Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Azizi Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azizi
Nama lahirAhmad Azizi Bin Mohamed
Kelahiran (1976-01-29) 29 Januari 1976 (umur 48)
Kuantan, Pahang
Berasal dari Malaysia
GenreMuzik pop, Irama Malaysia, R&B
Pengkarya berkait
Akademi Fantasia musim pertama


Irwan Azizi atau lebih dikenali sebagai Gjie (lahir 29 Januari 1976) adalah seorang penyanyi Malaysia dan mula dikenali melalui rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 1 (AF1). Beliau yang berambut lurus paras bahu, cukup dikenali sebagai pelajar yang soft spoken di kalangan bintang Akademi Fantasia Satu. Anak bongsu dari tujuh beradik ini sememangnya amat rapat dengan keluarga. Malah Azizi mengakui sebelum menjadi artis, kehidupannya tetap meriah dan sibuk dengan pelbagai agenda TNA to the games & D3B Standin’

Siapa Azizi sebenarnya

[sunting | sunting sumber]

Jejaka yang sentiasa merendah diri apabila ditemui media dan peminat, tidak pernah beranggapan tumpuan lensa media kepadanya merubah gaya hidupnya. Bagi Azizi, bergelar artis lebih menjurus kepada kerjaya, bukannya batu loncatan untuk tenggelam dalam keasyikan dunia glamor. Azizi lebih menyenangi kehidupan yang sederhana dan berpijak di bumi yang nyata.

Sebelum bergelar artis

[sunting | sunting sumber]

Biarpun meminati dunia nyanyian sepenuh jiwa namun Azizi mengakui sentiasa berasa rendah diri dan tidak yakin tentang kemampuan diri. Sepatah kata Azizi, "Industri hiburan tanah air selalunya perlukan orang yang handsome. Azizi ni bukannya handsome mana..." Namun segala-galanya berubah apabila beliau bergelar bintang Akademi Fantasia. Lebih mengharukan, dirinya diterima dan dinobatkan sebagai tempat ketiga untuk musim pertama.

Sewaktu remaja Azizi banyak mengasah bakat sebagai penyanyi di dalam tandas. Lagu dendangan Endang S. Taurina dan Unchained Melody merupakan lagu kegemarannya. Selepas itu barulah beliau berjinak-jinak mengikut band di sekitar Kuantan. Menyertai ujibakat Akademi Fantasia pun selepas dipaksa sepupu dan beliau masih tidak menaruh sebarang harapan.[perlu rujukan]

Bergelar bintang AF

[sunting | sunting sumber]

Kenangan manis

[sunting | sunting sumber]

Tentunya kala terpilih menyertai Akademi Fantasia mempunyai kenangan tersendiri. Pada awalnya, Azizi diajak sepupu untuk makan tengahari di Hotel Swiss Garden. Tanpa mengesyaki apa-apa, Azizi mengikut sahaja. Rancangan bertukar apabila mereka singgah ke sebuah butik. Di sana Azizi disapa oleh Fahrin Ahmad. Lucunya, Fahrin bermati-matian bertanyakan di mana Teluk Nangka, Pahang. Kemudian sibuk pula menegur rambut Azizi. Serentak itu juga Fahrin memberitahu, Azizi terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia dan diminta melambai kearah kamera.[perlu rujukan]

Kenangan di Akademi Fantasia

[sunting | sunting sumber]

Memang seronok! Ragam rakan-rakan di Akademi Fantasia memang menceriakan walaupun berjauhan dari keluarga. Azizi juga tidak menyangka dirinya boleh menjadi akrab dengan rakan lain seperti Vince, Burn, Nana dan yang lain-lain. Pada peringkat awal Azizi agak bimbang juga untuk menyertai Akademi Fantasia. Beliau khuatir tidak serasi kerana melihat progam itu dimonopoli dan digilai remaja yang kebudak-budakan. Namun setelah bersama merka, barulah Azizi merasai sendiri keceriaan itu. Pengalaman Azizi sebagai penyanyi di kelab yang banyak bergaul dengan bangsa asing seperti pelancong barat, Filipina dan sebagainya memudahkan Azizi memahami ragam rakan-rakan yang lain. Bagi Azizi jikalau mereka sukar memahami rentaknya, Azizi sanggup mengikut ragam mereka.[perlu rujukan]

Yang menyentuh hati

[sunting | sunting sumber]

Sesekali memang ada detik yang agak mencabar terutama apabila teringatkan keluarga. Perpisahan bersama keluarga sebenarnya memang menguji ketabahan. Penyanyi yang baik harus tabah dan menunjukkan wajah manis di hadapan peminat biarpun jiwa bergelora. "Sewaktu saya mendapat tugasan menyampaikan lagu Gerimis Mengundang, memang agak meresahkan. Emosi saya tersentuh kerana itu lagu kegemaran arwah abang saya. Namun saya fikirkan secara positif. Saya gandingkan kepiluan dan emosi itu agar lebih memberi jiwa kepada lagu itu."

