Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bilut (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bilut
PengarahBade Hj. Azmi
PenulisTengku Adrian Ismail
Dihasilkan olehKhatijah Abu Hassan
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehBade Hj. Azmi
Diedarkan olehMega Wajasinar
Tarikh tayangan
  • 24 Oktober 2006 (2006-10-24) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Bilut ialah sebuah filem cereka diterbitkan sempena sambutan ulangtahun FELDA. Filem ini berlatar belakangkan kehidupan peneroka Lurah Bilut.

Pada tahun 1960 Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau. Pada masa yang sama, Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia yang menjual baja subsidi secara haram. Tidak hanya itu, mereka juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki-baki pihak komunis di kawasan hutan itu.

Namun segala cabaran dihadapi dengan cekal dan kemudian kejayaan awal hadir dalam hidupnya apabila anaknya, Yusof, menjadi satu-satunya anak Felda yang melanjutkan pelajaran di Brussel dalam jurusan pentadbiran. Di Brussel, Yusof menjalinkan hubungan cinta dengan Khaty, rakan sekuliahnya tetapi mendapat tentangan keluarga Khaty kerana anak seorang Peguam Negara tidak wajar menjalinkan hubungan dengan anak peneroka. Yusof akur dengan hakikat kehidupan dan kesedihannya itu menjadikan dia lebih rapat dengan Lisa yang juga rakan kuliahnya sehinggakan dia bercadang untuk mengambil Lisa sebagai isteri. Lisa memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Mazuin. Tapi hasrat Yusof tidak dipersetujui oleh bapanya, Yazid, yang merasakan bahawa sukar untuk berkahwin dengan golongan lebih berada sebagaimana yang pernah dilalui olehnya dengan arwah ibu Yusof dulu. Sementara itu, adik Yusof, Asmah telah dinikahkan dengan Iskandar, kawan Yusof. Namun kebahagiaan Jamilah tidak kekal lama apabila Iskandar hilang di dalam hutan tanpa ditemui lagi. Sejak itu, Jamilah menjadi tidak keruan dan bagaikan kurang waras. Yusof pula berkahwin dengan Saleha, seorang jururawat yang pernah menjaga bapanya di hospital. Hasil perkahwinan itu, Yusof dianugerahkan dua orang anak perempuan kembar, Maimunah dan Maimun.

Pada tahun 2006, pembuat filem dokumentari dari Filipina, Gabriel tiba di Malaysia dalam usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan mengalami sendiri perkembangan serta kemajuan yang telah dibuat oleh Felda. Kisah kejayaan Felda sebagai pemangkin ekonomi rakyat dan negara Malaysia memberikan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan filem dokumentari mengenainya. Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu Yusof yang juga rakannya semasa sama-sama belajar di universiti di Brussel pada tahun 1976. Yusof ialah anak peneroka yang sudah berjaya dan kini seorang eksekutif kanan Felda. Gabriel melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era - permulaan dan perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan - dan merumuskan bahawa Felda adalah perintis segala-galanya yang lahir daripada perancangan dan wawasan yang wajar dijadikan teladan. Setelah mendengar, melihat dan mengalami sendiri kehidupan di tanah Felda, Gabriel pulang ke negaranya dan kembali semula ke Malaysia bersama-sama krew penggambaran untuk penggambaran filemnya itu.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Rosyam Nor sebagai Yazid, Peneroka Felda Lurah Bilut dan bapa kepada Yusof, Yamin, Asmah dan Suami Aishah
  • Eja sebagai Aishah, Isteri kepada Yazid dan ibu kepada Yusof, Yamin, Asmah (mati akibat disengat lipan ketika banjir).
  • Que Haidar sebagai Yusof, Anak sulung Yazid dan Aishah & Abang kepada Asmah,seorang graduan di sebuah universiti di Belgium yang juga orang koperat dalam FELDA
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Kassim, Pengurus Felda Lurah Bilut
  • Rusdi Ramli sebagai Hassan, Penolong Pengurus Felda Lurah Bilut kemudian menggantikan Tuan Kassim
  • Ezlynn sebagai Asmah, Adik/Anak kepada Yusof, Yazid Aishah
  • Lisdawati sebagai Saleha, Isteri kepada Yusof dan kawan Asmah
  • Aqasha sebagai Hamzah, Peneroka yang kerap menyikat rambut dan penyeludup beras kerana kesempitan hidup
  • Khir Rahman sebagai Wan Mat, Peneroka dari Temerloh yang keras kepala namun dibuang kerana mencederakan Hassan
  • Siti Elizad sebagai Mariam, Isteri kepada Rosli

