabung darah memecahkan sejumlah darah penuh kepada beberapa produk. Antara produk-produk darahnya termasuk SDM padat, platelet, plasma, kriomendakan, dan plasma beku segar (fresh frozen plasma, FFP). FFP disejuk beku cepat untuk mengekalkan faktor-faktor pembekuan labil iaitu Faktor V dan Faktor VIII, yang biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami masalah pembekuan yang boleh mengancam nyawa akibat keadaan-keadaan seperti penyakit hati tenat, dos bahan antigumpal berlebihan, atau penggumpalan intravasel tersebar.

Unit-unit sel merah padat dibuat dengan menanggalkan sebanyak mana plasma yang boleh dari unit-unit darah penuh.

Faktor pembekuan yang disintesiskan oleh kaedah-kaedah rekombinan moden kini dalam kegunaan klinikal rutin untuk merawat hemofilia, untuk mengelakkan risiko penyebaran jangkitan yang berlaku dengan produk darah yang terkumpul.

Keserasian sel darah merah

[sunting | sunting sumber]
  • Individu berjenis darah AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang tidak mengandungi apa-apa antibodi yang melawan antigen A atau B. Oleh itu, individu berdarah jenis AB boleh menerima darah dari mana-mana kumpulan darah (tetapi AB diberi keutamaan), tetapi boleh menderma darah kepada penerima berjenis AB sahaja.
  • Individu berjenis darah A mempunyai antigen A di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang mengandungi antibodi IgM yang melawan antigen B. Oleh itu, individu berdarah jenis A boleh menerima darah dari penderma berdarah jenis A atau O sahaja (tetapi A diberi keutamaan), serta boleh menderma darah kepada penerima berjenis A atau AB.
  • Individu berjenis darah B mempunyai antigen B di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang mengandungi antibodi IgM yang melawan antigen A. Oleh itu, individu berdarah jenis B boleh menerima darah dari penderma berdarah jenis B atau O sahaja (tetapi B diberi keutamaan), serta boleh menderma darah kepada penerima berjenis B atau AB.
  • Individu berjenis darah O tiada antigen A atau B di permukaan SDM-nya tetapu serum darahnya mengandungi antibodi IgM anti-A dan anti-B yang melawan antigen-antigen A dan B. Oleh itu, individu berdarah jenis O boleh menerima darah dari penderma berjenis O sahaja, tetapi boleh menderma darah kepada kepada mana-mana kumpulan darah (A, B, O atau AB). Sekiranya ada sesiapa yang memerlukan pemindahan darah dalam kecemasan genting, dan masa yang diambil untuk memproseskan darah penerima mungkin mengambil masa terlalu lama, darah O negatif boleh digunakan.
Carta keserasian SDM
Selain menderma kepada golongan sama jenis darah; penderma berjenis O boleh menderma kepada penerima berjenis A, B dan AB; penderma berjenis A dan B boleh menderma kepada penerima berjenis AB.
Jadual keserasian sel darah merah[58][59]
Penerima[1] Penderma[1]
O− O+ A− A+ B− B+ AB− AB+
O− Check markY
O+ Check markY Check markY
A− Check markY Check markY
A+ Check markY Check markY Check markY Check markY
B− Check markY Check markY
B+ Check markY Check markY Check markY Check markY
AB− Check markY Check markY Check markY Check markY
AB+ Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY

Perhatian
1. Menganggap ketiadaan antibodi luat biasa yang boleh mengakibatkan ketakserasian darah penderma dan darah penerima, seperti yang biasa dijangka dalam darah yang dipilih secara pemadanan.

