Pembatalan
Bolehkah saya batalkan tempahan saya?
Ya! Sebarang caj pembatalan adalah ditentukan oleh pihak penginapan dan dinyatakan dalam polisi pembatalan anda. Anda akan membayar sebarang kos tambahan ke pihak penginapan.
Jika saya perlu batalkan tempahan saya, adakah saya dikenakan caj?
Jika anda ada tempahan dengan pembatalan percuma, anda tidak perlu bayar caj pembatalan. Jika tempahan anda tidak lagi percuma untuk dibatalkan atau adalah tanpa pulangan wang, anda mungkin dikenakan caj pembatalan. Sebarang caj pembatalan adalah ditentukan oleh pihak penginapan. Anda akan membayar sebarang kos tambahan ke pihak penginapan.
Bolehkah saya batalkan atau ubah tarikh saya bagi tempahan tanpa pulangan wang?
Perubahan pada tarikh tempahan 'Tanpa Pulangan Wang' tidak dibenarkan. Jika anda pilih untuk batalkan tempahan anda, anda mungkin dikenakan caj. Sebarang caj pembatalan adalah ditentukan oleh pihak penginapan. Anda akan membayar sebarang kos tambahan ke pihak penginapan.
Di manakah boleh saya lihat polisi pembatalan penginapan?
Anda boleh lihatnya di pengesahan tempahan anda.
Bagaimanakah boleh saya tahu jika tempahan saya dibatalkan?
Setelah anda batalkan tempahan dengan kami, anda akan menerima emel yang mengesahkan pembatalan itu. Lihat inboks dan bahagian spam/junk mail anda. Jika anda tidak menerima emel dalam 24 jam, sila hubungi pihak penginapan untuk sahkan bahawa mereka telah menerima pembatalan anda.
Pembayaran
Siapakah yang akan mengecaj kad kredit saya, dan bila?
Anda mungkin dikenakan caj prabayaran berdasarkan polisi prabayaran penginapan. Ini dilaksanakan untuk mengesah kad kredit anda, di mana jumlah yang tertentu diambil secara sementara sehingga selepas daftar keluar. Kami cadangkan agar anda hubungi pihak penginapan untuk sebarang soalan.
Apakah prabayaran?
Beberapa penginapan perlukan prabayaran. Prabayaran adalah jumlah yang dicaj oleh pihak penginapan, sebelum penginapan anda. Tarikh bayaran, dan jumlah yang dicaj, adalah berdasarkan polisi prabayaran penginapan.
Apakah caj yang termasuk atau tidak termasuk dalam tempahan saya?
Booking.com tidak kenakan caj tempahan. Sebarang caj atau cukai tambahan yang anda lihat adalah ditentukan oleh pihak penginapan dan undang-undang cukai tempatan.
Bolehkah saya bayar untuk penginapan saya terlebih dahulu?
Mungkin boleh, tetapi ia terpulang kepada pihak penginapan.
Bilakah akan saya dikenakan caj?
Ia terpulang kepada pihak penginapan dan tergantung kepada polisi pembayaran anda. Kami cadangkan agar anda tanya terus ke pihak penginapan.
Bolehkah saya bayar untuk penginapan sya dengan kad kredit yang lain dari yang telah digunakan untuk buat tempahan?
Kemungkinan besar, ya. Pihak penginapan biasanya menerima bayaran untuk penginapan menerusi kad lain atau tunai. Untuk mengesahkan bahawa kad kredit lain adalah OK, sila hubungi pihak penginapan.
Adakah pihak penginapan perlukan deposit atau bayaran terlebih dahulu?
Ia terpulang kepada polisi bayaran tempahan.
Kenapa saya perlu sediakan butiran kad kredit saya?
Pihak penginapan memintanya untuk mengesahkan tempahan anda. Anda mungkin dikenakan pra-kebenaran* untuk pastikan bahawa kad kredit anda sah dan mempunyai jumlah yang mencukupi, atau dalam beberapa kes, butiran anda digunakan untuk membayar penginapan anda bila anda tempah.
