Abang Johari Tun Openg
Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
ابڠ حاج جوهري تون ابڠ حاج اوڤيڠ | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Premier Sarawak pertama | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menyandang jawatan 1 Mac 2022 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Yang di-Pertua Negeri | Abdul Taib Mahmud (2017-2024) Wan Junaidi Tuanku Jaafar (2024-kini) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Jawatan baharu | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketua Menteri Sarawak ke-6 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dalam jawatan 13 Januari 2017 – 28 Februari 2022 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan | Douglas Uggah Embas James Jemut Masing (2017-2021) Awang Tengah Ali Hassan Sim Kui Hian (2021-2022) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Yang di-Pertua Negeri | Abdul Taib Mahmud | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Adenan Satem | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Digantikan oleh | Jawatan dibubarkan (diganti kepada Premier Sarawak) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Sarawak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menyandang jawatan 18 Disember 2021 Berkhidmat with Douglas Uggah Embas (Menteri II) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | diri sendiri (sebagai Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menyandang jawatan 18 Disember 2021 Berkhidmat with Awang Tengah Ali Hasan (Menteri II) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan | Len Talif Salleh | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menyandang jawatan 18 Disember 2021 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan | Hazland Abang Hipni | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dalam jawatan 19 Januari 2017 – 3 November 2021 Berkhidmat with Wong Soon Koh (Menteri II) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Adenan Satem (sebagai Menteri Kewangan Sarawak) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Digantikan oleh | diri sendiri (sebagai Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Sarawak) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dalam jawatan 19 Januari 2017 – 3 November 2021 Berkhidmat with Awang Tengah Ali Hasan (Menteri II) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan | Mohd Naroden Majais (Perancangan Sumber) dan Len Talif Salleh (Alam Sekitar) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Adenan Satem | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Digantikan oleh | diri sendiri (sebagai Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dalam jawatan 19 Januari 2017 – 3 November 2021 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan | John Sikie Tayai (Kesenian dan Kebudayaan) dan Lee Kim Shin (Pelancongan) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Digantikan oleh | Abdul Karim Rahman Hamzah (sebagai Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menteri Perumahan Sarawak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dalam jawatan 19 Januari 2017 – 3 November 2021 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan | Talib Zulpilip (Urbanisasi) dan Abdul Karim Rahman Hamzah (Perumahan) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Digantikan oleh | Sim Kui Hian (sebagai Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Abang Abdul Rahman Zohari bin Abang Openg 4 Ogos 1950 Limbang, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerakyatan | Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (1984—kini) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Gabungan politik lain | BN (1984-2018) GPS (2018-kini) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pasangan | Datin Patinggi Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pertalian | Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman Toh Puan Hajjah Rajemah (ibu bapa mertua; kedua-dua meninggal dunia) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anak | Abang Abdillah Izzarim Dayang Norjihan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saudara | Dayang Madinah Tun Abang Openg (adik) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kediaman | Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak, Jalan Demak Jaya, Kuching | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tempat belajar | Universiti Brunnel, United Kingdom | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pekerjaan | Ahli politik | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tandatangan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Laman web | premier | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg (lahir pada 4 Ogos 1950) [1][2] ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Premier Sarawak pertama dimana beliau juga merupakan Ketua Menteri Sarawak ke-6 dan semasa sejak 2017. Beliau juga ialah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi DUN Gedong sejak Disember 2021. Beliau juga pernah menjadi ADUN Satok selama sepuluh penggal dari 1981 hingga 2021.[3][4]
Beliau juga ialah pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dibentuk pada Jun 2018 [5].
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Abang Johari dilahirkan di Limbang, Sarawak pada 4 Ogos 1950. Beliau merupakan anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg Abang Shapie dan Toh Puan Dayang Hajjah Masniah Abdul Rahman. Bapanya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama dari tahun 1963 hingga 1969.
Beliau berkahwin dengan Datin Patinggi Jumaani Tuanku Bujang dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.[6]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Kehormatan Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (2021) [7]
- Sarawak :
- Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak (JBS) (1985)
- Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak (PNBS) – Dato Sri (1990)
- Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (DA) – Datuk Amar (2008)
- Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (DP) – Datuk Patinggi (2017) [8]
- Sabah :
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2024) [9]
Penghormatan asing
[sunting | sunting sumber]- Brunei :
- Darjah Setia Negara Brunei (PSNB) – Dato Seri Setia (2024) [10]
Ijazah Kehormat
[sunting | sunting sumber]- Malaysia:
- Kedoktoran Kehormat dalam Perniagaan dan Pengurusan dari Universiti Teknologi Sarawak (2017) [11][12]
- Ijazah Kedoktoran Kehormat Pembangunan Ekonomi dari Universiti Malaysia Sarawak (2019) [13][12]
- Australia:
- Anugerah Kedoktoran Kehormat Universiti daripada Universiti Teknologi Swinburne (2019) [14]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Abang Johari mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph[15], Kuching dan kemudian belajar di Universiti Brunnel, United Kingdom. Beliau mendapat Masters dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Brunnel, United Kingdom.