Pesakit berdarah Rh D-negatif yang tiada antibodi anti-D (tidak pernah dipekakan dengan SDM D-positif) boleh menerima pemindahan darah D-positif sekali, tetapi ini akan menyebabkan pemekaan kepada antigen D, dan pesakit wanita boleh membawa risiko menyebabkan penyakit hemolisis kepada anaknya. Jika seseorang pesakit D-negatif didapati menghasilkan antibodi anti-D, maka pendedahan kepada D-positif pada masa akan datang boleh mengakibatkan tindak balas pemindahan yang amat berbahaya. Darah Rh D-positif tidak boleh sesekali diberi kepada wanita D-negatif yang berusia boleh mengandung atau pesakit yang berantibodi D, jadi tabung darah mesti menyimpan darah Rh-negatif secukup-cukupnya untuk pesakit sebegini. Dalam keadaan terdesak seperti pendarahan teruk apabila simpanan unit darah D-negatif dalam tabung darah adalah terlalu sedikit, darah D-positif mesti diberi kepada wanita D-negatif yang melepasi usia boleh mengandung atau lelaki Rh-negatif, asalkan pesakit itu tidak mengandungi antibodi anti-D, demi menjimatkan simpanan darah D-negatif dalam tabung darah. Sebaliknya, pesakit Rh D-positif tidak bertindak balas dengan darah D negatif. Pemadanan sedemikian juga dilakukan untuk antigen-antigen lain dalam sistem Rh seperti C, c, E dan e dan juga sistem kumpulan darah lain yang dikenali dengan risiko untuk pengimunan seperti sistem Kell khususnya untuk wanita berusia boleh mengandung atau pesakit yang diketahui memerlukan banyak pemindahan darah.

Keserasian plasma

[sunting | sunting sumber]
Fail:Plasma-donation.svg
Carta keserasian plasma
Selain menderma kepada golongan sama jenis darah; plasma dari jenis AB boleh diderma kepada penerima berjenis A, B dan O; plasma dari jenis A dan B boleh diderma kepada penerima berjenis O.

Penerima boleh menerima plasma sama jenis darah, tetapi selain itu keserasian penderma-penerima bagi plasma darah adalah kebalikan dari SDM: plasma yang diekstrakkan dari darah jenis AB boleh dipindahkan ke penerima mana-mana kumpulan darah; penerima berdarah jenis O boleh menerima plasma dari mana-mana kumpulan darah; dan plasma jenis O hanya boleh dipindahkan kepada penerima jenis O.

Jadual keserasian plasma[59]
Penerim Penderma[1]
O A B AB
O Check markY Check markY Check markY Check markY
A Check markY Check markY
B Check markY Check markY
AB Check markY

Perhatian
1. Menganggap ketiadaan antibodi luar biasa yang kuat dalam plasma penderma

Penderma sejagat dan penerima sejagat

[sunting | sunting sumber]

Mengenai pemindahan darah penuh atau sel darah merah padat, individu-individu berdarah jenis O Rh D negatif dikenali sebagai penderma sejagat, manakala individu-individu berdarah jenis AB Rh D positif pula dikenali sebagai penerima sejagat; tetapi secara amnya, istilah-istilah "sejagat" tersebut hanya benar setelah mengambil kira kemungkinan tindak balas antibodi anti-A dan anti-B penerima kepada SDM yang dipindah masuk, dan juga kemungkinan pemekaan kepada antigen Rh D. Yang terkecuali termasuk individu-individu yang ada sistem antigen hh (juga dikenali sebagai kumpulan darah Bombay) dan boleh menerima darah dengan selamat dari penderma hh lain sahaja, kerana mereka membentuk antibodi yang melawan bahan H.[60][61]

Penderma darah yang mengandungi antibodi anti-A atau anti-B yang terlalu kuat, atau mana-mana antibodi luar biasa dikecualikan dari pendermaan darah. Kemungkinan tindak balas antibodi anti-A dan anti-B yang ada dalam darah yang dipindahkan kepada SDM penerima tidak perlu dipertimbangkan, kerana jumlah plasma berantibodi yang dipindahkan agak kecil.

Contohnya: dengan mengambil kira pemindahan darah jenis O Rh D negatif (darah penderma sejagat) ke dalam penerima berdarah jenis A Rh D positif, tiada apa-apa tindak balas imun antara antibodi anti-B penerima dan SDM yang dipindahkan yang harus dirisaukan. Bagaimanapun, jumlah plasma yang kecil dalam darah pindahan itu mengandungi antibodi anti-A yang boleh bertindak balas dengan antigen A di permukaan SDM penerima, tetapi tindak balas besar tidak diduga atas faktor-faktor pencarian, maka pemekaan Rh D tidak dijangka.

