Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Idola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Idola (filem))
Idola
Poster keluaran tayangan
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Lakon layarAziz M. Osman
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehAziz M. Osman
Muzik olehAzman Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 7 Mac 2002 (2002-03-07) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1 juta
Pecah panggungRM1 juta

Idola ialah sebuah filem drama muzikal romantik Malaysia 2002 arahan dan tulisan oleh Aziz M. Osman terbitan Tayangan Unggul.[2][3][4] Ia mengisahkan tentang Farah, seorang peguam syarie berjaya dan adiknya, Nana. Kemelut timbul apabila Nana mengidolakan Elise, penyanyi popular. Farah mula berkenalan dengan Mukriz dan lama-kelamaan menaruh hati terhadap Mukriz. Dibintangi oleh Normala Samsudin, Norman Hakim, Sharifah Aleya, Jeslina Hashim dan Danny X-Factor, filem ini ditayangkan pada 7 Mac 2002.[5][6]

Farah (Normala Samsudin) merupakan seorang peguam syariah yang terkenal dan juga kakak kepada Nana (Sharifah Aleya). Manakala Mukriz (Norman Hakim) pula adalah abang serta pengurus kepada penyanyi popular Elise (Jeslina Hashim). Masalah mula timbul apabila Nana mula menjadikan penyanyi popular, Elise sebagai role-model. Bagi Farah, manusia di dunia hiburan tidak layak untuk dijadikan sebagai role-model. Ketika inilah Farah mula berkenalan dengan Mukriz dan lama-kelamaan dia mula menaruh hati terhadap Mukriz. Namun salah faham terjadi apabila Farah menyangka bahawa Mukriz berlaku sumbang dengan jandanya, Rubi (Sheila Mambo). Nana pula hilang kepercayaan terhadap penyanyi kesayangannya, Elise selepas melihat Elise bermain cinta dengan Jimi (Danny X-Factor) yang juga jejaka idaman Nana. Kini Nana mula menyedari akan kebenaran kata kakaknya mengenai dunia hiburan. Apakah yang akan terjadi kepada Farah dan Nana? Mampukah Farah menjadi role-model bagi adiknya setelah dia mula terlibat dalam dunia hiburan secara tidak langsung?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Norman Hakim sebagai Mukriz, Pengurus/ abang kepada Elis yang menjadi bapa tunggal kepada Melissa selepas Rubi meninggalkan beliau dan anaknya kemudian menemui Farah dalam satu insiden[1]
  • Normala Samsudin sebagai Farah Iskandar, Peguam Sharia yang hidup hanya kerja dan kakak kepada Nana.[1][7]
  • Jeslina Hashim sebagai Elis, Penyanyi terkenal dan adik yang dijaga oleh Mukriz[1][7]
  • Sharifah Aleya sebagai Suzana "Nana"Iskandar, Adik kepada Farah berusia 20 an yang mengidolakan Elis namun tidak disukai oleh kakaknya sebelum kakak (Farah) berubah hati setelah bertemu Mukriz[1][7]
  • Danny X-Factor sebagai Jimi[1][8]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Idola ialah filem ketiga terbitan Tayangan Unggul dan filem ke-16 arahan Aziz M. Osman.[11][12][13] Menurut Aziz, filem ini ditujukan khas dalam kenangan buat arwah bapanya, M. Osman yang meninggal dunia pada Julai 2001 akibat angin ahmar.[14] Beliau berkata: "Apa yang diceritakan dalam filem ini ialah secara moralnya kalau akar tunjang itu baik, apabila ditempuh badai sekalipun ia akan kembali kepada asal. Dengan tunjang yang kuat, ke mana sahaja kita pergi, kita akan ada pedoman [...] Lantaran itu, saya menterjemahkan realiti sebenar dunia seni ke dalam Idola untuk menukar persepsi masyarakat".[14] Untuk filem ini, beliau mengetengahkan konsep kekeluargaan sebagai asas utama.[15][16][17]

