Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Babi (mitologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Babi / Baba dalam hieroglif
D58G29N33CD58M17M17

Babi / Baba
si jantan segala babun

Babi atau Baba[1][2] ialah seekor dewa dalam agama Mesir kuno yang digambarkan sebagai babun chacma, haiwan yang terdapat di Mesir purba. Namanya biasa diterjemahkan kepada "si jantan segala babun", lebih kurang bermaksud "penghulu segala babun".[3]

Babi (atau Baba) sebagai babun mencangkung dengan zakar tegak.

Oleh sebab babun disangka ialah si mati, Babi dianggap sebagai seekor dewa alam ghaib Duat. Babun sangat agresif dan omnivor, dan Babi dikatakan sangat dahagakan darah, hidup memakan isi perut.[3][4] Akibatnya, dia dipercayai akan memakan jiwa-jiwa pendosa selepas mereka ditimbang dengan Maat (konsep kebenaran/tertib),[5] dan dikatakan berdiri di tepi lautan api, melambangkan kemusnahan. Memandangkan pengadilan ini perkara yang amat penting di alam ghaib, Babi dipercayai ialah anak sulung Osiris,[6] dewa orang mati di kawasan sama di mana orang percaya kepada Babi.

Babun juga mempunyai syahwat yang sangat tinggi dan sering menandakan kawasannya dengan alat kelaminnya, oleh itu Babi dianggap sebagai dewa kejantanan orang mati. Dia biasanya digambarkan dengan zakar yang tegak, dan disebabkan kaitannya dengan pengadilan roh, kadangkala dia digambarkan menggunakannya sebagai tiang bahtera yang membawa orang-orang soleh ke Aaru, semacam syurga. Satu mantera dalam teks pengebumian mengaitkan zakar si mati dengan Babi supaya si mati dapat bersetubuh di akhirat.[3]

  1. ^ Budge, Ernest Alfred Wallis (1904). The gods of the Egyptians: or, Studies in Egyptian mythology, Vol II. Methuen Publishing. m/s. 91–92. ISBN 978-0-486-22056-7. LCCN 04004378. OCLC 97634.
  2. ^ Pinch, Geraldine (2002). Handbook of Egyptian mythology. ABC-CLIO. m/s. 112. ISBN 978-1-57607-763-4. LCCN 2002004567. OCLC 49421586.
  3. ^ a b c Hart, George (2005). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses (PDF) (ed. ke-2). Routledge. m/s. 44. ISBN 978-0-415-34495-1. LCCN 2004030797. OCLC 57281093. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-11-23. Dicapai pada 2012-04-15. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "George Hart 2005, p.44" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Breasted, James Henry (1972). Development of Religion and Thought in Ancient Egypt. Charles Scribner's Sons. m/s. 303. ISBN 978-0-8122-1045-3. LCCN 70016951. OCLC 645503.
  5. ^ Curl, James Stevens (2005). The Egyptian Revival: Ancient Egypt as the Inspiration for Design Motifs in the West. Abingdon & New York: Routledge. m/s. 423. ISBN 978-0-415-36118-7. LCCN 2004028914. OCLC 57208695.
  6. ^ Müller, Wilhelm Max (2004) [1918]. Egyptian Mythology. Kessinger Publishing. m/s. 131. ISBN 978-0-7661-8601-9. LCCN 2004056146. OCLC 56086117.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]