*Pra-kebenaran adalah jumlah yang ditahan buat sementara untuk pastikan bahawa kad anda sah dan mempunyai jumlah yang mencukupi. Jumlah yang ditahan akan dipulangkan ke akaun anda setelah tempoh yang ditentukan, yang tergantung kepada pihak penginapan dan penyedia kad anda.
Pihak penginapan telah caj saya; apakah harus saya lakukan?
Berdasarkan polisi bayaran tempahan itu, caj ini mungkin adalah salah satu yang berikut:
- Pra-kebenaran adalah jumlah yang ditahan buat sementara untuk pastikan bahawa kad anda sah dan mempunyai jumlah yang mencukupi. Jumlah yang ditahan akan dipulangkan ke akaun anda setelah tempoh yang ditentukan, yang tergantung kepada pihak penginapan dan penyedia kad anda.
- Deposit atau prabayaran, yang diperlukan untuk beberapa pihak penginapan bila anda tempah. Ini dinyatakan dalam emel pengesahan anda. Jika anda layak untuk pembatalan percuma, jumlah ini akan dipulangkan kepada anda bila anda batalkan tempahan.
Adakah cukai termasuk dalam harga?
Ini tergantung kepada pihak penginapan, bilik yang anda tempah dan keperluan cukai tempatan. Anda boleh lihat sebarang cukai tambahan dalam maklumat harga tempahan anda.
Maklumat tempahan
Bolehkah saya buat perubahan pada tempahan saya? Cth, tukar tarikh
Ya! Anda boleh buat perubahan pada tempahan dari emel pengesahan anda atau di Booking.com. Berdasarkan polisi penginapan, anda boleh lakukan yang berikut:
- Tukar waktu daftar masuk/keluar
- Tukar tarikh
- Batalkan tempahan
- Ubah butiran kad kredit
- Ubah maklumat tetamu
- Pilih jenis katil
- Ubah jenis bilik
- Tambah bilik
- Tambah pelan makanan
- Buat permintaan
- Hubungi pihak penginapan
Bagamanakah boleh saya dapatkan maklumat lanjut tentang kemudahan bilik atau penginapan?
Anda boleh dapatkan kemudahan bilik dan penginapan di pengesahan tempahan anda.
Saya akan tiba di luar waktu daftar masuk. Bolehkah saya teruskan daftar masuk?
Ia terpulang kepada pihak penginapan yang akan berusaha untuk memenuhi keperluan anda, tetapi tidak boleh menjaminkan permintaan anda. Anda boleh lakukan salah satu yang berikut:
Saya tidak jumpa emel pengesahan saya. Apakah harus saya lakukan?
Pastikan anda semak inboks emel anda, folder spam dan junk. Jika anda masih tidak jumpa pengesahan anda, layari booking.com/help dan kami akan hantarnya semula kepada anda.
Bagaimanakah boleh saya dapatkan invois?
Hanya pihak penginapan boleh memberikan invois untuk penginapan anda yang selesai. Untuk menerimanya dengan cepat, buat permintaan anda di tempat penginapan sebelum daftar keluar, atau hubungi mereka terus.
Adakah saya akan buat bayaran penuh untuk kanak-kanak saya?
Kos tambahan untuk kanak-kanak, jika ada, tidak termasuk dalam harga tempahan. Sila tanya terus ke pihak penginapan untuk lihat jika perlu dan bila anda akan membayar untuk kanak-kanak anda.
Bolehkah saya dapatkan katil tambahan atau katil bayi untuk kanak-kanak?
Ia tergantung kepada polisi tempat penginapan. Kos tambahan untuk kanak-kanak, termasuk katil/katil bayi tambahan, tidak termasuk dalam harga tempahan. Sila hubungi pihak penginapan terus untuk maklumat ini.
Apakah perbezaan antara bilik Double dan bilik Twin?