Norman Hakim memegang watak Mukriz, abang sulung merangkap pengurus Elise. Idola menandakan kerjasama sulung beliau bersama Aziz. Norman mengakui pernah menolak tawaran berlakon di bawah arahan Aziz sebanyak beberapa kali kerana terikat dengan komitmen lain.[18] Penyanyi, Jeslina Hashim yang sebelum ini berlakon di bawah arahan Aziz menerusi filem Seri Dewi Malam memegang watak Elise, seorang penghibur muda yang menjadi kegilaan Nana yang dilakonkan oleh Sharifah Aleya.[19][20] Jeslina berkata, penglibatannya dalam Idola dianggap lebih memberi kepuasan berbanding dengan persembahannya dalam Seri Dewi Malam yang mana beliau melakonkan watak gadis buta.[14][21] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini, "Selintas Kesan" hasil nukilan Azman Abu Hassan dan lirik oleh Aziz. Personaliti TV dan pengacara, Normala Samsudin memegang watak Farah, seorang peguam dan kakak kepada Nana lakonan Aleya. Idola ialah filem kedua lakonannya selepas Gerak Khas The Movie dan filem pertamanya lakonannya sebagai watak utama.[22][23] Sharifah Aleya memegang watak Nana, peminat Elise lakonan Jeslina. Aleya menyedari ilmu masih cetek, namun tidak segan 'berguru' dengan pengarah dan barisan pelakon yang banyak membantunya, Idola ialah lakonan pertama beliau.[24][25]

Barisan pelakon lain termasuk Danny X-Factor, Wahid Senario, Sheila Mambo, Nor Aliah Lee dan Julie Dahlan. Filem ini juga menandakan lakonan sulung Diana Danielle, yang kemudian menempa kejayaan dalam bidang lakonan.[11][26] Penggambaran dijalankan selama 40 hari pada Julai dan Ogos 2001.[27]

Khadijah Ibrahim, menulis untuk Utusan Malaysia, beranggapan bahawa Idola menggunakan unsur-unsur persekitaran yang memiliki hubungan dengan pengarahnya, Aziz M. Osman sebagai "bahan yang boleh dijadikan filem yang menarik". Beliau menulis bahawa filem ini dilihat sebagai "sebuah filem yang tidak berat, berjiwa remaja dan diisi pengajaran khusus kepada golongan remaja dengan mengambil pendekatan hiburan". Menurut Khadijah, Aziz menggunakan kematangan cara berfikir dengan menggarapkan Idola agar bersesuaian untuk tontonan semua lapisan masyarakat.[27] Aziz bagaimanapun berkata, beliau lebih senang menonjolkan filem yang dapat memberi hiburan dan pengajaran kepada generasi muda. Beliau menjelaskan Idola sarat dengan "pengajaran untuk semua orang agar jangan melihat sesuatu perkara daripada skop yang sempit" dan diisi dengan "nilai-nilai kasih sayang antara ahli keluarga dan falsafah yang boleh diguna pakai oleh semua pihak".[27]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Idola ditayangkan pada 7 Mac 2002.[28] Ia dipasarkan sebagai filem muzikal romantik komedi.[27] Sebelum tayangan perdana rasmi, filem ini dikatakan telah bertindih 2 minggu selepas Anak Mami The Movie ditayangkan pada 21 Februari tahun sama.[29][30] Filem ini berjaya meraih kutipan kasar melebihi RM1 juta dalam tempoh sembilan hari tayangan.[31]

Hartati Hassan Basri dari Harian Metro mengangkat filem ini sebagai filem keluarga.[32] SS dari akhbar sama turut memuji filem ini dengan berkata "elemen keluarga yang dibawa Aziz berjaya dan menghiburkan, sekali gus terkeluar dari kepompong stereotaip isu kekeluargaan yang sering menjadi tema filem Melayu kita".[10] Menulis untuk The Malay Mail, Meor Shariman dalam komen awalnya menulis: "Menonton Idola seperti menikmati piza kegemaran anda dengan semua topping pilihan anda".[33] Mengulas untuk New Straits Times, Afzal Khalid menulis bahawa filem ini "memberi tumpuan kepada kehidupan dan tingkah laku manusia" dan menyelusuri "hubungan keluarga, tradisi, dan cinta".[34]

