Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

7 Resepi Air Balang Viral

Bisnes air balang adalah bisnes yang sentiasa ada permintaan walau dimana sahaja. Semua orang akan dahaga. Semua orang memerlukan minuman.

Saya kongsikan “25 Resepi Jus Yang Paling Laris” di pasar ramadhan. Anda tak perlu pening lagi nak buat dan jual air apa. Pilih sahaja beberapa air yang ada diberikan di dalam ebook ini! Resepi yang saya kongsikan ini pula bukanlah resepi untuk buat 1-2 jug air minum sendiri, tetapi, ianya adalah resepi untuk buat air dalam kuantiti yang banyak, iaitu resepi untuk buat air balang 33 liter.. Ada beza tau buat air 1-2 jug dengan buat air 1 balang.

Sebab itu, kita lihat dimana-mana lokasi ada saja menjual air. Tidak kiralah di pasar malam, di tepi jalan, di ekspo atau dimana sahaja yang laluan orang ramai. Nak lagi kalau masuk bulan ramadhan, memang tak sah kalau tak cari air balang.

Pergi mana-mana bazar ramadahan, mesti ada orang jual air balang. Sebab apa? Sebab air balang ni memang ada permintaan, dan memang orang cari di bazar ramadhan. Tambahan lagi bila cuaca tengah panas dan haus, memang berebut orang beli.

Semua berebut- rebut nak tengok air balang viral apa setiap tahun. Lebih lagi kalau bulan puasa, ramai yang berniaga air balang.

Pelbagai resepi air atau jus disediakan demi menarik pelanggan membeli di gerai mereka. Ini termasuklah, stiker pada balang, cup, plastik, straw bergantung pada kreativiti anda.

Jika kena pada cara marketing anda, air balang anda akan viral di media sosial dengan bantuan pelanggan yang pos di media sosial mereka.

Baca Juga  Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri

Ada beberapa tips untuk memulakan jualan air balang. Maklumlah, nak buat bisnes air balang ini tidak perlukan modal yang besar, biasanya sekitar RM1,000 sahaja sudah mencukupi. Sebab itu ramai juga peniaga yang cuba menjual air balang.

air balang sedap

Jual Air Balang

Biasa bazar Ramadhan anda akan nampak peniaga jual air balang. Bermacam jenis untuk melawakan. So nak jual air balang tu kena tengok tempat juga. Pastikan tempat tu laluan orang ramai. Sebab laluan orang ramai ni mudah untuk jual dan laku. Tapi apapun bergantung atas cara anda marketkan air balang anda.

Harga Air Balang

Harga air balang ada banyak. Ikut korang ak tentukan. Biasa yang nampak ada 3 jenis. 1 cup kecil, cup besar dan plastik. Kalau cup kecil tu dalam RM2, cup besar RM3 manakala plastik RM4.

Ni kalau korang tengok ada peniaga dekat 20-30 air balang dijualnya. Ada juga peniaga tak sampai 10. Atas korang. Ikut bajet korang. Cuba dahulu jual bawah 10 balang kemudian naikkan slow-slow. Tengok permintaan.

Resepi Air Balang

Kami kongsikan beberapa resepi air balang viral yang anda boleh mulakan untuk menjual. Pastikan buat testing sebelum berniaga untuk pastikan rasa, manis sesuai dengan kehendak orang ramai. Buat tester dan ambil feedback. Lepastu dari feedback tersebut anda jadikan ia sebagai resepi air balang anda sendiri.

