Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Anjing Jindo Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Jindo Korea
Anjing putih yang baring di atas lantai tergambar dari atas, satu tungkai terlurut di hapadan. Telinga tajam dan sedikit berwarna sama seperti ekor. Muncung panjang lurus. Bulu sederhana panjang.
Seekor anjing Jindo
Nama lainAnjing Jindo
Jindo Korea
Jindo
Negara asalKorea Selatan
Trait
Berat Jantan 18–23 kg (40–51 lb)
Betina 15–19 kg (33–42 lb)
Tinggi Jantan 50–55 cm (20–22 in)
Betina 45–50 cm (18–20 in)
Bulu Lapis bulu ganda sederhana panjang. Lapis bulu luar kasar, lurus, dan terpacak agak menjauh dari tubuh. Lapis bulu bawah lembut.
Warna Perang kekuning-kuningan merah, putih, hitam, hitam dan sawo matang, kelabu serigala, dan brindle. Lapis bulu bawah berwarna cerah.
Anjing (Canis lupus familiaris)
Nama Korea
Hangul진돗개
Hanja珍島개
Perumian SemakanJindotgae
McCune–ReischauerChintotkae
Nama alternatif
Hangul진도견
Hanja珍島犬
Perumian SemakanJindo-gyeon
McCune–ReischauerChindo-kyŏn

Anjing Jindo Korea, jindo Korea,[a] anjing Jindo, atau hanya jindo[b] ialah anjing peribumi[1][2] yang asli di Pulau Jindo di Korea Selatan.

Ia merupakan salah satu Khazanah Alam Semula Jadi Korea Selatan. Ia memiliki reputasi sebagai anjing setia dan pandai menjejaki benda.[3] Oleh sebab status terlindungnya di dalam Korea Selatan, hanya anjing yang lahir di Pulau Jindo boleh didaftarkan secara rasmi sebagai anjing Jindo oleh Pemerintah Korea Selatan selepas pemeriksaan.[4] Anjing ini didaftarkan sebagai baka oleh United Kennel Club pada 1 Januari 1998[5] dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2005.[6][7]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Anjing Jindo ialah anjing jenis spits berlapis bulu ganda. Penampilan tajam dan berwaspada bagi anjing Jindo memberikan kesan kecerdasan, kekuatan, kesetiaan, dan ketangkasan. Ciri-ciri lain termasuk telinga tegak ke atas dan ke hadapan.

Pemilik anjing Jindo Korea secara tradisinya telah membahagikan anjing Jindo kepada dua jenis tubuh:

  • Tonggol atau gyeopgae: Jenis ini lebih berotot dan gempal dengan pengiktirafan Persatuan Anjing Kebangsaan Korea (KNDA) bagi perkadaran sama bagi tinggi pada paras kelasa dengan panjang (10:10). Kedalaman dada adalah hampir-hamapir sama dengan setengah ketinggian pada paras kelasa. Loinnya juga biasanya lebih pendek.
  • Hudu atau hotgae: Jenis ini lebih langsing dengan kedalaman dada agak kurang dan loin lebih panjang sedikit. Selain itu, ciri-ciri fizikal lain cenderung mempunyai panjang meningkat, seperti telinga, muncung, dan kepala. Ini menghasilkan penampilan yang lebih panjang daripada tingginya dengan saranan KNDA bagi nisbah ketinggian pada paras kelasa dengan panjang sebanyak 10:11.

KNDA juga mengiktiraf jenis tubuh ketiga yang dipanggil gakgol yang merupakan gabungan beransur-ansur muncul daripada dua jenis tradisional tersebut, yang mengekalkan panjang tubuh pada hudu dan kedalaman dada pada tonggol.

Berkenaan dengan penampilan tubuh anjing Jindo, United Kennel Club buat masa ini menyatakan, "anjing Jindo dengan tubuh segi empat sama mempunyai dada yang sederhana dalam tetapi tidak terlalu lebar. Pada titik terdalamnya, dadanya mencapai paras siku ataupun betul-betul di atas paras siku. Brisketnya cukup terbentuk dan rusuknya cukup melengkung. Belakangnya kuat dan lurus dan loinnya cukup berotot, tegang, ramping, dan lebih sempit daripada sangkar rusuk. Terdapat banyak lipatan."[8]

Anjing Jindo terdapat dengan enam warna:

  • Putih (Baekgu/백구, "anjing putih") - Warna ini sebenarnya putih pudar atau warna gading dengan sawo matang atau perang muda di sekeliling hujung telinga, di belakang tungkai belakang, dan di hujung ekor. Sesetengah bahagian putih mungkin mempunyai jalur sawo matang halus dari kepala, menuruni garis atas, ke ekor.
  • Perang kekuning-kuningan (Hwanggu/황구, "anjing kuning") - Warna gandum cukup masak.
  • Kelabu serigala (Jaegu/재구, "anjing abu, anjing kelabu") - Lapis bulu ini terlihat sebagai kelabu dari jauh tetapi sebenarnya terdiri daripada helaian bulu individu berwarna putih, hitam, dan perang kekuning-kuningan.
  • Hitam dan sawo matang (Naenunbagi/네눈박이 atau black-tan/블랙탄, "hitam dan sawo matang") - Hitam dengan sawo matang pada muncung, tungkai, dan kaki, dan tompok sawo matang berbentuk mata pada setiap mata.
  • Brindle (hogu/호구, "anjing harimau belang") - Juga dikenali sebagai corak "harimau belang". Belang perang gelap atau hitam nipis seperti harimau belas dengan warna dasar perang kekuning-kuningan. Belang-belang ini muncul pada usia muda.
  • Hitam (heukgu/흑구, "anjing hitam") - Hitam legam, sangat jarang.

Sesetengah penghuni Pulau Jindo menghargai anjing Jindo hitam, hitam/merah, dan merah/putih sebagai pemburu bagus. United Kennel Club mengiktiraf enam warna lapis bulu berlainan: putih, merah rusa, serigala kelabu, hitam, hitam dan sawo matang, dan brindle (corak harimau belang).[9]

Anak anjing Jindo putih
Anjing Jindo jantan putih

Kakinya bersaiz sederhana, berbentuk bulat, dengan tapak sawo matang yang tebal dan kuat. Kukunya keras dan mungkin hitam, krim, atau kelabu.

Gaya jalan

[sunting | sunting sumber]
  • Anjing Jindo bergerak dengan langkah sederhana panjang.
  • Gaya jalannya ialah gaya ligas pantas, ringan, dan kenyal yang membolehkan anjing Jindo bergerak dengan pantas di mana-mana rupa bumi.
  • Tungkai hadapan dan tungkai belakang terangkat lurus ke hadapan, tanpa siku mahupun stifel yang terlipat masuk atau keluar.
  • Pada kelajuan berjalan normal, anjing Jindo cenderung menundukkan kepalanya.
  • Tengkorak atas anjing dewasa patut lebar dan membulat di antara telinga dan bebas daripada kedutan.
  • Rahang bawah cukup terbentuk dan membantu memberikan rupa bentuk bulat atau segi lapan kepada kepala apabila dipandang dari hadapan. Bulu kasar mencacak menjauh dari pipi.
  • Telinganya berbentuk segi tiga dan tegak (condong ke hadapan melepasi menegak), namun unik sesama baka spits lain untuk telinga yang kembang ke sisi, lalu menghasilkan rupa bentuk yang serupa dengan sayap kapal terbang. Bahagian dalaman telinganya patut cukup berbulu dan rawan tebal diingini. Telinga pada anak anjing biasanya terletak rata sehingga berusia lebih daripada 5–6 bulan.
  • Matanya berbentuk badam dan patut bercahaya warna perang gelap. Sesetengah anjing mempunyai mata perang muda tetapi warna ini tidak diingini menurut Persatuan Anjing Jindo Korea.[10] Anjing Jindo tidak mempunyai mata biru.
  • Hidungnya patut hitam pada anjing bukan putih. Anjing putih mungkin mempunyai hidung berwarna daging.
  • Muncungnya berperkadaran baik tanpa bersaiz besar. Bibirnya patut tegang dan hitam. Warna pilihan untuk lidah adalah merah jambu padu.
  • Anjing Jindo mempunyai set lengkap bagi gigi putih berjarak sekata dengan gigitan gunting.
  • Biasanya, jantan mempunyai kepala yang lebih besar dan betina mempunyai lebih banyak ciri mirip rubah.