Bilik Double mengandungi satu katil double dan Bilik Twin mengandungi dua katil single. Jika bilik bernama Double/Twin, ia boleh disediakan untuk salah satu darinya. Pihak penginapan akan berusaha untuk memenuhi keperluan anda.
Komunikasi
Mengapakah alamat emel penginapan berakhir dengan @property.booking.com?
Untuk setiap tempahan, Booking.com menyediakan alamat emel alias yang unik dan tanpa nama untuk anda dan pihak penginapan. Semua mesej yang dihantar ke emel alias ini akan dihantar kepada pihak penginapan, termasuk pautan, imej, dan lampiran (sehingga 15 MB).
Untuk tujuan keselamatan, Booking.com mempunyai sistem automatik yang memantau komunikasi untuk kandungan berniat jahat. Ini termasuk spam dan had jenis fail tertentu seperti: .zip, .rar dan .exe.
Emel yang dihasilkan oleh penginapan akan dihantar melalui Booking.com bagi pihak mereka. Booking.com tidak bertanggungjawab ke atas kandungan komunikasi. Jika anda mengesyaki bahawa kandungan tersebut tidak sesuai, mencurigakan atau mengandungi spam, kami meminta anda untuk melaporkan hal ini. Klik pautan di sudut kanan bahagian bawah emel.
Komunikasi ini akan disimpan oleh Booking.com. Booking.com boleh mengakses komunikasi atas permintaan sama ada daripada anda atau pihak penginapan, dan jika benar-benar diperlukan, untuk tujuan keselamatan atau penguatkuasaan undang-undang, seperti pengesanan dan pencegahan daripada penipuan.
Booking.com boleh menganalisis komunikasi untuk tingkatkan perkhidmatannya. Jika anda tidak mahu Booking.com memantau atau menyimpan sebarang komunikasi, jangan gunakan fungsi komunikasi yang ditawarkan oleh Booking.com, termasuk komunikasi melalui alamat emel alias.
Apakah itu Booking Assistant?
Booking Assistant adalah pembantu virtual yang boleh bantu anda buat perubahan pada tempahan anda dan paparkan maklumat berguna tentang penginapan anda.
Bagaimanakah Booking Assistant boleh membantu saya?
Anda boleh tanya Booking Assistant untuk meminta ruang parking, katil tambahan, katil lain, waktu daftar masuk atau daftar keluar alternatif dan banyak lagi. Booking Assistant boleh bantu untuk menjawab sebarang soalan yang mungkin anda ada tentang penginapan anda.
Di manakah boleh saya mencari Booking Assistant?
Apabila anda mempunyai tempahan akan datang dengan kami, anda boleh jumpa Booking Assistant di telefon mobile anda, melalui app Booking.com, di laman web atau laman mobile Booking.com atau melalui Facebook Messenger apabila anda setuju untuk terima pengesahan anda di sana.
Berapakah kos untuk menggunakan Booking Assistant?
Booking Assistant adalah percuma untuk digunakan, anda hanya perlu sambungan Internet. Jika anda menggunakan data mobile untuk sambung ke internet, caj tambahan mungkin dikenakan, bergantung pada penyedia perkhidmatan anda.
Dari manakah Booking Assistant mendapat maklumat?
Respons yang anda dapat melalui Booking Assistant dihantar dari Booking.com sama ada daripada ejen Khidmat Pelanggan kami atau bagi pihak penginapan yang anda buat tempahan berkenaan dengan.
Bolehkah saya menggunakan Booking Assistant dalam bahasa saya?
Booking Assistant hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Mandarin (Disederhanakan dan Tradisional), Portugis (Eropah dan Brazil), Sepanyol dan Rusia.
Harga
Apa yang termasuk di dalam harga?
Semua kemudahan yang disenaraikan di bawah jenis bilik atau penginapan termasuk dalam harga bilik. Anda juga boleh melihat sama ada sarapan, cukai atau caj perkhidmatan disertakan apabila anda bandingkan pilihan berbeza untuk buat tempahan. Selepas anda buat tempahan, maklumat ini juga boleh didapati dalam emel pengesahan anda dan apabila anda lihat tempahan di akaun anda.