Pada Oktober 2002, filem ini bersama-sama dengan filem KL Menjerit terpilih mewakili Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-47 (FFAP47) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan.[35][36]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Anugerah Skrin 2003 Pelakon Harapan Sharifah Aleya Menang
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t "Catatan penerbitan Idola". Filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2008. Dicapai pada 7 Februari 2013.
  2. ^ Izza Safinaz Ibrahim (3 Mac 2002). "Idola mantap". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  3. ^ Isa Ismail (9 Mac 2002). "Of love and flawed idols" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  4. ^ Zubir Mohd Yunos (12 Mac 2002). "Tayangan Unggul perhebat promosi Idola". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  5. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (13 Mac 2002). "Aziz - Kesal Idola terpaksa bersaing". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Januari 2013.
  6. ^ Izza (16 Mac 2002). "Idola mula tarik perhatian". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2019.
  7. ^ a b c Hartati Hassan Basri (10 Mac 2002). "Awek Idola erat". Metro Ahad. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  8. ^ Zul Husni Abdul Hamid (17 Julai 2001). "Danny: Watak dalam Idola berbeza". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  9. ^ "Sheila Mambo anggap Idola cukup bermakna". Utusan Malaysia. 9 Ogos 2001. Dicapai pada 7 Januari 2013.
  10. ^ a b "Julie berhabis untuk tiga babak". Harian Metro. 27 Februari 2002. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  11. ^ a b Nor Akmar Samudin (16 Julai 2001). "Idola sandarkan pelakon baru, lama". Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  12. ^ Meor Shariman (20 Julai 2001). "The idols of Idola" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2019.
  13. ^ Suraya Al-Attas (20 Julai 2001). "Of youth and role models" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  14. ^ a b c Saharudin Musthafa; Norzaila Rosli (3 Mac 2002). "Filem Idola hadiah Aziz buat arwah bapa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 5 Mac 2015.
  15. ^ Izza Safinaz Ibrahim (1 Mac 2002). "Aziz dedikasi Idola untuk ayah, anak". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  16. ^ Khadijah Ibrahim (16 Julai 2001). "Filem Idola sarat mesej untuk remaja". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Januari 2013.
  17. ^ Saharudin Musthafa (30 September 2001). "Idola paparkan konflik adik-beradik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Januari 2013.
  18. ^ "Norman tidak kekok berlakon bersama Normala". Utusan Malaysia. 17 Julai 2001. Dicapai pada 7 Januari 2013.
  19. ^ Abie Abdullah (31 Mei 2001). "Idola Jeslina". Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  20. ^ "Jeslina Hashim bermati-matian kerana Idola". Utusan Malaysia. 29 Julai 2001. Dicapai pada 7 Januari 2013.
  21. ^ Ellyna Ali (29 Julai 2001). "Elise, Jeslina tak sama". Berita Minggu. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  22. ^ Zubir Mohd Yunos (27 Mei 2001). "Idola buat Mala berdebar". Berita Minggu. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  23. ^ Khadijah Ibrahim (5 Mac 2002). "Normala seronok pegang watak peguam". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Januari 2013.
  24. ^ Sharifah Aleya (16 Julai 2001). "Aleya tidak segan 'berguru' di lokasi". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  25. ^ Hanisah Selamat (17 November 2001). "Aleya bangga dibimbing Aziz M. Osman". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  26. ^ "Idola gabung pelakon baru, veteran". Berita Harian. 17 Julai 2001. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  27. ^ a b c d Khadijah Ibrahim (27 Februari 2002). "Idola - Filem berjiwa remaja". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  28. ^ Hanisah Selamat (26 November 2001). "Promosi serentak Idola, KL Menjerit". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  29. ^ Akmal Abdullah; Ellyna Ali (16 Mac 2002). "Finas jawab isu tayangan Anak Mami, Idola bertindih". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  30. ^ "Pertindihan tayangan Idola, Anak Mami saingan sihat". Berita Harian. 20 Mac 2002. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  31. ^ Sani Salleh (19 Mac 2002). "Idola saingi Anak Mami The Movie". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  32. ^ Hartati Hassan Basri (26 Februari 2002). "Idola filem keluarga". Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  33. ^ Meor Shariman (27 Februari 2002). "Simply delicious!" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  34. ^ Afzal Khalid (15 Mac 2002). "Film review: Idola" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Januari 2019.
  35. ^ Abie Abdullah (1 Oktober 2002). "KL Menjerit, Idola bertuah dipilih ke Seoul". Harian Metro. Dicapai pada 5 Januari 2020.
  36. ^ Abie Abdullah (1 Oktober 2002). "Harap salah satu filem menang anugerah". Harian Metro. Dicapai pada 5 Januari 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]