Tinggi dan berat

[sunting | sunting sumber]

Ketinggian yang diingini pada kebalighan, yang diukur pada paras kelas, berjulat 19.5–21 inci (50–53 cm) untuk jantan dan 18.5–20 inci (47–51 cm) untuk betina.[11]

Beratnya patut berperkadaran dengan ketinggian, yang memberikan penampilan cukup berotot dan langsing tanpa kelihatan terlalu ringan atau terlalu berat. Julat tipikal berat untuk anjing Jindo jantan dalam keadaan baik ialah 40–60 paun (18–27 kg); untuk wanita, 35–55 paun (16–25 kg).

Ekornya tebal dan kuat dan terletak di hujung garis atas. Ekornya patut sekurang-kurangnya cukup panjang untuk mencapai sendi keting. Ekornya mungkin melingkar longgar-longgar di atas belakangnya atau terangkat ke atas belakang dalam kedudukan sabit. Bulu di bahagian bawah bagi ekor adalah tebal, kaku, lebat, dan dua kali lebih panjang daripada lapis bulu di bahu, yang menyebabkan bulunya bertebar ke arah luar apabila ekornya dinaikkan.

Perwatakan

[sunting | sunting sumber]
Seekor anjing Jindo putih

Anjing Jindo cukup terkenal kerana kesetiaannya dan sifat lembutnya. Oleh sebab anjing Jindo adalah aktif, ia memerlukan ruang hidup, sesi berjalan, penjagaan, dan perhatian yang sesuai. Terdapat juga persepsi jelas tentang tatatingkat keluarga.[12]

Ia mempunyai paras tenaga sederhana hingga tinggi. Jika dibela di laman, pagar mestilah sekurang-kurangnya setinggi 6 kaki oleh sebab tungkai belakang kuatnya yang membolehkannya melompat tinggi-tinggi. Oleh sebab anjing Jindo aktif dan cerdas, ia memerlukan interaksi kerap dengan orang atau anjing lain.

Hwanggu ("anjing kuning")

Kesetiaan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, seekor anjing Jindo betina berusia 7 tahun bernama Baekgu (백구; 白狗; "Anjing Putih"), yang dibesarkan oleh Park Bok-dan (박복단), seorang wanita berusia 83 tahun di Pulau Jindo, dijual kepada pemilik baharu di bandar raya Daejeon yang terletak kira-kira sejauh 300 km (190 bt) dari pulau itu. Anjing itu melarikan diri dari rumah baharunya dan kembali kepada pemilik asalnya, Park, selepas tujuh bulan, dalam keadaan lesu dan letih. Baekgu kekal bersama pemilik asalnya, yang membuat keputusan untuk memelihara anjing setia itu, sehingga anjing itu mati secara semula jadi pada tujuh tahun kemudian. Kisah ini menjadi sensasi nasional di Korea Selatan dan dijadikan kartun, dokumentari televisyen, dan buku cerita kanak-kanak.[13] Pada tahun 2004, Kaunti Jindo mendirikan sebuah patung Baekgu di kampung halamannya untuk menghormati anjing itu.[14]

Seekor lagi anjing Jindo, juga bernama Baekgu, iaitu seekor jantan berusia empat tahun pada masa itu yang tinggal bersendirian dengan pemiliknya Park Wan-suh (박완서) yang tinggal di Pulau Jindo, tidak makan apa-apa dan meratapi pemiliknya yang telah meninggal dunia selama tujuh hari selepas pemiliknya meninggal dunia akibat penyakit hati pada Jun 2000.[15] Menurut Chosun Ilbo, anjing itu menemani pemiliknya yang telah meninggal dunia selama tiga hari sehingga orang lain menemukan jenazah, mengikuti pemiliknya ke pengebumiannya, dan pulang ke rumah, lalu tidak makan apa-apa selama empat hari. Institut Penyelidikan Anjing Jindo Korea (진돗개 시험연구소) mengambil alih penjagaannya, tetapi seseorang yang berkaitan dengan institut itu mengumumkan bahawa anjing itu tidak akan berinteraksi dengan sesiapa kecuali untuk pemberi makanan setakat tahun 2005.[16]

Anjing Jindo diselidik oleh Tamezo Mori, seorang profesor daripada Universiti Imperial Keijō pada Februari 1937 dan ia telah didaftarkan sebagai Khazanah Alam Semula Jadi ke-53 bagi Pejabat Gabenor Jeneral Chōsen pada Mei 1938.

