Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ra (dewa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Dewa Ra)
Ra / Re
Dewa Matahari
Satu dari pelbagai bentuknya, Ra, dewa suria, memiliki kepala falko dan cakera matahari pada kepalanya.
Nama dalam hieroglif
r
a
N5
Z1
C2

atau
N5
Z1
C2

atau
C2N5
Pusat kultus utamaHeliopolis
Simbolcakera matahari
Maklumat peribadi
Ibu bapaNeith dan Khnum atau Dewi Nu
Adik-beradikApep, Thoth, Sobek, Selket, Hathor
PasanganHathor, Isis, Sekhmet, Bastet, dan Mut (sebagai Amun Ra)
AnakShu, Tefnut, Bastet, Maat, Hathor, kadang-kala Selket

Ra (/rɑː/;[1] Bahasa Mesir: rꜥ; juga ditransliterasi rꜥw /ˈɾiːʕuw/; pepaku: 𒊑𒀀 ri-a atau 𒊑𒅀ri-ia;[2] Foenisia: 𐤓𐤏,[3] romanized: rʿ) atau Re (Bahasa Qibti: ⲣⲏ) adalah nika dewa matahari serta dewa utama dipercayai masyarakat Mesir kuno. Pada Dinasti Kelima dalam abad ke-25 dan ke-24 SM, dia telah menjadi dewa utama dalam agama Mesir kuno, yang dikenal pasti terutamanya dengan matahari tengah hari.

Pada masa dinasti Mesir berikutnya, Ra telah digabungkan dengan dewa Horus, sebagai Ra-Horakhty ("Ra, iaitu Horus Kedua-dua Ufuk"). Dia dipercayai memerintah alam yang dicipta: di langit, di bumi dan alam ghaib.[4] Dia dikaitkan dengan burung falkon. Dalam zaman Kerajaan Baru, dewa Amun menjadi terkenal dan digabungkan dengan Ra sebagai Amun-Ra. Semasa Tempoh Amarnah, Akhenaten menindas kultus Ra dan memihak kepada satu lagi nika dewa matahari, Aten, cakera matahari yang didewakan, tetapi selepas kematian Akhenaten kultus Ra pulih.

Satu dari pelbagai bentuknya, Ra, sun god nika dewa matahari, memiliki kepala manusia dan cakera matahari pada kepalanya.

Kultus lembu Mnevis, penjelmaan Ra, berpusat di Heliopolis dan terdapat banyak tanah perkuburan rasmi untuk lembu yang dikorbankan di utara bandar itu.

Semua kehidupan dipercayai telah dicipta oleh Ra, yang telah dia wujudkan dengan menyebut nama rahsia mereka. Selain itu manusia dikatakan terjadi daripada air mata dan peluh Ra, jadi orang Mesir memanggil diri mereka sebagai "sun god nika,dewa matahari." Dalam mitos pahlawan kebebasan,yang menyelamatkan manusia di perbudak di tenyubito yang diangap dewa pencakar langit.

One piece

Daripada:arshup

Ra dan matahari

[sunting | sunting sumber]

Kepada orang Mesir, matahari mewakili cahaya, kehangatan dan pertumbuhan. Ini menjadikan dewa matahari sangat penting, kerana matahari dilihat sebagai penguasa segala yang diwujudkan. Ra ialah bapa kepada dewa angin Shu dan dewi kelembapan Tefnut, yang dia cipta. Sekhmet, dewi singa yang ganas, adalah Mata Ra dan dicipta daripada api dalam mata Ra.

Ra di alam ghaib

[sunting | sunting sumber]

Ra dipercayai menaiku Atet, dua tongkang matahari yang dipanggil Mandjet (kapal berjuta-juta tahun), atau kapal pagi dan Mesektet, atau kapal petang.[5] Kedua-dua kapal ini membawanya merentas dan Duat, alam ghaib atau roh Mesir. Apabila Ra di atas Mesektet, dia dalam bentuk berkepala kambing jantan.[5] Apabila Ra mengembara di atas bahtera matahari, dia disertai oleh pelbagai dewa-dewa lain yang termasuk Sia (persepsi), Hu (kuasa) dan juga Heka (sihir). Kadang-kadang ahli-ahli Ennead membantu dia dalam perjalanannya, termasuk Set yang berjaya mengalahkan ular Apep, dan Mehen, yang melindunginya terhadap raksasa-raksasa alam ghaib. Apabila Ra berada di alam ghaib, dia akan berubah-ubah jelmaannya.[5]

Apep, dewa huru-hara, merupakan ular yang sangat besar yang cuba untuk menghentikan perjalanan bahtera matahari setiap malam dengan memakannya atau dengan menghentikannya dengan pukau. Menjelang waktu petang, orang Mesir percaya bahawa Ra terbenam sebagai Atum atau dalam bentuk seekor bebiri jantan. Mesektet, atau kapal malam, akan membawa dia melalui alam ghaib dan kembali ke arah timur untuk kelahiran semulanya. Mitos-mitos Ra ini menggambarkan matahari terbit sebagai matahari dilahirkan oleh dewi langit Nut; dengan itu mengaitkan konsep kelahiran semula dan pembaharuan kepada Ra dan mengukuhkan peranannya sebagai dewa pencipta juga.

Apabila Ra berada di alalm ghaib, dia bergabung dengan Osiris, dewa orang mati, dan dengan itu menjadi dewa kematian juga.[5]

  1. ^ Merriam-Webster's Collegiate Dictionary, Eleventh Edition. Merriam-Webster, 2007. p. 1023
  2. ^ Hess, Richard S. (1993). Amarna Personal Names (dalam bahasa Inggeris). Eisenbrauns. ISBN 9780931464713. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-16.
  3. ^ CIS I 3778
  4. ^ The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses, George Hart ISBN 0-415-34495-6
  5. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Hart Ra
  • Encyclopedia of Goddesses and Heroines By PATRICIA MONAGHAN
  • Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, 2002, 1991 Margaret R. Bunson, Facts On File, ISBN 0-8160-4563-1 (kulit keras)


Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]


  • Collier, Mark and Manley, Bill. How to Read Egyptian Hieroglyphs: Revised Edition. Berkeley: University of California Press, 1998.
  • Salaman, Clement, Van Oyen, Dorine, Wharton, William D, and Mahé, Jean-Pierre. The Way of Hermes: New Translations of the Corpus Hermeticum and The Definitions of Hermes Trismegistus to Asclepius. Rochester: Inner Traditions, 1999.