Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ferdinand Magellan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ferdinand Magellan
Kelahiran
Fernão de Magalhães

1480
Meninggal duniaMac 04 1521 (berumur 40–41)
Kerajaan Mactan
(sekarang Lapu-Lapu City, Filipina)
WarganegaraPortugis
Terkenal keranaYang pertama mengelilingi Bumi, dari Eropah ke Timur, dan Barat; bagi ekspedisi pertama dari Eropah ke Asia oleh Barat; dan mengetuai ekspedisi pertama merentasi Lautan Atlantik ke Selat Magellan dan merentasi Lautan Pasifik
Tandatangan

Ferdinand Magellan (Portugis: Fernão de Magalhães,[1] IPA: [fɨɾˈnɐ̃w ðɨ mɐɣɐˈʎɐ̃jʃ]; Sepanyol: Fernando de Magallanes, Sebutan Sepanyol: [ferˈnando ðe maɣaˈʎanes]; kk. 1480 – 27 April 1521) adalah seorang penjelajah Portugis yang menganjurkan ekspedisi Sepanyol ke Hindia Timur dari tahun 1519 hingga 1522, menjadikannya manusia pelayar pertama mengelilingi Bumi.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga Portugis kaya pada sekitar 1480, Magellan menjadi seorang pelaut mahir dan pegawai tentera laut dan akhirnya dipilih oleh Raja Charles I dari Sepanyol untuk mencari laluan ke arah barat ke suatu "kepulauan rempah" di dunia Timur. Beliau memerintahkan satu angkatan dengan lima buah kapal menuju ke selatan melalui Lautan Atlantik ke Patagonia, melalui Selat Magellan memasuki perairan yang dinamakannya "Oceano Pacifico" moden). Walaupun siri ribut dan pemberontakan, ekspedisi itu sampai ke Kepulauan Rempah pada tahun 1521 dan pulang melalui Lautan Hindi untuk melengkapkan pusingan pertama dunia. Magellan tidak melengkapkan keseluruhan pelayaran ini, kerana dia telah terbunuh di dalam Pertempuran Mactan di Filipina pada tahun 1521.

Penguin Magellanik dinamakan sempena nama beliau, kerana dia adalah orang Eropah pertama memerhatikannya.[2] Kemahiran pelayaran Magellan juga telah diakui dalam penamaan objek yang berkaitan dengan bintang-bintang, termasuk Awan Magellan, yang kini dikenali sebagai dua galaksi kerdil berdekatan; kawah bulan berkembar Magelhaens dan Magelhaens A; dan kawah Marikh Magelhaens.[3]

Awal hayat

[sunting | sunting sumber]

Fernando lahir di Sabrosa[4] sekitar tahun 1480,[5] beliau dalam lima adik beradik kepada Pedro de Magalhães, seorang bangsawan Portugis[5] serta memangku jawatan datuk bandar Sabrosa dan Alda de Mezquita.[6] Beliau mengambil tugas sebagai utusan diraja Permaisuri Leonor pada usia muda. Beliau berkhidmat sebagai pengutus Raja Manuel I pada tahun 1495.[7]

Pada Mac 1505 ketika berusia 25 tahun, Magellan menyertai suatu angkatan armada 22 buah kapal mengiringi Francisco de Almeida dalam jawatan wizurainya di India. Beliau difahamkan kekal di sana terutamanya Goa, Cochin dan Quilon selama lapan tahun; bahkan semasa tempoh ini juga beliau terlibat dalam seberapa peperangan termasuk di Kannur pada tahun 1506 dan di Diu pada tahun 1509.[8]

Pelayaran

[sunting | sunting sumber]