Begitu juga, antigen-antigen permukaan SDM selain A, B dan Rh D, boleh menyebabkan tindak balas dan pemekaan yang memudaratkan, jika antigen-antigen tersebut boleh terikat pada antibodi-antibodi padanan masing-masing untuk menjana tindak balas imun. Pemindahan darah dirumitkan lagi kerana platelet dan sel darah putih (SDP) mempunyai sistem antigen permukaan sendiri, serta pemekaan kepada antigen platelet atau SDP boleh berlaku akibat pemindahan.

Berkenaan pemindahan plasma, situasinya adalah sebaliknya. Plasma jenis O yang mengandungi kedua-dua antigen anti-A dan anti-B, hanya boleh diberi kepada penerima berjenis O. Antibodi akan menyerang antigen mana-mana jenis darah lain. Sebaliknya, plasma AB boleh diberi kepada pesakit dari mana-mana kumpulan darah ABO kerana tiada antibodi anti-A atau anti-B.

Dua sistem kumpulan darah yang terpenting ditemui oleh Karl Landsteiner ketika melakukan uji kaji pemindahan darah terawal, iaitu sistem ABO pada tahun 1901[62], diikuti sistem Rhesus (bersama Alexander S. Wiener) pada tahun 1937.[63] Perkembangan ujian Coombs pada tahun 1945,[64] penciptaan ubat transfusi, dan kefahaman penyakit hemolisis bayi baru lahir membawa kepada penemuan kumpulan darah baru, dan kini terdapat 45 sistem kumpulan darah manusia yang diiktiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (ISBT),[2] dan dalam semua 45 kumpulan darah ini, terdapat lebih 600 antigen kumpulan darah berlainan yang dikenalpasti,[4] kebanyakannya jarang sekali ditemui atau tertumpu pada kelompok etnik tertentu. Pengetahuan jenis darah digunakan dalam bidang sains forensik dan ujian paterniti, tetapi kedua-dua kegunaan tersebut telah digantikan oleh cetak jari genetik yang memberi lebih kepastian.[65]

