Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Daerah Lubok Antu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lubok Antu
لوبوق انتو
Mohor rasmi Lubok Antu لوبوق انتو
Lubok Antu لوبوق انتو yang terletak di Malaysia Timur
Lubok Antu لوبوق انتو
Lubok Antu
لوبوق انتو
Koordinat: 1°02′31″N 111°50′00″E / 1.0420707°N 111.8332189°E / 1.0420707; 111.8332189Koordinat: 1°02′31″N 111°50′00″E / 1.0420707°N 111.8332189°E / 1.0420707; 111.8332189
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
BahagianBahagian Sri Aman
Pentadbiran
 • PBTMajlis Daerah Lubok Antu
 • PengerusiRichard anak Ngumbang
Keluasan
 • Jumlah3,142.55 km2 (1,213.35 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah24,573
 • Kepadatan7.8/km2 (20/batu persegi)
Poskod
95900
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman sesawangLaman web rasmi Majlis Daerah Lubok Antu

Lubok Antu merupakan sebuah daerah pentadbiran di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Lubok Antu. Daerah ini juga berbatasan dengan Badau, di Kalimantan Barat, Indonesia. Sebilangan besar penduduknya merupakan kaum Iban. Aktiviti ekonomi utama di daerah ini adalah aktiviti pertanian.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama Lubok Antu dikatakan berasal daripada peristiwa peperangan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Iban pada suatu masa dahulu. Peperangan yang berlaku menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan mayat-mayat yang terkorban dihanyutkan arus deras dari hulu Sungai Batang Ai ke suatu lubuk di hilir sungai. Tiada siapa yang berani menguruskan mayat-mayat yang telah tersadai di lubuk tersebut. Lubuk di mana mayat tersadai itu pula mula dianggap berpuaka oleh penduduk tempatan, maka lahirlah nama Lubok (lubuk) Antu (hantu/puaka).[1]

Terdapat juga cerita legenda masyarakat setempat mengenai asal-usul nama Lubok Antu. Menurut legenda tersebut, suatu ketika dahulu ada dua orang adik-beradik bernama Chiri dan Jampi. Suatu hari, mereka pergi ngamboh parang (Nempek parang). Sekembalinya daripada ngamboh, mereka telah terserempak dengan Bunga Nuing iaitu Orang Panggau atau Orang Kayangan. Mereka dicabar oleh Bunga Nuing untuk beradu ketajaman parang. Dalam peraduan itu Bunga Nuing telah mansap (menetak) batu yang terdapat di tepi sebuah lubuk. Bunga Nuing yang menetak batu tersebut bukanlah golongan manusia biasa dan masyarakat tempatan pada masa itu pun beranggapan bahawa lubuk tersebut ada berpuaka atau berhantu. Semenjak itu, daerah ini secara keseluruhan telah dikenali sebagai Lubok Antu.[2] Batu yang ditetak oleh Bunga Nuing masih ada sehingga sekarang.[perlu rujukan]

Lubok Antu telah wujud seawal era penjajahan sekitar awal tahun 1800-an. Menurut orang-orang tua, 2-3 buah kedai pertama yang didirikan dahulu terletak berdekatan dengan Klinik Kesihatan Lubok Antu sekarang. Lokasinya kira-kira 20 meter dari tebing Sungai Batang Ai. Kedai-kedai tersebut memenuhi keperluan penduduk yangnya yang terdiri daripada komuniti Cina, Melayu dan Iban yang kebanyakannya tinggal di sepanjang sungai Batang Ai, Sungai Engkari dan Sungai Lemanak.[3] Pada masa kini, kedai-kedai tersebut telah dipindahkan ke lokasi lain.

Sekitar tahun 80-an, program penempatan semula penduduk dijalankan di Lubok Antu bagi memberi ruang kepada pembangunan empangan hidroelektrik pertama Sarawak.[perlu rujukan]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Lubok Antu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Lubok Antu yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Lubok Antu.

Daerah Lubok Antu diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Engkelili (N33) dan Batang Ai (N34) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Lubok Antu (P203).

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197017,468—    
198019,735+13.0%
199122,234+12.7%
200023,255+4.6%
201027,363+17.7%
202024,573−10.2%
Sumber: [4]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Iban
  
89.3%
Cina
  
6.1%
Melayu
  
3.0%
Bumiputera lain
  
1.2%
Lain-lain
  
0.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Lubok Antu ialah seramai 24,573 orang dengan kepadatan penduduk lapan orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 6,478 isi rumah dengan 8,309 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Lubok Antu merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Melayu. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 707 orang.[5][6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 846
Bumiputera lain 21,582
Cina 1,393
India 10
Lain-lain 35
Bukan warganegara - 707
Jumlah 24,573
Agama di Lubok Antu - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
88.0%
Islam
  