Perjanjian Tordesillas yang ditandatangani pada 1494 menetapkan peruntukan kawasan dalam peta dunia tertentu yang boleh dihadkan pengaruh sama ada kepada Portugal mahupun Sepanyol. Magellan banyak kali memujuk Raja Manuel I merebut peluang ini namun tetap ditolak baginda. Magellan yang merasa kecewa memutuskan berpindah ke Sevilla di mana beliau boleh mendapat peluang bersama Raja Carlos I di bawah [9] peruntukan diberikan agensi Casa de Contratación. Sebanyak empat buah kapal kerakah besar iaitu San Antonio, Concepción, Victoria, dan Santiago disediakan untuk mengiringi kapal karavel Ferdinand sendiri iaitu Trinidad; kira-kira 270 orang anak kapal yang dihitungkan mengikuti pelayaran hebat ini[10]:39{ - majoriti anak-anak kapal ini berbangsa Sepanyol namun ada juga sekira 40 orang Portugis yang dikirakan bekerjasama selain Magellan [10]:61 termasuk beberapa saudara maranya iaitu Duarte Barbosa, João Serrão. Malah, Estevão Gomes dan Henry si Hitam atau Henrique, seorang hamba dibawakan dari Melaka turut dicatatkan ada dalam rombongan Portugis ini. Kelima-lima kapal ini memulakan pelayaran meninggalkan daratan Sepanyol tanggal 20 September 1519 menuju benua Amerika Selatan.

Ke Dunia Baru

[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 13 Disember, mereka tiba di tanah Brasil mendekati Pāo de Açúcar yang mengesankan memasuki teluk Rio de Janeiro yang indah untuk membaiki kapal serta dan mengisi semula bekalan. Kemudian mereka melanjutkan ke selatan ke tempat yang sekarang merupakan kawasan dalam Argentina, mencari el paso, jalur yang sulit ditemukan yang menuju ke lautan-lautan lain. Sementara itu, udara semakin dingin dan aisberg mula tampak. Akhirnya, pada tanggal 31 Mac 1520, Magelhaens memutuskan untuk melewatkan musim salji di pelabuhan San Julián.

Pelayaran tersebut kini telah memakan waktu enam kali lebih lama daripada pelayaran Columbus mengarungi lautan Atlantik yang pertama kali tanpa membawa hasil. Beberapa kali terjadi pemberontakan. Namun, berkat tindakan yang cepat dan tegas di pihak Magellan, hal itu digagalkan dan dua pemimpin pemberontak tersebut tewas.

Kehadiran kapal asing di pelabuhan menarik perhatian penduduk lokal yang kuat dan berbadan besar. Merasa seperti orang kerdil dibandingkan dengan raksasa-raksasa ini, para pengunjung tersebut menyebut daratan itu Patagonia, kaki besar dalam bahasa Sepanyol. Mereka juga mengamati "serigala laut sebesar anak lembu, serta angsa berwarna hitam dan putih yang berenang di bawah air, makan ikan, dan memiliki paruh seperti gagak", yang mengarah kepada bentuk penguin.

Di daerah lintang kutub sering mengalami badai yang ganas secara tiba-tiba, dan sebelum musim dingin berakhir, kapal Santiago yang kecil ranap akibat landaan ini namun untunglah para anak kapalnya dapat diselamatkan dari kapal yang karam itu. Setelah itu, keempat kapal yang masih bertahan, terus berlayar di bawah guyuran air hujan yang membeku, semua mata terpaku pada sebuah celah di sebelah barat. Akhirnya, mereka berbalik dan memasuki selat yang belakangan dikenal sebagai Selat Magellan. Namun, anak-anak kapal San Antonio didapati berpaling tadah di mana ia diperhatikan sengaja menghilang di tengah jaringan rumit selat itu dan kembali ke Sepanyol.

Ketiga kapal yang masih bertahan dilambatkan teluk yang sempit di antara tebing-tebing berselimut salju, terus berlayar. Mereka mengamati begitu banyaknya api di sebelah selatan yang berkemungkinan datang dari perkhemahan orang peribumi, jadi mereka menyebut daratan itu Tierra del Fuego atau “Tanah Api”.

Merentasi lautan Pasifik

[sunting | sunting sumber]

Pelayaran ini memakan masa 3 bulan dan 20 hari serta menghabiskan banyak bekalan air dan makanan mereka. Sebanyak 30 orang anak kapal juga meninggal disebabkan komplikasi gusi berdarah,[11] Magellan sendiri selamat kerana memakan jeruk buah safarjal simpanan sendiri yang membekalkan keperluan zat diingininya.