  1. ^ Maton, Anthea (1993). Human Biology and Health. Englewood Cliffs, New Jersey, USA: Prentice Hall. ISBN 0-13-981176-1. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b c d Cox, David. "A new understanding of how your blood type influences your health" (2024). New Scientist, 27 January 2024, Issue 3475 (https://www.newscientist.com/article/mg26134751-500-a-new-understanding-of-how-your-blood-type-influences-your-health/).
  3. ^ a b E.A. Letsky (2000). "Chapter 12: Rhesus and other haemolytic diseases". Antenatal & neonatal screening (ed. Second). Oxford University Press. ISBN 0-19-262827-7 Check |isbn= value: checksum (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ a b "American Red Cross Blood Services, New England Region, Maine, Massachusetts, New Hampshire, Vermont". American Red Cross Blood Services - New England Region. 2001. Dicapai pada 2008-07-15. there are more than 600 known antigens besides A and B that characterize the proteins found on a person's red cells
  5. ^ Dean, Laura. "The ABO blood group". Blood Groups and Red Cell Antigens. online: NCBI. A number of illnesses may alter a person's ABO phenotype Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |origdate= dan |origmonth= (bantuan)
  6. ^ Stayboldt C, Rearden A, Lane TA (1987). "B antigen acquired by normal A1 red cells exposed to a patient's serum". Transfusion. 27 (1): 41–4. PMID 3810822.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Matsushita S, Imamura T, Mizuta T, Hanada M (1983). "Acquired B antigen and polyagglutination in a patient with gastric cancer". The Japanese Journal of Surgery. 13 (6): 540–2. PMID 6672386. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Kremer Hovinga I, Koopmans M, de Heer E, Bruijn J, Bajema I (2007). "Change in blood group in systemic lupus erythematosus". Lancet. 369 (9557): 186–7, author reply 187. doi:10.1016/S0140-6736(07)60099-3. PMID 17240276.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Demi-Lee Brennan has changed blood types and immune system Kate Sikora, The Daily Telegraph, 25 Januari 2008
  10. ^ Aust doctors hail teen's transplant 'miracle' Sean Rubinsztein-Dunlop, ABC News (Australia), 24 Januari 2008
  11. ^ CHOWN B, LEWIS M, KAITA K (1957). "A new Kell blood-group phenotype". Nature. 180 (4588): 711. PMID 13477267. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  12. ^ Miller LH, Mason SJ, Clyde DF, McGinniss MH (1976). "The resistance factor to Plasmodium vivax in blacks. The Duffy-blood-group genotype, FyFy". The New England Journal of Medicine. 295 (6): 302–4. PMID 778616. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  13. ^ Kwiatkowski DP (2005). "How malaria has affected the human genome and what human genetics can teach us about malaria". American Journal of Human Genetics. 77 (2): 171–92. doi:10.1086/432519. PMC 1224522. PMID 16001361. The different geographic distributions of α thalassemia, G6PD deficiency, ovalocytosis, and the Duffy-negative blood group are further examples of the general principle that different populations have evolved different genetic variants to protect against malaria Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  14. ^ "Your blood – a textbook about blood and blood donation" (PDF). m/s. 63. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-08-27. Dicapai pada 2008-07-15.
  15. ^ Talaro, Kathleen P. (2005). Foundations in microbiology (ed. 5th). New York: McGraw-Hill. m/s. 510–1. ISBN 0-07-111203-0.
  16. ^ Moise KJ (2008). "Management of rhesus alloimmunization in pregnancy". Obstetrics and Gynecology. 112 (1): 164–76. doi:10.1097/AOG.0b013e31817d453c. PMID 18591322. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  17. ^ "CIA World Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-04. Dicapai pada 2010-04-09.
  18. ^ South African National Blood Service - What's Your Type?
  19. ^ Blood Types in the U.S.
  20. ^ Fequency of ABO blood groups in the eastern region of Saudi Arabia
  21. ^ Blood Types - What Are They?, Australian Red Cross
  22. ^ Austrian Red Cross - Blood Donor Information
  23. ^ Rode Kruis Wielsbeke - Blood Donor information material
  24. ^ "Voorraad Erytrocytenconcentraten Bij Sanquin" (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 2009-03-27.
  25. ^ Tipos Sanguíneos
  26. ^ Frequency of major blood groups in the Danish population.
  27. ^ Veregruppide esinemissagedus Eestis
  28. ^ Suomalaisten veriryhmäjakauma
  29. ^ "Blood Donation, Hong Kong Red Cross" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-04-07. Dicapai pada 2009-04-07.
  30. ^ Blóðflokkar
  31. ^ Indian Journal for the Practising Doctor
  32. ^ "Irish Blood Transfusion Service - Irish Blood Group Type Frequency Distribution". Irish Blood Transfusion Service. Dicapai pada 2009-11-07.
  33. ^ The national rescue service in Israel
  34. ^ de:Blutgruppe#Häufigkeit der Blutgruppen
  35. ^ Types & Rh System, Canadian Blood Services
  36. ^ What are Blood Groups? - NZ Blood
  37. ^ "Norwegian Blood Donor Organization". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-24. Dicapai pada 2010-04-09.
  38. ^ "Les groupes sanguins (système ABO)". Centre Hospitalier Princesse GRACE - Monaco (dalam bahasa French). C.H.P.G. MONACO. 2005. Dicapai pada 2008-07-15.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ Regionalne Centrum Krwiodawstwa i Krwiolecznictwa we Wroclawiu
