Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Dahlia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bunga sarang tebuan)

Dahlia
Sekuntum bunga sarang tebuan.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Asterales
Keluarga: Asteraceae
Subkeluarga: Asteroideae
Tribus: Coreopsideae
Genus: Dahlia
Cav.[1]
Spesies jenis
Dahlia pinnata
Cav.[1]
Ceraian
  • Dahlia
  • Entemophyllon
  • Epiphytum
  • Pseudodendron
Sinonim[2] nom. illeg.

Georgina Willd.

Dahlia atau bunga sarang tebuan ialah jenis bunga dan genus tumbuhan saka dan herba berumbi dalam keluarga dikotiledon Asteraceae[3] yang tumbuh asli di Mexico dan Amerika Tengah. Ahli sekebunnya termasuklah bunga matahari, daisi, kekwa dan zinnia. Terdapat 49 spesies dalam genus ini[3] termasuk kacukan yang selalu ditanam sebagai hiasan kebun.

Bunga dahlia diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan Mexico pada 1963.[4] Umbinya ditanam sebagai tanaman makanan oleh orang Aztek, tetapi pengetahuan ini banyak menghilang selepas Penaklukan Sepanyol. Di Eropah, cubaan memperkenalkan umbi dahlia sebagai tanaman makanan tidak berjaya.

Nama umum dahlia (Jawi: دهليا) yang juga nama genusnya diberikan oleh Antonio José Cavanilles, pengarah Kebun Diraja Madrid di Sepanyol memperingati Anders Dahl, seorang ahli botani Sweden didikan Carl Linnaeus.[5][1]

Nama bunga sarang tebuan (Jawi: بوڠا سارڠ تبوان)[6] diberikan kerana bentuk gugusan ranggi sesetengah spesies atau kultivar bunga ini menyerupai sarang tebuan yang berlubang-lubang.[perlu rujukan] Nama ini turut ditemukan pada contoh lain yang berbentuk sama seperti kuih sarang tebuan.

Tahap lengkap bunga sarang tebuan: (mula dari gambar pertama baris ke-2 ikut arah jam) bunga mekar, kudup kembang, kudup, kudup pada pokok, pokok sarang tebuan; diambil di NIT Agartala, India.

Dahlia ialah tumbuhan saka berakar umbi, tetapi ia boleh ditanam menjadi pokok semusim di beberapa kawasan musim sejuk. Ada beberapa spesies dahlia yang berbatang umbi, ada spesies lain yang berbatang keras tanpa tisu kedua dan bertunas ulang selepas terbantut pada musim sejuk membolehkannya tumbuh lebih lama.[7] Batangnya berdaun dan tinggi dari serendah 30 sentimeter hingga melebihi 1.8-2.4 meter.

Tumbuhan dahlia berbunga satu kuntum setiap tangkai; kuntum ini boleh mempunyai garis pusat dari sekecil 5 sm sehingga melebihi 30 sm atau sebesar pinggan makan. Kuntum bunganya terdiri daripada sejambak anak bunga ceper yang memusat dikelilingi anak bunga ruji. Setiap anak bunga ini merupakan unit bunga tunggal, tapi kerap kalinya disilap kenal sebagai ranggi, lebih-lebih lagi oleh pakar hortikultur.

Kebanyakan spesies bunga ini tidak mengeluarkan haruman yang boleh menarik serangga pendebunga tetapi menunjukkan pelbagai warna berona terang kecuali warna biru.

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Dahlia banyak dijumpai di Mexico, tetapi ada beberapa spesies dijumpai menjulat sejauh selatan utara Amerika Selatan.[8]:41-42 Spesies jenis D. australis ditemukan sejauh selatan barat daya Guatemala, manakala D. coccinea dan D. imperialis turut ditemukan di sebahagian Amerika Tengah dan utara Amerika Selatan. Bunga spesies Dahlia dijumpai di tanah tinggi dan pergunungan pada ketinggian antara 1,500 dan 3,700 meter, kawasan tinggi ini dikenali sebagai zon pertumbuhan "hutan jarang tusam-oak". Kebanyakan spesies mempunyai batas julat yang berselerak di sepanjang banjaran gunung di Mexico.

Penghidap kencing manis dan batuk kering di Eropah dan Amerika Syarikat diberi makan sejenis gula daripada inulin yang didapati secara semula jadi dalam umbi pokok dahlia[9] sebelum insulin ditemukan pada tahun 1923.

  1. ^ a b c Cavanilles, A. J. (1791). Icones et Descriptiones Plantarum. 1. Madrid, Sepanyol. m/s. 57 – melalui Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat.
  2. ^ "Dahlia Cav". Germplasm Resources Information Network. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. 17 September 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2009. Dicapai pada 15 Oktober 2009.
  3. ^ a b "Dahlia Cav. Icon. 1: 56 (t. 80) (1791)". World Flora Online. World Flora Consortium. 2022. Dicapai pada 30 November 2022.
  4. ^ Harvey, Marian (1987). Mexican Crafts and Craftspeople. Associated University Presses. m/s. 19. ISBN 978-0-87982-512-6.
  5. ^ Stafleu, F. A.; Cowan, R. S. (1976). Taxonomic literature. 1: A-G. Utrecht.
  6. ^ "bunga sarang tebuan". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012.
  7. ^ Saar, Dayle E.; Polans, Neil O.; Sørensen, Paul D. (2003). "A Phylogenetic Analysis of the Genus Dahlia (Asteraceae) Based on Internal and External Transcribed Spacer Regions of Nuclear Ribosomal DNA". Systematic Botany. 28 (3): 627–639. doi:10.1043/01-78.1 (Tidak aktif 31 Oktober 2021). JSTOR 25063902.CS1 maint: DOI inactive as of 2021 (link)
  8. ^ Okubo, Hiroshi, penyunting (2012). Ornamental Geophytes: From Basic Science to Sustainable Production. Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat: CRC Press. ISBN 978-1-4398-4924-8.
  9. ^ Williams, Francis M. (1895). "Report on Therapeutics, On the effect of giving levulose and inulin to patients suffering diabetes mellitus". The Boston Medical and Surgical Journal. Massachusetts Medical Society, New England Surgical Society. 133 (2): 37.