6.2%
Buddha
  
4.4%
Tidak beragama
  
0.9%
Lain-lain
  
0.5%

Di daerah Lubok Antu, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 88 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih enam peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan lebih empat peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga penduduk beragama lain seperti Hindu serta tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 21,632
Islam 1,512
Buddha 1,088
Hindu 5
Lain-lain 118
Tidak beragama 218
Jumlah 24,573

Kebanyakan masyarakat Iban di sini mengamalkan sistem pertanian pindah bagi tanaman padi. Aktiviti lain termasuklah menoreh getah dan menanam kelapa sawit. Aktiviti perniagaan kecil-kecilan dalam menghasilkan produk tempatan seperti ikan tilapia merah yang sangat popular, ikan tengadak dan hasil tani tempatan juga dijalankan.[3]

Pertanian

[sunting | sunting sumber]

Pertanian merupakan aktiviti turun-temurun penduduk di Lubok Antu. Dahulu aktiviti pertanian dijalankan secara tradisional, tetapi kini aktiviti pertanian komersial turut dijalankan seiring perkembangan teknologi. Antara aktiviti pertanian yang dijalankan penduduk termasuklah penanaman padi bukit dan paya, getah, kelapa sawit, lada, koko dan sebagainya. Badan-badan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, RISDA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan banyak lagi memberi bantuan dari segi pemberian khidmat nasihat kepada penduduk tempatan yang terlibat dengan aktiviti pertanian.[7]

Perikanan

[sunting | sunting sumber]

Lubok Antu merupakan kawasan yang sangat seusai bagi aktiviti penternakan ikan dalam sangkar di Sarawak. Sangkar-sangkar tersebut dibina di tasik yang terletak di Empangan Hidroelektrik Batang Ai. Kerja-kerja penternakan dikendalikan oleh para penduduk yang menganggotai Persatuan Peladang Lubok Antu. Antara ikan yang diternak ialah tilapia, patin, baung dan belida. Saiz sangkar yang digunakan berukuran kira-kira 10 meter persegi. Terdapat lebih 20 buah sangkar ikan yang telah dibina setakat ini tasik tersebut. Ikan-ikan akan dijual setelah diternak dalam tempoh 4 bulan pada harga RM8.00 sekilogram mengikut jenis ikan. Ikan yang sudah dibersihkan akan mendapat permintaan yang tinggi berbanding ikan segar. Jualan ikan akan dilakukan sekali dalam tempoh dua minggu kepada pemborong yang memasarkannya ke Bandaraya Kuching.[7]

Penternakan

[sunting | sunting sumber]

Penternakan merupakan aktiviti sampingan yang dilakukan oleh penduduk Lubok Antu selain daripada aktiviti pertanian dan perniagaan. Antara haiwan ternakan ialah ayam, itik, khinzir dan ikan dalam sangkar atau dalam tong. Sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk setempat, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Sarawak telah diamanahkan untuk membantu penduduk tempatan dengan menyalurkan bantuan seperti projek 1Azam kepada penerima-penerima terpilih.[7]

Keusahawanan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat buah kedai runcit yang dimiliki oleh penduduk bumiputera dan manakala 94 buah lagi diusahakan oleh kaum Cina. Ini menunjukkan tiada halangan bagi mana-mana kaum untuk turut sama bersaing secara sihat dalam bidang perniagaan. Di samping itu, terdapat kilang kelapa sawit di bawah pengurusan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan ini.[7]

Kemudahan Awam Lain

[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-Undang

[sunting | sunting sumber]
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu

Penjagaan Kesihatan

[sunting | sunting sumber]
  • Klinik Kesihatan Lubok Antu

Lain-Lain

[sunting | sunting sumber]
  • Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atas swasta (IPTS) di Daerah Lubok Antu setakat ini. Antara institusi persekolahan menengah, rendah dan pendidikan awal yang ada di daerah ini ialah :

Antara tarikan yang boleh dilawati di daerah Lubok Antu ialah:

  • Aiman Batang Ai Resort Lubok Antu
  • Taman Negara Batang Ai
  • Wong Merah Lubok Antu
  • Lubok Kasai Nanga Sumpa
  • Menyang Tais Lubok Antu
  • Pangkalan Hidro Batang Ai
  1. ^ "Lubuk yang jadi nama pekan Lubok Antu terbiar". 27 April 2014. Dicapai pada 15 Sep 2016.
  2. ^ "Lubuk Antu.. Bersama Sahabatku Orang Iban." 14 April 2012. Dicapai pada 15 Sep 2016.
  3. ^ a b "Background Of Lubok Antu Township". 15 Mac 2012. Dicapai pada 15 Sep 2016.
  4. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  5. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  7. ^ a b c d "Sosioekonomi Dan Keusahawanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-25. Dicapai pada 15 Sep 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.