Pada 6 Mac 1521, mereka berlabuh di Guam di mana mereka dikerumuni penduduk Chamorro: mereka memberikan seberapa bekalan yang diperlukan untuk para pelayar Sepanyol namun segera menaiki kapal untuk mendapatkan alatan yang boleh ditukar. Namun, para pelayar Sepanyol menyangka bahawa orang-orang Chamorro cuba menyamun mereka[12] dan segera menyerang balas yang mengambil barangan mereka serta membakar rumah-rumah mereka untuk mendapatkan kembali barangan kapal tersebut.[13]

Ke Filipina

[sunting | sunting sumber]

Kapal mereka tiba di suatu pulau bernama "Mazaua" pada 15 Mac di mana mereka bertemu dengan penduduk peribumi yang menghuni pulau itu. Di sini juga Magellan memperkenalkan mereka dengan banyak barangan dibawa mereka termasuklah ajaran Kristian yang banyak dipeluk penduduk pulau ini. Beliau tidak lama kemudian mengarahkan suatu acara sembahyang pertama mereka di tanah asing ini bersama satu-satunya paderi mereka dari Andalusia, Pedro Valderrama; misa ini dihadiri semua peribumi menganut agama Kristian pada Ahad Paskah tanggal 31 Mac 1521, tarikh ini juga menandakan bermulanya agama Kristian Katolik disebarkan di tanah Filipina moden.[14][15][16] Suatu upacara yang disebutkan sebagai suatu "kasih-kasih" (casi casi, seperti yang tercatat pada kamus Antonio Pigafetta[17]) turut dilakukan sebagai tanda persahabatan antara orang pulau pimpinan Rajah Humabon dengan orang Sepanyol.[14]

Pembunuhan di Mactan

[sunting | sunting sumber]

Pemelukan agama Kristian beramai-ramai dilakukan Magellan mendatangkan kemarahan kepada Lapulapu, seorang pembesar Mactan,[18] yang menganggap pengajakan ini sebagai suatu penggesaan taat setia kepada Raja Sepanyol yang jauh lalu menolak sekeras-kerasnya tawaran Magellan,[19][20] sepertimana dituliskan Pigafetta yang mengiringi Magellan ketika itu.[21]

Magellan berlayar ke Mactan pagi 27 April 1521 dengan seberapa orang askar untuk mendapatkan kepercayaan Rajah Humabon[22][23] yang difikirkan mampu memujuk Lapulapu dengan pengaruhnya. Namun, Lapulapu mendapat tahu rancangan ini dan membawa seberapa orang pahlawannya menyerang sebaik Magellan mendarat di Mactan.

Kerana sekarang jumlah pelayar itu tinggal sedikit dan salah satunya sudah bocor, maka tidak mungkin untuk berlayar dengan tiga kapal, jadi mereka menenggelamkan Concepción dan berlayar dengan dua kapal yang masih tinggal ke tujuan terakhir mereka, Kepulauan Maluku di mana mereka mengisi muatan dengan rempah-ratus yang diinginkan.

Kedua-kedua kapal itu berpisah dalam perjalanan pulang. Anak-anak kapal Trinidad malangnya ditangkap oleh tentera Portugal dan dibawa ke daratan terdekat untuk dipenjarakan. Namun, Victoria, di bawah komando Juan Sebastián de Elcano luput dari pengejaran. Sambil menghindari hampir semua pelabuhan, mereka mengambil risiko menjauhi laluan Portugal lalu mengelilingi Tanjung Harapan tanpa berhenti untuk mengisi bekalan. Mereka akhirnya mencapai Sepanyol pada tanggal 6 September 1522—tiga tahun sejak keberangkatan mereka—hanya 18 orang anak kapal yang terselamat meskipun dalam keadaan sakit dan nyawa-nyawa ikan.

