Colla Cattle Farm Kuala Selangor (CCFKS) yang terletak di Kampung Bukit Belimbing telah memulakan operasi pada tahun 2018 dan menjadi ladang utama bagi aktiviti penternakan dan penjualan lembu, kambing dan bebiri bagi kegunaan harian dan juga musim – musim perayaan.
Dengan keluasan tanah sebanyak 7 ekar, CCFKS mempunyai 4 fidlot lembu untuk penjualan lembu secara harian, 1 fidlot lembu untuk tujuan penggemukan baka lembu premium seperti Wagyu, Angus dan Charolais, 1 kandang kambing/bebiri, 2 kuarters pekerja dan sebuah Rumah Sembelih yang dilengkapi dengan mesin sembelihan moden. CCFKS mampu memuatkan 1,400 ekor lembu dan 600 ekor kambing/bebiri dalam satu masa.
CCFKS merupakan satu – satunya ladang ternakan lembu yang memiliki Kebenaran Merancang Tempoh Terhad di Negeri Selangor