7 Resepi Air Balang Viral

resepi air balang coklat

Resepi Air Balang Coklat

1/2 kg serbuk koko masakan
1/2 cawan creamer powder
1/2 cawan ising sugar
(adun ketiga-tiga bahan di atas menjadi 1 powder coklat)

2-3 tin susu pekat
1-2 tin susu cair
garam sesudu kecil
masak kesemua bahan di atas dalam satu periuk(sukat ikut balang yang awak ada, kepekatan ikut selera)

air balang lemonade

Resepi Air Soda Lemonade

Bahan-Bahannya:
1. soda 1.5liter 5 botol
2. asam masin putih anggaran 25-30biji
3. daun pudina anggaran 200gram
4. lemon 5bijik potong kecik² 12 bahagian
5. limau sungkis 5bijik potong kecik²
6. laici 1 tin

Baca Juga  7 Contoh Ucapan Takziah Kematian Dalam Islam Melalui Whatsapp

Cara-Caranya:
Biasa niaga antara 4-5 jam memang tak guna air gula so masa masukan air soda tu curah gula 1/2kg kacau bagi larut lepas tu tak perlu pikir pasal air jadi tawar lagi

resepi air balang jagung

Resepi Air Balang Jagung

Bahan-Bahannya:
Air Masak atau bertapis 3-4 Liter.
½ botol pati jagung 495ml.
3 tin susu pekat.
3 tin susu cair.
1 sudu kecil pewarna merah.
1 sudu kecil perisa jagung.
1 tin sweet corn.
1 beg ais kiub.
2 sudu garam halus.

Cara-Caranya:
1. Masukkan air ke dalam balang air yang berkapasiti 30 liter.
2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap.
3. Masukkan pati jagung.
4. Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap.
5. Masukkan sweet corn.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Masukkan ais kiub 1 beg.
8. Selesai.

air balang viral
air balang mangga viral

Resepi Air Balang Mangga

Bahan-Bahannya:
10 kg mangga
Air stenegah Cawan
1 tin susu pekat
1/4 botol kordial mangga jenama nutrifresh
1 sudu besar garam

Topping
2 biji mangga
1/2 paket gula
sedikit air
Pewarna oren/kuning
Blend kesemuanya, simpan dalam peti ais hingga pekat

air balang tembikai laici

Resepi Air Tembikai Laici Padu

Bahan-Bahannya:
5 biji buah tembikai bersaiz besar
5 Tin laici
2 Botol Air soda berkarbonat
1000ml Air Masak / Air Bertapis
10 scop Ais Cream Vanilla
2 Beg Ais Batu paket Besar
2 Kilo gula Pasir

Cara-Caranya:
1. Potong tembikai secara dadu.
2. Masukkan potongan tembikai dan laici kedalam blender. Blender dan masukkan ke dalam balang Air
3. Tuang Air Soda berkarbonat ke dalam balang Air
4. Masukkan Air gula hingga mendapat rasa manis yang sesuai.
5. Masukkan Ais cream Vanilla ke dalam balang.
6. Masukkan Ais Batu ke dalam Balang dan Sedia untuk diminum atau diniagakan.
Resepi yang dikongsikan sesuai untuk Balang 33liter. Segala kuantiti dan bahan yang dikongsikan masih boleh diubah mengikut kesesuaian.

apple asam boi air balang

Resepi Air Balang Apple Asam Boi

Bahan-Bahannya:
Apple 25biji blend
Asam boi
Air 5L
Ais 3bag
Balang 40L

Baca Juga  Contoh Surat Berhenti Kerja 24 jam, 2 Minggu, Sebulan

Cara-Caranya:
Dah blend terus tuang dalam ais

teh ais cincau resepi

Resepi Air Balang Teh Ais Cincau Kaw

Inilah antara resepi air yang viral dimana-mana sahaja. Lagi-lagi kalau masa panas, memang ramai cari teh ais kaw ni. Bulan puasa pula orang ramai cari untuk juadah berbuka. Boleh juga jual air ini untuk bisnes air balang anda.

Bahan-Bahannya:
Teh serbuk
Susu full cream
Gula (ikut sukatan yang anda mahu)
Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
Cincau

Cara-Caranya:
1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan
2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana
4. Bila dah nampak warna teh dan cantik dan rasanya pula dan sedap, boleh tutup api
5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau

tips air balang

Sekian sahaja tips air balang, resepi, cara jual, harga yang kami kongsikan. Sekiranya ada mana-mana info atau anda tau resepi yang padu, bolehla komen di bawah ye.

Baca juga

1 thought on “7 Resepi Air Balang Viral”

Leave a Comment

error: Content is protected !!