Anjing Jindo berjaya bertahan di Korea di bawah pemerintahan Jepun pada antara tahun 1910 dengan tahun 1945 kerana ahli biologi Jepun mengiktiraf keserupaannya dengan anjing asli Jepun, manakala baka anjing lain Korea dibunuh oleh pihak Jepun.[17] Pada tahun 1962, Pemerintah Korea Selatan menetapkan anjing Jindo sebagai Khazanah Alam Semula Jadi ke-53 (atau diterjemahkan sebagai 'Monumen Semula Jadi') (천연기념물; 天然記念物),[18] lantas dilindungi bersama-sama dengan semua Khazanah Alam Semua Jadi yang ditetapkan di bawah Akta Perlindungan Warisan Kebudayaan pada tahun sama.[19] Oleh sebab status istimewa anjing Jindo, pengeksportan anjing Jindo Pulau Jindo tulen ke luar Korea adalah sangat sukar.[20] Anjing Jindo berarak dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 1988 di Seoul, Korea.

Persatuan Anjing Jindo Korea (Korea: 한국 진돗개 조합), setakat tahun 2008, mengeluarkan sijil ketulenan anjing Jindo Korea, yang menyatakan nombor pendaftaran bagi ibu, jantina, dan tarikh lahir anjing berkenaan, serta alamat pembiak baka, dan memperakui bahawa anjing berkenaan setulennya berasal dari Pulau Jindo.[21]

Anjing Jindo pertama kali muncul di Barat di Perancis, dan sebilangan kecil sejak itu telah diperkenalkan ke United Kingdom dan ke Amerika Syarikat, kedua-duanya secara rasmi dan oleh pendatang Korea. Anjing Jindo sebagai baka diiktiraf oleh United Kennel Club pada 1 Januari 1998.[22] Setakat tahun 2016, hanya terdapat dua ekor anjing Jindo berdaftar[23] di Amerika Syarikat: seekor di kawasan Los Angeles dan seekor lagi di Seattle. Terdapat 25 ekor anjing berdaftar di United Kingdom.[24]

Sebuah kajian pada tahun 2020 menunjukkan bahawa anjing Jindo dan anjing Asia Timur dan Asia Tenggara lain mengongsi sesetengah keleluhuran bersama dengan anjing menyanyi New Guinea.[25] Anjing-anjing ini ditunjukkan dalam kajian sama ini sebagai anjing yang lebih berkaitan secara filogenetik antara satu sama lain berbanding dengan baka anjing lain yang dibiakbakakan secara terpilih, kebanyakannya mengandungi peratusan jauh lebih tinggi bagi susur galur Eropah moden.[25] Analisis DNA menunjukkan seekor lagi leluhur bersama pada sekitar 900 tahun lalu yang daripadanya anjing Donggyeong dan anjing Jindo Korea berpisah.[26]

Dalam analisis genomik bagi anjing Jindo, beberapa genotip DNA mitokondrion yang unik pada anjing Jindo dicatatkan.[27] Dalam kajian sama, genom DNA mitokondrion unik anjing Jindo dicerminkan dalam keserupaannya dengan anjing lain namun pada cawangan distingtif pada pokok filogenetik anjing berpeta.[27]

Pengiktirafan kelab kenel

[sunting | sunting sumber]

Di peringkat antarabangsa, anjing Jindo diiktiraf sepenuhnya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan United Kennel Club.[6][28] Ia tergolong dalam Khidmat Ternakan Asasi dalam American Kennel Club, yang merupakan langkah pertama dalam mencapai pengiktirafan, dan dalam kategori Import bagi The Kennel Club.[29][30] Di negara asalnya, ia diiktiraf oleh Persekutuan Kenel Korea (Kelab Kenel Korea) dan pertunjukan khas anjing Jindo diadakan secara bermusim oleh kelab-kelan anjing Jindo tempatan.[31][32]

Seekor anjing Jindo putih yang menggayakan diri untuk anugerah pada sebuah acara American Kennel Club

Penggunaan anjing Jindo oleh manusia

[sunting | sunting sumber]