  1. ^ Rebouças, Fernando (12 Ogos 2009). "Fernão de Magalhães - Biografia do navegador português". História Brasileira. (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2011.
  2. ^ Hogan 2008
  3. ^ From the Gazetteer of Planetary Nomenclature, maintained by the USGS, in cooperation with IAU: Magelhaens on Moon, Magelhaens A on Moon, and Magelhaens on Mars. Accessed 2012-08-27.
  4. ^ de Freitas, Manuel Alcino Martins (1980). Fernão de Magalhães Nasceu em Sabrosa (Vila Real - Trás-os-Montes) (dalam bahasa Portugis). Vila Real: Min. Transmontana.
  5. ^ a b Bergreen 2003, m/s. 17. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFBergreen2003 (help)
  6. ^ Hartig, Otto (1913). "Ferdinand Magellan" . Dalam Herbermann, Charles (penyunting). Ensiklopedia Katolik. New York: Robert Appleton Company.
  7. ^  Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "Magellan, Ferdinand". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  8. ^ James A. Patrick, Renaissance and Reformation, p. 787, Marshall Cavendish, 2007, ISBN 0-7614-7650-4
  9. ^ Bergreen, Laurence (2003), Over the Edge of the World: Magellan's Terrifying Circumnavigation of the Globe, William Morrow, m/s. 23, ISBN 978-0-06-093638-9
  10. ^ a b Nancy Smiler Levinson (2001), Magellan and the First Voyage Around the World, Houghton Mifflin Harcourt, ISBN 978-0-395-98773-5, dicapai pada 31 July 2010, Personnel records are imprecise. The most accepted total number is 270.
  11. ^ Bergreen 2003, m/s. 215. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFBergreen2003 (help)
  12. ^ George Bryan Souza, Jeffrey S. Turley (2016). The Boxer Codex Transcription and Translation of an Illustrated Late Sixteenth-Century Spanish Manuscript Concerning the Geography, History and Ethnography of the Pacific, South-East and East Asia. Brill. m/s. 303. ISBN 978-90-04-29273-4. OCLC 932684337.
  13. ^ Bergreen 2003, m/s. 224–231. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFBergreen2003 (help)
  14. ^ a b Agoncillo, Teodoro A. (1974). Introduction to Filipino History. Quezon City, Philippines: GAROTECH Publishing. ISBN 971-10-2409-8.
  15. ^ Mercado, Monina A. (Editor) (1985). Dioramas:a visual history of the Philippines. Metro Manila, Philippines: Ayala Museum.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  16. ^ Agoncillo, Teodoro A. (1962). Philippine History. Manila, Philippines: Inang Wika Publishing Co.
  17. ^ Bausani, Alessandro (Disember 1960). "The First Italian-Malay Vocabulary by Antonio Pigafetta". East and West. Istituto Italiano per l'Africa e l'Oriente. m/s. 229-248.
  18. ^ ABS-CBN News (1 May 2019). "It's Lapulapu: Gov't committee weighs in on correct spelling of Filipino hero's name". ABS-CBN News. ABS-CBN Corporation. Dicapai pada 22 November 2019.
  19. ^ David, Hawthorne (1964). Ferdinand Magellan. Doubleday & Company, Inc.
  20. ^ "Battle of Mactan Marks Start of Organized Filipino Resistance Vs. Foreign Aggression". Dicapai pada 9 April 2009.
  21. ^ Nowell, Charles E. (1962). Magellan's Voyage Around the World: Three Contemporary Accounts. Northwestern University Press.
  22. ^ Ocampo, Ambeth (13 November 2019). "Lapu-Lapu, Magellan and blind patriotism". Inquirer.net. Dicapai pada 22 November 2019.
  23. ^ Mojarro, Jorge (10 November 2019). "[OPINION] The anger toward the 'Elcano & Magellan' film is unjustified". Rappler. Rappler Inc. Dicapai pada 22 November 2019.

Sumber pertama

[sunting | sunting sumber]

Sumber kedua

[sunting | sunting sumber]

Sumber di talian

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]