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Yasmin Hani sebagai Khaty, Bekas kekasih Yusof di Brussels dan anak orang kenamaan
  • Soffi Jikan sebagai Ngah Busu, Peneroka dan kerap di sisi Tuan Kassim namun dibuang kerana cuba merogol Mariam. merupakan kawan rapat Wan Mat.
  • Bront Palarae sebagai Rosli, Kawan kepada Yazid namun meninggal dunia akibat dihempap pokok
  • Beego sebagai Iskandar, Teman lelaki Asmah dan kawan kepada Yusof namun menghilangkan diri tanpa sebab
  • Anne Abdullah sebagai Hasnah, isteri Peneroka dari utata
  • Sharifah Shahora sebagai Som, isteri Peneroka dari Pekan, Pahamg
  • Amran Tompel sebagai Mat Ya - peneroka berketurunan Jawa
  • Prono sebagai Mustafa
  • Liza Ismail sebagai Nab
  • Abus bin Ngah sebagai Koyon - orang asli yang diambil bekerja membantu para peneroka
  • Celina khor sebagai Mazuin, Bekas kekasih kedua kepada Yusof di Brussels sebelum Yusof berkahwin dengan Saleha

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]
  • Jericho Rosales sebagai Gabriel, Kawan kepada Yusof dari Filipina yang menjalankan penggambaran dokumentari tentang Felda
  • Khatijah Abu Hassan sebagai Aspah, Ibu kepada Khaty
  • Dato Sri Mohd Najib Razak sebagai dirinya sendiri, Timbalan Perdana Menteri & Anak pengasas FELDA
  • Tan Sri Dr Yusof Noor sebagai dirinya sendiri, Pengerusi Felda
  • Tun Abdul Razak sebagai dirinya sendiri (hanya suara sahaja)
  • Syura sebagai penyanyi kenduri

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat 13 pencalonan pada Festival Filem Malaysia ke-19

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-19 Filem Terbaik Keseluruhan Filem Tercalon
Pengarah Terbaik Bade Hj. Azmi Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Rosyam Nor Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Eja Tercalon
Cerita Asal Terbaik Tan Sri Dr. Yusof Noor Tercalon
Sinematografi Terbaik Raja Mukhriz Raja Kamaruddin Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rusdi Ramli Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Fok Sin Menang
Penyuntingan Terbaik Bade Hj. Azmi Tercalon
Lagu Tema Asal Terbaik `Semalam Hari Ini Ku`
Lagu/Lirik: LY/Baiduri
Penyanyi: Mawi
Tercalon
Penataan Seni Terbaik Azwan Aziz Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Azman Abu Hassan Tercalon
Pereka Kostum/Busana Terbaik Tercalon

1. Pelakon Beto Kusyairy pernah menjadi krew penggambaran filem ini sebagai pendua (stand in) watak Wan Mat dilakonkan oleh Khir Rahman untuk babak pertarungan. Sememangnya Beto bekerja di belakang tabir sebelum menjadi pelakon

2. Jericho Rosales pertama kali berlakon dengan produksi Malaysia tatkala nama menjadi perhatian selepas fenomena drama Panga ko Sayo, beliau kembali semula berlakon dengan produksi Malaysia dalam drama Kusinero Cinta bersama Aaron Aziz, Tiz Zaqyah pada 2015.

3. Lokasi penggambaran di lakukan di tiga kawasan FELDA di Kuala Krai Kelantan, Negeri Sembilan dan Lurah Bilut, Bentong. Selain Kuala Lumpur dan Brussels, Belgium.

4. Que Haidar satu-satunya pelakon yang latar belakang FELDA memandangkan beliau dilahirkan di FELDA Taib Andak, Kulai.

5. Amran Tompel (Allahyarham) dan Adlin Aman Ramlie adalah adik beradik anak Allahyarham A.R Tompel. Mereka di dalam filem ini melakonkan watak peneroka dan pengurus.

6. Karakter Yazid yang berasal dari tengah bandar dan kemudian berpindah ke Lurah Bilut merujuk kepada kelompok awal peneroka FELDA yang berasal dari Kampung Datuk Keramat,Kuala Lumpur yang kemudian menyertai program Felda.

  • Semalam Hari Ini Ku - Mawi

Penulis lirik & Komposer:LY & Baiduri

  • Nazam Berkasih - Syura (adegan majlis persandingan Yusof dan Saleha)

Penulis lirik & Komposer: Pak Ngah, Siso Koperatasa

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]