Adakah harga yang dipaparkan di Booking.com untuk setiap orang atau setiap bilik?
Harga yang kami paparkan adalah untuk bilik bagi keseluruhan penginapan, kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam jenis dan keterangan bilik.
Adakah cukai termasuk dalam harga bilik?
Ini bergantung kepada penginapan dan jenis bilik yang dipilih, tetapi ia mudah untuk lihat apa yang disertakan apabila anda bandingkan pilihan berbeza untuk membuat tempahan. Keperluan cukai berubah bergantung pada negara, jadi adalah baik jika anda membuat semakan. Selepas anda membuat tempahan, maklumat ini boleh didapati dalam emel pengesahan anda dan apabila anda lihat tempahan di akaun anda.
Adakah sarapan pagi termasuk di dalam harga?
Setiap bilik atau penginapan yang anda boleh tempah mempunyai polisi sarapan sendiri. Jika sarapan disertakan, anda akan lihatnya disenaraikan di laman penginapan apabila anda bandingkan pilihan berbeza. Jika sarapan tidak disertakan, anda boleh lihat sama ada menyediakannya dengan menyemak kemudahan yang tersedia. Selepas anda membuat tempahan, maklumat ini juga boleh didapati dalam emel pengesahan anda dan apabila anda lihat tempahan di akaun anda.
Adakah saya membayar yuran tempahan ke Booking.com?
Tidak, kami tidak mengenakan sebarang yuran tempahan.
Apakah maksud harga yang dipangkar di sebelah jenis bilik saya?
Kadar harga yang dipangkah untuk bilik adalah berdasarkan harga ketiga yang tertinggi oleh Pembekal bagi produk atau khidmat anda dengan syarat tempahan yang sama dalam tempoh 30 hari di sekitar tarikh daftar masuk anda (15 hari sebelum dan 15 hari selepas tarikh daftar masuk; jika kurang dari 15 hari di antara hari ini dan tarikh daftar masuk, kami akan menggunakan bilangan hari selepas tarikh daftar keluar untuk jumlah 30 hari). Untuk membuat perbandingan yang adil, kami sentiasa menggunakan syarat tempahan yang sama (cth. pelan makanan, polisi pembatalan serta jenis bilik). Ini bermakna anda mendapat bilik yang sama dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan tarikh daftar-masuk yang lain pada masa serta tahun yang sama.
Adakah Booking.com menawarkan sebarang diskaun istimewa atau diskaun dengan syarikat penerbangan atau kad-kad kesetiaan hotel?
Booking.com menyediakan kadar harga tersedia yang terbaik bagi tarikh-tarikh penginapan anda. Adalah tidak mungkin untuk mengurangkan lagi harga .
Adakah saya membayar harga penuh untuk anak-anak saya?
Anda boleh mendapat maklumat tentang polisi penginapan bagi kanak-kanak di bahagian "Peraturan" di laman penginapan apabila anda tempah.
- Kos tambahan untuk kanak-kanak, jika terdapat, adalah tidak termasuk di dalam harga tempahan.
- Apabila anda membuat tempahan, anda boleh minta katil tambahan atau katil bayi di kotak "Permintaan khas".
- Jika anda telah membuat tempahan, anda boleh minta katil tambahan atau katil bayi melalui pautan yang disediakan dalam emel pengesahan tempahan.
- Kami sarankan anda menghubungi pihak penginapan sebelum anda tiba untuk pastikan mereka mempunyai katil tambahan atau katil bayi tersedia. Anda boleh dapatkan maklumat hubungan dalam emel pengesahan dan bila anda lihat tempahan di akaun anda.
Bolehkah saya menggunakan voucer potongan harga (contohnya: yang dikeluarkan oleh majalah, kedai, dll)?
Anda tidak boleh menggunakan baucar apabila menempah di laman web kami. Anda akan perlu mengikut prosedur-prosedur yang telah dijelaskan oleh organisasi yang mengeluarkan baucar.
