Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Firaun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Fir'aun)
Gambaran firaun dalam persalinan berkerudung (nemes) dan kain sarung berhias (shendyt)

Firaun (Jawi: فرعون, bahasa Inggeris: pharaoh) merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam

Etimologi

[sunting | sunting sumber]
Pharaoh "Pr Aa"
dalam hieroglif
O1
O29

Firaun merupakan serapan Arab: فرعون firʿawn (sepertimana yang digunakan dalam al-Qur’an); ia berakar dari Bahasa Mesir pr ꜥꜣ, * /ˌpaɾuwˈʕaʀ/ "great house" di mana pr bermaksud "rumah" dan ꜥꜣ "tiang" atau "tinggi" lalu ditafsirkan sebagai istana; ia dikaitkan dengan salah satu gelaran bagi raja Mesir semasa zaman Kerajaan Lama iaitu smr pr-ꜥꜣ "orang istana" (Courtier of the High House).[1] Ia dikaji terawal digunakan dalam suatu surat perutusan kepada Amenhotep IV (Akhenaten) pada pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292 SM).[2]

Kebesaran dan Gelaran

[sunting | sunting sumber]
Ramesses II
dalam hieroglif
nama diraja
rawsrmAatra stp
n
nama kelahiran
imn
n
N36
ra
Z1
msssw

Raja Mesir memakai dua mahkota, yang dicipta dari Mahkota Merah dari Mesir Hilir dan Mahkota Putih dari Mesir Hulu. Ia dihiasi dengan ular yang digandakan ketika Dinasti Kedua Puluh Lima.

Ahli kaji Mesir purba, Bob Brier mendapati walaupun terdapat banyak pernyataan dan lukisan tentang mahkota diraja, tiada mahkota yang sebenar ditemui. Makam Tutankhamun digali besar-besaran tetapi tetap tidak dijumpai. Mahkota tersebut dikatakan mempunyai kandungan sihir, dan pendapat Brier mengatakan bahawa mahkota tersebut tidak boleh dibawa bersama apabila telah mangkat tetapi harus diserahkan kepada penggantinya.

Gelaran rasmi bagi raja ketika Kerajaan Baru mengandungi lima nama; bagi sesetengah pemerintah, kita hanya mengetahui satu atau dua sahaja

Permasalahan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:

  • Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.
  • Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari Orang Laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan. Tidak pasti sama ada Ramesses III atau Amenemhat I dibunuh.
  • Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.
  • Apa yang berlaku kepada Hatshepsut tidak diketahui dan hubungan antara Hatshepsut dengan Senenmut masih diperdebatkan.
  • Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.
  • Tidak diketahui sama ada Necho II menghantar ekspedisi yang berlayar dari Laut Merah mengelilingi Afrika dan kembali ke delta Nil.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ A. Gardiner, Ancient Egyptian Grammar (3rd edn, 1957), 71–76.
  2. ^ Hieratic Papyrus from Kahun and Gurob, F. LL. Griffith, 38, 17.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • (Inggeris)Sir Alan Gardiner Egyptian Grammar: Being an Introduction to the Study of Hieroglyphs, Third Edition, Revised. London: Oxford University Press, 1964. Excursus A, pp. 71-76.
  • (Inggeris)Brier, Bob. PhD. History of ancient Egypt (Audio). The First Nation in History. The Learning Company. 2001.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Ankh Topik berkenaan Mesir Purba sunting Ankh
Tempat: Sungai Nil | Niwt/Waset/Thebes | Alexandria | Annu/Iunu/Heliopolis | Luxor | Abdju/Abydos | Giza | Ineb Hedj/Memphis | Djanet/Tanis | Rosetta | Akhetaten/Amarna | Atef-Pehu/Fayyum | Abu/Yebu/Elephantine | Saqqara | Dahshur
Ennead Agung Heliopolis: Atum | Shu | Tefnut | Geb | Nuit (Nut) | Osiris | Isis | Set | Nephthys
Dewa-dewi Utama: Amun | Anubis | Apophis | Apis | Bastet | Hathor | Khepri | Khonsu | Maat | Min | Neith | Ptah | | Set | Sobek | Thoth |Wepwawet | Aten
Ogdoad Heliopolis: Amun/Amunet | Huh/Hauhet | Kuk/Kauket | Nun/Naunet
Dewa perang: Bast | Anhur | Maahes | Sekhmet | Pakhet
Konsep kedewaan: Chons | Maàt | Hu | Saa | Shai | Renenutet| Min | Hapy
Dewa lain: Chnum | Taweret | Bes | Seker | Seshat
Kematian: Mumia | Empat anak Horus | Balang bertutup | Ankh | Buku Kematian | KV | Kuil mayat | Ushabti
Bangunan: Piramid | Kuil Karnak | Sphinx | Rumah Api Besar | Perpustakaan Besar | Deir el-Bahri | Patung Memnon | Ramesseum | Abu Simbel
Penulisan: Hieroglif Mesir | Nombor Mesir | Demotik
Kronologi: Mesir Purba | Yunani dan Rom Mesir | Arab Mesir Awal | Uthmaniyyah Mesir | Muhammad Ali dan pengganti | Mesir Moden