Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Anugerah Skrin 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Skrin 2009
Tarikh4 Disember 2009
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Pengacara
Penyampai pra-acaraDynas
PenerbitTengku Sahilawati Tengku Jehori
PengarahTengku Sahilawati Tengku Jehori
PenganjurTV3
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikWayang
Siri Komedi TerbaikDatin Wan Abe
Siri Drama TerbaikKekasihku Seru
Film Televisi TerbaikTersasar di Jalanmu
Penghargaan terbanyak[[]] ()
Pencalonan terbanyak[[]] ()
Liputan televisyen
SaluranTV3

Anugerah Skrin 2009 diadakan pada 4 Disember 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, mempertandingkan 23 anugerah untuk mengiktiraf karya-karya terbaik hasil bidang penerbitan televisyen dan filem Malaysia.[1]

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.

Anugerah Skrin 2009 dilancarkan di sebuah sidang media di Sunway Lagoon pada November 2009,[2] dengan tema "Hikayat Seribu Satu Malam" yang kuat berunsur Arab. [3] Oleh itu, pada malam majlis pada 4 Disember 2009 di PWTC, kebanyakan hadirin termasuk kedua-dua pengacara berpakaian serba Timur Tengah untuk mengikut tema tahun ini.

Anugerah Skrin kali ini memperkenalkan anugerah baru iaitu Videografi Terbaik dalam kategori Drama.[4] Dalam kategori Penerbitan Dalaman, Rancangan Muzik Terbaik asalnya hendak diserapkan ke dalam anugerah Rancangan Hiburan Terbaik tetapi kekal sebagai anugerah berasingan di malam upacara.

Sebagai kejutan terbesar, Anugerah Khas Juri kali ini diubah menjadi "Anugerah Yasmin Ahmad" sempena memperingati jasa Allahyarham Yasmin Ahmad dalam bidang seni perfileman dan televisyen sepanjang hayatnya. Anugerah ini dikhususkan kepada bakat baru yang menyerikan industri tanah air. Penerima sulung anugerah ini ialah Jaclyn Victor (yang turut tercalon untuk Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik bagi filem Talentime).[5]

Penyampai dan penghibur

[sunting | sunting sumber]

Penyampai

[sunting | sunting sumber]
Nama Menyampaikan
Nor Afifi Hussin Suara latar
Diana Danielle
Ashraf Muslim
Liyana Jasmay
Lakon Layar Terbaik, Lakon TV Terbaik, dan Videografi Terbaik
Wan Zaleha Radzi
Zainal Alam Kadir
Rancangan Laporan Khas/Berita Terbaik, Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik, dan Rancangan Hiburan Terbaik
Rozita Che Wan
Nasir Bilal Khan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)
Fizz Fairuz
Tiz Zaqyah
Sharifah Sofia
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)
Azlee
Hans Isaac
Carmen Soo
Wahid
Drama Komedi Terbaik, Rancangan Realiti Terbaik, Rancangan Bual Bicara Terbaik, dan Rancangan Muzikal Terbaik
Azean Irdawaty
Benjy
Elza Irdalynna
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)
Rosyam Nor
Vanida Imran
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)
Rahim Razali
Fatimah Abu Bakar
Pengarah Terbaik (Filem) dan Pengarah Terbaik (Drama)
Afdlin Shauki
Fara Fauzana
Orked Ahmad
Mengacarakan segmen tribute Dalam Kenangan dan Anugerah Yasmin Ahmad
Afdlin Shauki
Fara Fauzana
Farid Ridzuan
Drama Rantaian Terbaik, Filem Terbaik, dan Drama Terbaik

Penghibur

[sunting | sunting sumber]
Nama Mempersembahkan
Rudi Muhammad Pengarah muzik
Pat Ibrahim Dancers Tarian
One Nation Emcees "Seribu Satu Malam"
Misha Omar
Bob
"Cinta Adam dan Hawa"
Tia
Hattan
"Mentera Semerah Padi"
Aizat "Pergi"
Lan
Black
Jaclyn Victor
"Sempurna"
Siti Nurhaliza "Balqis", "Nirmala", dan "Ku Percaya Ada Cinta"

Intisari acara

[sunting | sunting sumber]

9.00 malam: Majlis bermula

Rehat

Rehat

Rehat

Rehat

Rehat

11.45 malam: Majlis tamat

Pencalonan dan pemenang

[sunting | sunting sumber]

Perhatian: Nama pemenang ditebalkan.

Kategori Drama

[sunting | sunting sumber]

Drama Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Peringatan: Anugerah ini adalah untuk telefilem, bukan drama bersiri.

Judul Penerbit Penyiar
Jalan Pintas ke Neraka Zeel Productions TV3
Rahsia Gambar Primeworks Studios TV3
Al-Kiswah Rashbir Media TV3
Terlerai Takbir Kasih Primeworks Studios TV3
Sebelum Sejadah Dibentang A Ten Alliance TV3
Tak Serupa Tapi Sama Hessa Creative TV3
Chef Masin Pahit 4 Rasa Tenview TV1
Tersasar di Jalanmu Rumah Karya Citra TV1
Alah Cinta Sports & Event Networks TV2
Mama Nenek Eurofine TV2
43424 Gama Taktik TV2
Kak Kiah Serunding Pena Creative TV9
Selangkah ke Syurga Million Pictures TV9
Takbir Rindu Primeworks Studios TV9
Suara dari Kubur World Evolution Brain Astro Ria
Becha Usang PTV Film Production Astro Ria
Halimah Jongang 1 A.Aida Production Astro Prima

Drama Rantaian Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Peringatan: Anugerah ini adalah untuk drama bersiri.