  40. ^ Portuguese Blood Institute (assuming Rh and AB antigens are independent)
  41. ^ Federación Nacional de Donantes de Sangre/La sangre/Grupos
  42. ^ Frequency of major blood groups in the Swedish population.
  43. ^ Turkey Blood Group Site.
  44. ^ Frequency of major blood groups in the UK.
  45. ^ RACIAL & ETHNIC DISTRIBUTION of ABO BLOOD TYPES, BLOODBOOK.COM
  46. ^ Blood Transfusion Division, United States Army Medical Research Laboratory (1971). Selected contributions to the literature of blood groups and immunology. 1971 v. 4. United States Army Medical Research Laboratory, Fort Knox, Kentucky. ... In northern India, in Southern and Central China and in the neighboring Central Asiatic areas, we find the highest known frequencies of B. If we leave this center, the frequency of the B gene decreases almost everywhere ...
  47. ^ a b Encyclopaedia Britannica (2002). The New Encyclopaedia Britannica. Encyclopaedia Britannica, Inc. ISBN 0852297874. ... The maximum frequency of the B gene occurs in Central Asia and northern India. The B gene was probably absent from American Indians and Australian Aborigines before racial admixture occurred with the coming of the white man ...
  48. ^ Carol R. Ember, Melvin Ember (1973). Anthropology. Appleton-Century-Crofts. ... Blood type B is completely absent in most North and South American Indians ...
  49. ^ Laura Dean, MD (2005). Blood Groups an Red Cell Antigens. National Center for Biotechnology Information, United States Government. ISBN 1932811052. ... Type A is common in Central and Eastern Europe. In countries such as Austria, Denmark, Norway, and Switzerland, about 45-50% of the population have this blood type, whereas about 40% of Poles and Ukrainians do so. The highest frequencies are found in small, unrelated populations. For example, about 80% of the Blackfoot Indians of Montana have blood type A ...
  50. ^ Technical Monograph No. 2: The ABO Blood Group System and ABO Subgroups (PDF). Biotec. 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-02-06. Dicapai pada 2010-04-09. ... The frequency of blood group A is quite high (25-55%) in Europe, especially in Scandinavia and parts of central Europe. High group A frequency is also found in the Aborigines of South Australia (up to 45%) and in certain American Indian tribes where the frequency reaches 35% ... Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  51. ^ Possible Risks of Blood Product Transfusions from American Cancer Society. Last Medical Review: 03/08/2008. Disemak: 01/13/2009
  52. ^ 7 ADVERSE REACTIONS TO TRANSFUSION Pathology Department at University of Michigan. Versi Julai 2004, Disemak 11/5/08
  53. ^ Nickel RG, Willadsen SA, Freidhoff LR; dll. (1999). "Determination of Duffy genotypes in three populations of African descent using PCR and sequence-specific oligonucleotides". Human Immunology. 60 (8): 738–42. doi:10.1016/S0198-8859(99)00039-7. PMID 10439320. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  54. ^ Bruce, MG (2002). "BCF - Members - Chairman's Annual Report". The Blood Care Foundation. Dicapai pada 2008-07-15. As Rhesus Negative blood is rare amongst local nationals, this Agreement will be of particular value to Rhesus Negative expatriates and travellers Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  55. ^ Daniels G, Finning K, Martin P, Summers J (2006). "Fetal blood group genotyping: present and future". Annals of the New York Academy of Sciences. 1075: 88–95. doi:10.1196/annals.1368.011. PMID 17108196. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  56. ^ "Use of Anti-D Immunoglobulin for Rh Prophylaxis". Royal College of Obstetricians and Gynaecologists. 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-30. Dicapai pada 2010-04-09. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  57. ^ "Pregnancy - routine anti-D prophylaxis for D-negative women". NICE. 2002. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  58. ^ "RBC compatibility table". American National Red Cross. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-04. Dicapai pada 2008-07-15. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  59. ^ a b Blood types and compatibility bloodbook.com
  60. ^ Fauci, Anthony S. (1998). Harrison's Principals of Internal Medicine. New York: McGraw-Hill. m/s. 719. ISBN 0-07-020291-5. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan))
  61. ^ Universal acceptor and donor groups
  62. ^ Landsteiner K. Zur Kenntnis der antifermentativen, lytischen und agglutinierenden Wirkungen des Blutserums und der Lymphe. Zentralblatt Bakteriologie 1900;27:357-62.
  63. ^ Landsteiner K, Wiener AS. An agglutinable factor in human blood recognized by immune sera for rhesus blood. Proc Soc Exp Biol Med 1940;43:223-224.
  64. ^ Coombs RRA, Mourant AE, Race RR. A new test for the detection of weak and "incomplete" Rh agglutinins. Brit J Exp Path 1945;26:255-66.
  65. ^ Johnson P, Williams R, Martin P (2003). "Genetics and Forensics: Making the National DNA Database". Science Studies. 16 (2): 22–37. PMC 1351151. PMID 16467921.CS1 maint: multiple names: authors list (link)