Kad-kad Kredit
Bolehkah saya membuat tempahan tanpa kad kredit?
Kebanyakan penginapan memerlukan kad yang sah untuk menjamin tempahan anda. Walau bagaimanapun, kami menawarkan sejumlah penginapan yang menerima tempahan tanpa kad. Anda juga boleh membuat tempahan dengan kad orang lain dengan kebenaran mereka. Dalam kes ini, semasa tempahan dibuat, sila sahkan nama pemegang kad dan bahawa anda telah mendapat kebenaran untuk menggunakan kad mereka dalam ruang 'Permintaan Khas'.
Mengapakah saya dikenakan caj?
Caj yang anda lihat mungkin terdiri daripada berikut:
- Pra-kebenaran: Dalam usaha untuk mengesahkan kesahihan kad kredit, pihak penginapan akan melakukan pra-kebenaran dengan mengambil jumlah yang mungkin sama dengan tempahan anda buat sementara waktu. Jumlah ini akan dilepaskan semula dalam masa yang tertentu, bergantung kepada pihak penginapan dan pembekal kad kredit anda.
- Deposit or Prabayaran: Beberapa penginapan memerlukan deposit atau prabayaran semasa tempahan. Polisi ini dinyatakan dengan jelas semasa proses tempahan, dan anda juga boleh melihatnya dalam emel pengesahan. Jika anda layak untuk pembatalan percuma, jumlah ini akan dikembalikan jika anda memilih untuk membatalkan tempahan.
- Pasukan Khidmat Pelanggan kami sedia membantu jika anda perlukan bantuan dengan isu pembayaran. Anda boleh layari booking.com/help untuk hubungi kami.
Bolehkah saya menggunakan kad debit bagi menyelesaikan tempahan saya?
Secara umumnya, hotel tidak boleh menerima kad debit untuk menjamin tempahan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian. Anda akan dapat melihat jika ia adalah berkemungkinan ketika proses tempahan.
Apakah itu pra-kebenaran?
Apabila anda membuat tempahan, hotel mungkin menghubungi syarikat kad kredit (atau debit) anda untuk mengesahkan bahawa kad yang anda gunakan adalah sah dan tidak dilaporkan sebagai hilang atau dicuri. Mereka juga akan menyemak sama ada kad anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat urusniaga ini. Inilah yang dilakukan dalam bentuk pra-kebenaran jumlah penuh tempahan anda.
Akan tetapi, hotel tidak akan mengenakan bayaran. Masa kad anda dikenakan bayaran bergantung pada syarat dan terma tempahan anda.
Apakah perbezaan antara pra-kebenaran dan bayaran sebenar yang dikenakan pada kad kredit saya?
Pra-kebenaran merupakan perkara biasa tetapi ia sering dikelirukan dengan bayaran sebenar. Jika anda membeli sesuatu di kedai, kad anda akan dikenakan bayaran serta-merta dan jumlah tersebut akan diambil dari baki yang tersedia, manakala pra-kebenara pula merupakan sekatan buat sementara waktu.
Bagaimanakah boleh saya tahu jika pra-kebenaran telah dilakukan pada kad saya?
Baki jumlah anda yang tersedia akan dikurangkan buat sementara waktu mengikut jumlah penuh tempahan anda. Anda juga boleh melihat “urusniaga yang belum selesai” di huraian akaun kad kredit anda. Jika anda tidak pasti sama ada pra-kebenaran telah dilakukan, hotel dan juga syarikat kad kredit anda boleh mengesahkannya.
Berapa lamakah sekatan pra-kebenaran akan menjejas baki saya yang tersedia?
Pembekal kad anda boleh memberikan penerangan, berserta syarat dan terma awam yang berkenaan dengan prosedur pra-kebenaran. Terma-terma ini berbeza-beza, oleh itu cara terbaik adalah untuk menghubungi pembekal kad anda untuk maklumat tertentu.
Adakah sekatan selalunya jumlah penuh mengikut tempahan saya?