Dengan dorongan pemangsa kuat semula jadi,[33] anjing Jindo secara tradisinya digunakan oleh pelbagai penghuni Pulau Jindo untuk memburu haiwan buruan, termasuk rusa air dan babi hutan.[34] Pada zaman lebih moden, anjing Jindo biasanya dibela oleh manusia sebagai anjing teman setia dan anjing penjaga.[35] Tentera Korea diketahui menggunakan anjing Jindo sebagai anjing penjaga di pangkalan-pangkalan utama. Tambahan pula, anjing Jindo berwaspada mengikut naluri terhadap orang asing dan tidak mengambil makanan daripada sesiapa selain pemiliknya.[21]

Dalam temu bual tahun 2009 dengan The Korea Economic Daily (한국경제), Park Nam-sun (박남순), pakar pengendali anjing pencarian di Korea Selatan, memberikan keterangan bahawa anjing Jindo tidak sesuai sebagai anjing penyelamatan dan anjing pencarian. Ini adalah kerana naluri perburuan anjing Jindo adalah terlalu kuat, sehingga dapat melupakan misinya, dan ia biasanya memberikan kesetiaannya hanya kepada pemilik terlebih dahulu, manakala pengendali anjing pencarian dan anjing penyelamatan dapat kerap berubah.[36]

Pada tahun 2010, Son Min-suk (손민석), seorang ahli Forum Keselamatan Korea, menulis bahawa kebanyakan anjing ketenteraan Korea merupakan anjing gembala Jerman dan bahawa anjing Jindo tidak sesuai sebagai anjing ketenteraan kerana ia berkemungkinan besar melepaskan diri daripada tugasnya untuk mencari pengendali pertamanya, yang mungkin telah diberhentikan daripada perkhidmatan tentera, atau kembali ke rumah asalnya.[37]