Kerjaya dan politik
[sunting | sunting sumber]Sebelum terbabit dalam arena politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat.
Beliau mula aktif dalam politik pada tahun 1977. Semasa menjadi Menteri Perindustrian dan Insfrastruktur Negeri, kadar pelaburan di Sarawak meningkat kepada lebih 10 bilion setahun. Anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg, atau Sri Abang, bukan sahaja dikagumi oleh kebanyakan masyarakat Melayu, malahan amat disenangi oleh para pelabur asing dan tempatan.
Selepas pilihan raya negeri yang ke-8 pada tahun 2001, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Menteri Pelancongan Negeri sehingga rombakan kabinet negeri besar-besaran pada tahun 2004 yang memaksa beliau untuk bertukar ke portfolio Perumahan Sarawak. Tidak seperti ahli Dewan Undangan Negeri yang lain di Sarawak beliau amat gigih dalam mempertahankan nasib pengundi-pengundi beliau di N.6 Satok.
Pada Pilihan raya edisi kesembilan 2006, beliau yang mewakili Parti Pesaka Bumiputra Bersatu di atas tiket Barisan Nasional sekali lagi mempertahankan Kerusi N8 Satok dengan majoriti 2798 undi mengalahkan lawannya Mohamad Jolhi daripada Parti Keadilan Rakyat.
Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Satok yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem, selain Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Beliau kini menyandang jawatan Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS).
Ketua Menteri Sarawak
[sunting | sunting sumber]Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah sebulat suara untuk menyokong Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam bagi menggantikan Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem yang telah pulang ke rahmatullah pada 11 Januari 2017. Beliau mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana, Sarawak.
Pilihan raya ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak mengekalkan kemenangan selepas menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.[16] Abang Johari diangkat semula menjadi Ketua Menteri Sarawak ketujuh.[17]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Official Website Office of the Chief Minister of Sarawak Biography
- ^ "Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg". Dewan Undangan Negeri Sarawak. Dicapai pada 13 January 2017.
- ^ "Abang Johari Ketua Menteri baharu Sarawak". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 13 January 2017.
- ^ "Abang Johari to be sworn in as Sarawak's sixth Chief Minister". New Straits Times. New Straits Times. Dicapai pada 13 January 2017.
- ^ "PBB, PRS, PDP, SUPP keluar BN, bentuk GPS". BHarian. Jun 12, 2018. Dicapai pada 16 Februari 2022.
- ^ "Biodata Ketua Menteri Sarawak Keenam". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2017.
- ^ "Former Chief Justice and ex-FELDA chairman head King's birthday honours list". The Edge Markets. 13 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ "Tun Taib kurnia Pingat Darjah Kebesaran Negeri". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "Sarawak Premier heads Sabah TYT's Awards list". www.thestar.com.my.
- ^ "Abang Johari terima darjah kebesaran Brunei". 15 July 2024. Dicapai pada 15 July 2024.
- ^ "Sarawak will decide its own future in developing state: Abang Jo". Bernama. The Sun Daily. 7 October 2017. Dicapai pada 3 November 2021.
... was speaking at a ceremony to confer a honorary doctorate from the University College Of Technology Sarawak (UCTS) on him ...
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:2
- ^ Nigel Edgar (29 October 2018). "Unimas convocation: Abg Jo leads 4103 to receive their scrolls". Dayak Daily. Dicapai pada 3 November 2021.
- ^ Samuel Aubrey (20 December 2018). "Abang Johari receives honorary doctorate from Swinburne Melbourne". The Borneo Post. Dicapai pada 3 November 2021.
- ^ http://www.bharian.com.my/node/234104
- ^ "GPS menang di DUN Mulu, kuasai 76 kerusi DUN". HMetro. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.
- ^ "Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak". BHarian. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.
- Kelahiran 1950
- Orang hidup
- Orang dari Sarawak
- Menteri Perdana Sarawak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ketua Menteri Sarawak
- Pengasas parti politik di Malaysia
- Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18
- Adik-beradik ahli politik Malaysia
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19