"Sewaktu mendapat lagu untuk konsert akhir saya cuak juga. Maklum lagu Piramid Cinta yang diperolehi sebuah lagu lama namun saya tenangkan perasaan dan terima ini sebagai satu cabaran"

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Pertama : "Si Gadis Ayu" - nyanyian asal oleh Black Dog Bone
  • Konsert Kedua : "Terasing" - nyanyian asal oleh Sudirman
  • Konsert Ketiga : "Truly" - nyanyian asal oleh Lionel Richie
  • Konsert Keempat : "Mungkinkah Terjadi" - nyanyian asal oleh Spider
  • Konsert Kelima : "She Bangs" - nyanyian asal oleh Ricky Martin
  • Konsert Keenam : "Seribu Impian" - nyanyian asal oleh Casey
  • Konsert Ketujuh : "Samba Apa Saja" - nyanyian asal oleh Hattan
  • Konsert Kelapan : "Gerimis Mengundang" - nyanyian asal oleh Slam
  • Konsert Akhir : "Piramid Cinta" - nyanyian asal oleh Jai
  • Konsert Akhir : "Habis Sudah Umpanku" - nyanyian asal oleh Azizi (lagu baru)

Komen tenaga pengajar

[sunting | sunting sumber]
  • Freddie Fernandez - Pengetua

Dari mula lagi saya sudah nampak profesionalisme Azizi sebab dia ada pengalaman menyanyi di kelab. Dia tahu bagaimana nak bawa diri dan mempunyai suara yang baik. Kesimpulannya, Azizi punya segala potensi untuk menjadi penghibur berbakat.

  • Linda Jasmine - Guru Koreografi

Selalu beremosi tetapi memiliki vokal yang bagus. Kalau dia dalam mood yang betul, persembahannya memang mantap. Walaupun hanya berdiri tegak, auranya sebagai penghibur ternyata timbul. Tapi Azizi kurang menyerlah jika menari dalam kumpulan, dia adalah seorang yang sesuai bergerak solo.

  • Siti Hajar - Guru Nada Suara

Pelajar dengan suara yang cukup unik. Tapi memandangkan sudah terlalu banyak pendedahan dan pengalaman membuat persembahan, agak lambat sikit menerima teknik latihan yang diberikan. Dia sudah serasi dengan gayanya tersendiri. Apapun, Azizi mammpu menjadi penghibur yang baik satu hari nanti.

  • Adnan Abu Hassan - Guru Vokal

Dia profesional dan mampu mengawal pentas dengan baik. Saya yakin, Azizi mampu buat yang terbaik berbekalkan pengalamannya sebelum ini.

  • Fatimah Abu Bakar - Guru Seni Persembahan

Sangat tenang dan terkawal tapi perlu diingat dia ni agak sensitif orangnya dan suka merendah diri. Tapi kerana dia bersikap profesional dan tahu bagaimana untuk menyembunyikan emosi itu. Punya potensi besar untuk bergelar penghibur berjaya suatu hari nanti.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Kau Duniaku - 2004

  1. Kau Duniaku ~ Komposer/Lirik : Hadi Hassan/Intan Pribumi
  2. Cinta Yang Tak Ku Undang ~ Komposer/Lirik : Azmer/Amera
  3. Hanya Di Radio ~ Komposer/Lirik : Othman Mohammad/S. Amin Shahab
  4. Aku Bisa ~ Komposer/Lirik : Hadi Hassan
  5. Nafas Kasih ~ Komposer/Lirik : Zul Mahat/Wan Rosalinda
  6. Gadis Ayu ~ Komposer/Lirik : Copyright Reserved
  7. Kasihku ~ Komposer/Lirik : Zul Mahat/Alhsafida
  8. Habis Sudah Umpanku ~ Komposer/Lirik : Marlin/Loloq
  9. Cinta Yang Tak Ku Undang (minus one)
  10. Aku Bisa (minus one)

Ahmad Azizi - 2010 (album single)[1]

  1. Seribu Hati ~ Komposer/Lirik : Hadi Hassan/J Looi
  2. Terisolasi ~ Komposer/Lirik : Pensel
  3. Cela ~ Komposer/Lirik : CC

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]