Walau bagaimanapun, usaha untuk melatih anjing Jindo sebagai anjing pencarian dan penyelamatan diteruskan. Pada Oktober 2010, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengumumkan hasrat mereka untuk menilai baka anjing Jindo untuk perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang, khususnya untuk perkhidmatan rondaan dan pengesanan. Empat ekor anak anjing Jindo terpilih diedarkan kepada LAPD dan Jabatan Polis California Glendale untuk dilatih sebagai unit K9.[38] Selepas mencuba selama setahun, para jurulatih mendapati bahawa anjing-anjing itu tidak mempunyai pembawaan betul untuk kerja polis kerana anjing-anjing itu terlalu mudah terganggu dan terlalu bersemangat untuk menggembirakan tuan.[39]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ جيندو کوريا; bahasa Inggeris: Korean Jindo dog; Korea Jindo dog; Korean jindo
  2. ^ Jawi: انجيڠ جيندو; Korea: 진돗개; 진도견, rumi: Jindot-gae; Jindo-gyeon; bahasa Inggeris: Jindo dog; jindo; Chindo dog
  1. ^ Bizwire, Korea (10 Januari 2018). "Native Dogs of S. Korea Share Close Ties to Wolves, Coyotes" [Anjing Asli Korea Selatan Mengongsi Ikatan Rapat dengan Serigala, Koyote] (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Korea Kennel Federation" [Persekutuan Kenel Korea]. Korea Kennel Federation (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Sang-Hun, Choe (30 Mei 2014). "An Island Marred by a Ferry Disaster and Sustained by Dogs" [Sebuah Pulau yang Tercemar akibat Nahas Feri dan Ditampung oleh Anjing]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Sunghee, Hwang. "It's a dog's life: purity the key for treasured S.Korean breed" [Ini kehidupan anjing: ketulenan kunci untuk baka Korea Selatan yang dihargai]. phys.org (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "United Kennel Club breed recognition" [Pengiktirafan baka United Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2011.
  6. ^ a b "FCI breeds nomenclature: KOREA JINDO DOG (334)" [Tatanama baka FCI: ANJING JINDO KOREA (334)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  7. ^ ""Jindo to host dog show to promote its own breed" press release by the Korean Culture and Information Service on September 25 2008" ["Jindo akan anjurkan pertunjukan anjing untuk promosi baka sendirinya" keluaran akhbar oleh Perkhidmatan Budaya dan Maklumat Korea pada 25 September 2008] (dalam bahasa Inggeris).[pautan mati kekal]
  8. ^ "United Kennel Club: Jindo (Revised July 1, 2009)" [United Kennel Club: Anjing Jindo (Disemak pada 1 Julai 2009)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2009.
  9. ^ "Breed Standards : Jindo - United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Jindo - United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ "한국진도견 표준 > 표준체형 | 한국진도견협회" [Piawaian Anjing Jindo Korea > Badan Piawai | Persatuan Anjing Jindo Korea]. Persatuan Anjing Jindo Korea (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 6 Januari 2024.
  11. ^ "Appearance of Jindo Dog and pictures by Jindo Dog Research and Testing Center" [Penampilan Anjing Jindo dan gambar oleh Pusat Penyelidikan dan Pengujian Anjing Jindo] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  12. ^ "한 번 빠지면 못 헤어 나오는 대한민국 토종견 '진돗개'의 매력 5" [5 daya tarikan 'Anjing Jindo', baka anjing asli Korea]. 인사이트 (dalam bahasa Korea). 3 Mac 2019. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  13. ^ Song, Jae-chan (Disember 2000). 돌아온 진돗개 백구 [Baekgu si Anjing Jindo yang Kembali] (dalam bahasa Korea). Seoul, Korea: 대교출판. ISBN 9788939514133. OCLC 893562575.
  14. ^ "네이버 :: 페이지를 찾을 수 없습니다" (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2013. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  15. ^ ""A moving story of Jindo dog" by Jindo Dog Research and Testing Center" ["Kisah menyayat hati anjing Jindo" oleh Pusat Penyelidikan dan Pengujian Anjing Jindo"] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2010. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  16. ^ "2005 Chosun Ilbo Article (2005년 조선일보 기사)" [Rencana Chosun Ilbo 2005] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2024.[pautan mati kekal]
  17. ^ "Korean Jindo Dog Breed Information – A Definitive Guide" [Maklumat Baka Anjing Jindo Korea – Panduan Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). 16 Oktober 2021.
  18. ^ Jindo profile (dalam bahasa Inggeris), Korean Cultural Heritage site
  19. ^ "UNESCO - Republic of Korea" [UNESCO - Republik Korea]. Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO (dalam bahasa Inggeris).
  20. ^ "Dog fight: jingoism vs jindoism" [Laga anjing: jingoisme lwn. jindoisme]. ABC News (dalam bahasa Inggeris). 10 Jun 2008. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  21. ^ a b "소년한국" (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2015. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  22. ^ "Breed Standards : Jindo | United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Jindo | United Kennel Club (UKC)] (dalam bahasa Inggeris).