Judul Penerbit Penyiar
Sindarela Radius One TV3
Ku Milikmu Suhan Movies & Trading TV3
Kekasihku Seru Juita Viden/Filmscape TV3
Yusuff Asia Media Content TV3
Menanti Sinar Menelan Kabus Q-Plex TV1
Gelora di Hati Sara Suhan Movies & Trading TV1
Jangan Pandang Belakang MIG Production TV2
Gerak Khas Skop Productions TV2
Akademi Polis M.E Communications TV9
Sari Maya Primeworks Studios TV9
Frontpage Juita Viden/Filmscape ntv7
Alam's Story phoSumpro! 8TV
Rona Roni Makaroni Radius One Astro Ria
Mertua vs Menantu MIG Production Astro Prima

Drama Komedi Terbaik

[sunting | sunting sumber]
Judul Penerbit Penyiar
Datin WanAbe Asia Media Content TV3
Impian L Television Airtime Services TV2
Ceplos Pena Creative TV9
Hua Hua Hua Ghitu Ghitu Production Astro Ria
LawaKing Homegrown Productions Astro Prima

Pelakon Wanita Terbaik Drama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

[sunting | sunting sumber]

Pengarah Terbaik Drama

[sunting | sunting sumber]

Lakon TV Terbaik

[sunting | sunting sumber]
  • Mufid Suhaimi Bahaudin (Terlerai Takbir Kasih)
  • Norfaznita Md Noor (Tak Serupa Tapi Sama)
  • Erma Fatima (Tersasar di Jalanmu)
  • Zuraida Ramli (Mama Nenek)
  • Mohd Danial Hasbullah (Becha Usang)

Videografi Terbaik

[sunting | sunting sumber]
  • Jalan Pintas
  • Al-Kiswah
  • Tersasar di Jalanmu
  • Mama Nenek
  • Beca Usang

Kategori Filem

[sunting | sunting sumber]

Filem Terbaik

[sunting | sunting sumber]
Judul Penerbit
I'm Not Single Metrowealth Movies Production
Susuk Primeworks Studios
KAMI The Movie Primeworks Studios/Redfilms
Senario The Movie Episod 1 Metrowealth Movies Production
Budak Kelantan Primeworks Studios
Wayang Universiti Teknologi Mara
Selamat Pagi Cinta Metrowealth Movies Production
Antoo Fighter Primeworks Studios
Los & Faun Vision Works
Cicakman 2 - Planet Hitam KRU Studios
Histeria Tayangan Unggul
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Metrowealth Movies Production
Maut Tayangan Unggul
Sifu & Tongga Primeworks Studios/Line Clear Motion Pictures
Geng: Pengembaraan Bermula Les' Copaque Production
Rasukan Ablasa Primeworks Studios/Line Clear Motion Pictures
Jin Hutan WFE Logistic
Talentime Primeworks Studios
Jangan Tegur Metrowealth Movies Production
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Skop Production/Primeworks Studios
Syurga Cinta Metrowealth Movies Production
Jangan Pandang Belakang Congkak Metrowealth Movies Production

Pengarah Terbaik Filem

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Wanita Terbaik Filem

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Lelaki Terbaik Filem

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

[sunting | sunting sumber]

Lakon Layar Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Kategori Penerbitan Dalaman

[sunting | sunting sumber]

Rancangan Laporan Khas/Berita Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Rancangan Hiburan Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Rancangan Realiti Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Rancangan Bual Bicara Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Rancangan Muzikal Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Yasmin Ahmad

[sunting | sunting sumber]

Pengacara majlis iaitu Afdlin Shauki dan Fara Fauzana mengumumkan nama Anugerah Khas Juri dikenali sebagai Anugerah Yasmin Ahmad sempena penghargaan kepada karyawan seni Yasmin Ahmad yang sudah pergi meninggalkan dunia pada tahun 2009. Anugerah Yasmin Ahmad memilih seorang bintang baru yang berbakat besar dalam bidang lakonan untuk menerima anugerah ini, tidak semestinya penerima tersebut hasil dari didikan Allahyarham Yasmin Ahmad.[6] Anugerah Yasmin Ahmad diberikan sehingga tahun penganjuran 2012.

Dalam Kenangan

[sunting | sunting sumber]

Afdlin Shauki dan Fara Fauzana mengacarakan segmen tribute Dalam Kenangan untuk mengenang pemergian pengarah filem dan iklan Yasmin Ahmad yang terpapar di dalam montaj berlatarbelakangkan lagu "If You Go Away".

  1. ^ "[FULL] ANUGERAH SKRIN 2009 #ASK2009". Dicapai pada 2020-02-24.
  2. ^ Shaffique Ahmad Zehnun (8 November 2009). "Anugerah Skrin bertema Hikayat Seribu Satu Malam". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-13. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  3. ^ Empty citation (bantuan)
  4. ^ "Anugerah Skrin 2009 akan perkenalkan kategori videografi terbaik". mStar Online. Star Publications. 18 September 2009. Dicapai pada 4 Disember 2009.
  5. ^ Li Ee Kee (5 Disember 2009). "Jaclyn Victor: Saya Tak Layak". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-08. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  6. ^ Siti Azira Abd. Aziz (5 November 2009). "Anugerah Yasmin Ahmad di ASK 2009 diwujudkan untuk iktiraf bakat-bakat baru". mStar. Dicapai pada 2020-03-20.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]