Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lite (stesen radio): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yusgalaxy1996 (bincang | sumb.)
Baris 227: Baris 227:
| style="text-align:center;"|[[Astro (televisyen satelit)|Astro]]/[[Astro NJOI|NJOI]]
| style="text-align:center;"|[[Astro (televisyen satelit)|Astro]]/[[Astro NJOI|NJOI]]
| style="text-align:center;"|854
| style="text-align:center;"|854
|-
| style="text-align:center;"|[[MYTV Broadcasting|myFreeview]]
| style="text-align:center;"|720
|}
|}



Semakan pada 22:34, 30 Julai 2022

LITE
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia dan Singapura
SloganRelaxing Favourites
Tarikh siaran pertamaJanuari 1997; 27 tahun yang lalu (1997-01)
BahasaInggeris
PemilikAstro Radio
Saluran kembarEra
Gegar
GoXuan
Hitz
Melody
MY
Raaga
Sinar
Zayan
Siaran webaudio1.syok.my/lite
Tapak weblite.my

LITE (dahulu dikenali sebagai LiteFM)[1] merupakan radio berbahasa Inggeris di Malaysia yang bernaung di bawah pengurusan Astro Radio, memainkan lagu-lagu berentak perlahan / balada / separa-rancak dari tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an, 2000-an, hingga terkini. Saluran ini dilancarkan ke udara pada tahun 1997 dengan nama Light & Easy, tetapi bertukar nama kepada LiteFM pada November 2006. Cogankata awalnya adalah Continous Relaxing Favorites, dan kemudiannya bertukar kepada Famous for the 1980s. Pada 2013, cogankata bertukar kepada Classic hits all day.

Golongan sasarannya adalah untuk pendengar yang lebih dewasa, seperti radio SINAR (Melayu) dan MELODY (Cina) dan membawakan lagu-lagu Inggeris. Sekarang, LITE tidak hanya memutarkan lagu-lagu lama dari tahun 1980-an, tetapi juga lagu baharu dari luar negara atau dalam Malaysia, asalkan lagu itu bersesuaian dengan konsep radio LITE itu sendiri, memainkan lagu berentak perlahan / evergreen / balada / separa-rancak.

Sejarah

LiteFM dilancarkan ke udara Malaysia melalui siaran FM pada Januari 1997 selepas ia telah menjadi salah satu stesen radio ekslusif satelit Astro sejak pelancarannya pada Jun tahun lepas. Dahuluya dipanggil Light & Easy dan kemudiannya "Lite FM" pada 20 November 2006. Pada awal siarannya pada tahun 1997, Lite FM memainkan lagu oldies iaitu kebanyakkan lagu dari tahun 1950an hingga 1970an dan menyasarkan pendengar berusia 45 tahun dan keatas. Tetapi dengan perubahan nama dan logo stesen, Lite FM bertukar format kepada dewasa kontemporari mudah didengari, dengan menambahkan lagu-lagu dari tahun 1990an dan terkini dalam senarai main Lite FM sebagai matlamat untuk menyasarkan pendengar yang lebih muda daripada yang tua. Sejak 2009, stesen ini hanya menumpukan memainkan muzik 1980an yang sebelumnya dimainkan oleh Mix FM dan kini memainkan lagu 1960an dan 1970an setiap jam dengan kekerapan yang rendah. Lagu-lagu 1950an hingga 1970an yang sebelumnya fokus asal stesen ini kini dipindahkan di stesen ekslusif satelit Astro iaitu Gold. Pada tahun 2013, Lite FM hanya menumpukan memainkan muzik 1980an hingga kini sahaja dan tidak lagi memainkan muzik 1960an pada hari minggu sebaliknya ia boleh didengari pada hujung minggu. Dengan perubahan fokus stesen, beberapa lagu pada tahun 1960an dan 1970an tidak lagi dimainkan di stesen ini.

Pada Mac 2013, Lite FM melancarkan segmen carta "Top 500 Countdown". Segmen ini memainkan 500 lagu pilihan pendengar hasil undian di laman sesawang stesen radio dan ia menjadi rancangan tahunan sejak tahun 2015 (tiada pada tahun 2014).

Pada 3 Mac 2014, Lite FM melancarkan rancangan pagi terbaharu bersama Steve & Shaz, dengan membawakan "kehidupan sebenar, rakyat sebenar dan kisah sebenar" yang memfokuskan kepada cerita berinspirasi dari seluruh pelusuk dunia.

Penyampai radio

Penyampai Harian

  • Aanont Wathanasin
  • Asha Gill
  • Ika Kamaruzzaman
  • Phat Fabes

Penyampai Hujung Minggu

  • Rod
  • Sheela

Bekas Penyampai

  • Adi
  • Aly
  • Belinda Chee
  • Camelia
  • Caroline Nicole Oh
  • Constantine
  • Karen Bahrin
  • Kevin Francis
  • Kudsia Kahar
  • Lucy Leong
  • Priscilla Patrick
  • Rex
  • Ross
  • Ryan Augustine De Alwis (RD) (kini bersama MIX)
  • Sara
  • Sharizan
  • Shazmin Shamsudin
  • Simon D'Cruz
  • Steve Kyle D’angelo
  • Yasmin Yusuff
  • Zak
  • Jason Desmond Chin
  • Hisham Hamzah
  • Soraya Kee

Segmen

Isnin - Jumaat

Segmen Penyampai Masa
The LITE Breakfast Asha & Non 06:00 - 10:00
Relaxing Favourites Workday Ika 10:00 - 15:00
The LITE Drive Phat Fabes 15:00 - 20:00
LITE Love Songs Sexy Rexy a.k.a. Dr. Love 20:00 - 22:00

Sabtu

Segmen Penyampai Masa
Relaxing Favourites Rod 8:00 - 12:00
The Best of Lite Breakfast Asha & Non 12:00 - 14:00
Relaxing Favourites Sheela 14:00 - 17:00
On The Rocks Sheela 17:00 - 18:00

Ahad

Segmen Penyampai Masa
Relaxing Favourites Rod 8:00 - 12:00
The 80s Show Phat Fabes 12:00 - 14:00
Lite Tea Dance Sheela 14:00 - 18:00

Frekuensi

Radio

Frekuensi Kawasan Pemancar
105.7 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali
104.4 MHz Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Gunung Jerai
89.3 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
101.5 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
104.6 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
92.2 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
94.6 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
104.7 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
105.9 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung
104.3 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau
100.1 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
103.2 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong

Televisyen

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 854
myFreeview 720

Radio internet

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Rujukan

  1. ^ "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans". Astro. 2 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2018. Dicapai pada 12 January 2018. Cite has empty unknown parameter: |deadurl= (bantuan)

Pautan luar