  23. ^ "Korean Jindo Dog Breed Information - A Definitive Guide" [Maklumat Baka Anjing Anjing Jindo Korea - Panduan Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). 16 Oktober 2021.
  24. ^ "Chew Valley Gazette" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2024.
  25. ^ a b Bergström, Anders; Frantz, Laurent Alain François; Schmidt, Ryan W.; Ersmark, Erik Ivar; Lebrasseur, Ophélie; Girdland Flink, Linus; Lin, Audrey T.; Storå, Jan; Sjögren, Karl-Göran; Anthony, David W.; Antipina, Ekaterina Evstafievna; Amiri Beirami, Sarieh Solmaz; Bar-Oz, Guy; Bazaliiskii, Vladimir Ivanovich; Bulatović, Jelena; Brown, Dorcas R.; Carmagnini, Alberto; Davy, Tom; Fedorov, Sergey Egorovich; Fiore, Ivana; Fulton, Deirdre; Germonpré, Mietje B.; Haile, James Seymour; Irving-Pease, Evan K.; Jamieson, Alexandra; Janssens, Luc August; Kirillova, Irina Vladimirovna; Horwitz, Liora Kolska; Kuzmanović-Cvetković, Julka; Kuzʹmin, Yaroslav Vsevolodovich; Losey, Robert Justin; Dizdar, Daria Ložnjak; Mashkour, Marjan; Novak, Mario; Onar, Vedat; Orton, David Clive; Pasarić, Maja; Radivojević, Miljana; Rajković, Dragana; Roberts, Benjamin W.; Ryan, Hannah F.; Sablin, Mikhail Valerievich; Shidlovskiy, Fedor Kasperovich; Stojanović, Ivana; Tagliacozzo, Antonio Jakov; Trantalidou, Katerina; Ullén, Inga; Villaluenga Martinez, Aritza; Wapnish, Paula; Dobney, Keith M.; Götherström, Anders; Linderholm, Anna; Dalén, Love; Pinhasi, Ron; Larson, Greger John; Skoglund, Pontus (30 Oktober 2020). "Origins and genetic legacy of prehistoric dogs" [Asal usul dan legasi genetik anjing prasejarah]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 370 (6516): 557–564. doi:10.1126/science.aba9572. hdl:2164/15796. ISSN 0036-8075. PMC 7116352. PMID 33122379. S2CID 225956269. Inferens daripada Gambar Rajah 5.
  26. ^ Yoo, DongAhn; Kim, Kwondo; Kim, Hyaekang; Cho, Seoae; Kim, Jin Nam; Lim, Dajeong; Choi, Seog-Gyu; Choi, Bong-Hwan; Kim, Heebal (30 Ogos 2017). "The Genetic Origin of Short Tail in Endangered Korean Dog, DongGyeongi" [Asal Usul Genetik Ekor Pendek pada Anjing Terancam Korea, Donggyeongi]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 7 (1): 10048. Bibcode:2017NatSR...710048Y. doi:10.1038/s41598-017-10106-6. ISSN 2045-2322. PMC 5577146. PMID 28855671. S2CID 38339585.
  27. ^ a b Kim, Ryong Nam; Kim, Dae Soo; Choi, Sang-Haeng; Yoon, Byoung-Ha; Kang, Aram; Nam, Seong-Hyeuk; Kim, Dong-Wook; Kim, Jong-Joo; Ha, Ji-Hong; Toyoda, Atsushi; Fujiyama, Asao; Kim, Aeri; Kim, Min-Young; Park, Kun Hyang; Lee, Kang Seon; Park, Hong-Seog (3 April 2012). "Genome Analysis of the Domestic Dog (Korean Jindo) by Massively Parallel Sequencing" [Analisis Genom bagi Anjing Bela Jinak (Anjing Jindo Korea) melalui Penjujukan yang Sebesar-besarnya Selari]. DNA Research (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 19 (3): 275–288. doi:10.1093/dnares/dss011. ISSN 1756-1663. PMC 3372376. PMID 22474061. S2CID 19430856.
  28. ^ "Breed Standards : Jindo | United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Jindo United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2024.
  29. ^ "Korean Jindo | Breeds A to Z | The Kennel Club" [Anjing Jindo Korea | Baka A hingga Z | The Kennel Club]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2024.
  30. ^ "Jindo - Dog Breed Information" [Anjing Jindo - Maklumat Baka Anjing]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2024.
  31. ^ "Korea Kennel Federation" [Persekutuan Kenel Korea]. Korea Kennel Federation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2024.
  32. ^ "Korean Kennel Club" [Kelab Kenel Korea] (dalam bahasa Inggeris).
  33. ^ "Archived copy" [Salinan arkib] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2021. Dicapai pada 6 Januari 2024.CS1 maint: archived copy as title (link)
  34. ^ "Korean Jindo Dog Breed | Info | Characteristics | Traits" [Baka Anjing Jindo Korea | Maklumat | Ciri | Trait] (dalam bahasa Inggeris). 31 Ogos 2016.
  35. ^ "Jindo Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Jindo]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  36. ^ "[생생인터뷰] "한 주인만 섬기는 진돗개, 특수견으론 안 맞더라고요"" [[Temu duga langsung] "Anjing Jindo yang Berkhidmat kepada Hanya Seorang Adalah Tidak Sesuai sebagai Anjing Keperluan Khas] (dalam bahasa Korea). 11 September 2009. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  37. ^ ""우리 군견 80% 셰퍼드…진도개는 탈영견 신세 될 것 뻔해"" [80% Anjing Tentera Kami Shepherd…Anjing Jindo Hampir Pasti Bakal Jadi Anjing Pembolos] (dalam bahasa Korea). 25 September 2010. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  38. ^ ""LAPD Metropolitan Division K-9 to Visit South Korea Collaborative Training and Evaluation of the Jindo Dog " from LAPD Headquarters : Nixle" [Divisyen K9 LAPD Metropolitan Akan Lawat Pelatihan dan Penilaian Kerjasama Korea Selatan bagi Anjing Jindo" daripada Ibu Pejabat LAPD: Nixle] (dalam bahasa Inggeris). 14 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011.
  39. ^ Glionna, James M., "LAPD finds South Korean Jindo dogs not up to snuff" (dalam bahasa Inggeris), Los Angeles Times 13 November 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]