Selalunya, hotel akan membuat pra-kebenaran pada kad anda untuk jumlah penuh tempahan anda. Kadangkala, anda mungkin akan melihat jumlah yang tinggi sedikit daripada harga yang dipaparkan di Booking.com. Jika ini berlaku, hotel dapat menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut.
Adakah ini berlaku untuk semua tempahan yang dibuat menerusi Booking.com?
Hotel berhak untuk membuat pra-kebenaran pada kad kredit anda, tetapi ini tidak bermakna bahawa ia akan berlaku untuk setiap tempahan. Jangan risau, jika pra-kebenaran telah dilakukan, hotel serta syarikat kad kredit anda sedia membantu. Mereka juga mungkin dapat membantu anda menghentikan sekatan ini lebih awal.
Bolehkah saya membuat tempahan untuk saya dengan menggunakan kad kredit orang lain?
Ya, anda boleh tetapi hanya jika anda mempunyai keizinan dari pemegang kad. Semasa proses tempahan, sila nyatakan bahawa anda menggunakan kad orang lain dengan keizinan mereka di kotak "Permintaan khas". Pihak penginapan mungkin memerlukan kebenaran daripada pemegang kad. Harap maklum dalam kes ketidakmunculan atau pembatalan lewat, kad yang disediakan semasa tempahan dibuat akan dikenakan caj untuk sebarang penalti.
Kenapa saya perlu memberikan maklumat kad kredit saya?
Dalam kebanyakan kes, Booking.com memerlukan maklumat kad kredit untuk mengesahkan tempahan anda dengan pihak penginapan. Kad kredit anda mungkin akan diperiksa (pra-kebenaran) untuk memastikan ia adalah sah dan terdapat wang yang mencukupi. Selepas pemeriksaan, jumlah penuh akan dikembalikan kepada anda. Dalam beberapa kes, maklumat kad kredit anda akan digunakan untuk memproses bayaran semasa anda membuat tempahan. Kad kredit anda hanya akan dikenakan caj jika anda telah meminta penginapan untuk mengambil bayaran terlebih dahulu atau jika polisi pembatalan tidak diikuti.
Kad-kad kredit yang manakah boleh saya gunakan untuk melengkapkan tempahan?
Untuk membuat tempahan melalui
Booking.com, semua hotel menerima:
Beberapa hotel juga menerima kad-kad kredit yang lain seperti American Express, untuk tujuan tempahan. Anda boleh menyemak kad kredit mana yang diterima oleh hotel di bahagian Polisi Hotel di bawah keterangan hotel dan semasa anda membuat tempahan anda.
Adakah maklumat kad kredit saya selamat?
Ya, sudah tentu. Booking.com menggunakan sambungan yang selamat dan data peribadi dan butiran kad kredit anda disulitkan.
- Data peribadi dan maklumat kad kredit anda sentiasa disulit.
- Server kami yang selamat menggunakan teknologi ‘Secure Socket Layer’ (SSL) , standard industri online.
- Sijil SSL kami telah dikeluarkan oleh Thawte.
Kad kredit yang saya gunakan untuk membuat tempahan tidak lagi sah. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila kemas kini butiran pembayaran anda di Booking.com. Sekiranya pengesahan tempahan anda menyatakan bahawa tempat penginapan akan mengendalikan pembayaran, anda juga boleh hubungi pihak penginapan terus. Anda boleh dapatkan maklumat hubungan mereka dalam emel pengesahan tempahan atau apabila anda log masuk ke Booking.com. Untuk tujuan keselamatan, jangan berikan maklumat kad kredit anda melalui emel.
Polisi penginapan
Saya akan tiba lebih awal/lewat dari waktu daftar masuk yang dinyatakan. Adakah saya masih boleh mendaftar masuk?
Anda boleh membuat permintaan untuk daftar masuk awal/lewat dalam beberapa cara:
- Anda boleh nyatakan waktu daftar masuk anda semasa membuat tempahan.
- Anda boleh mengurus tempahan anda online untuk mendaftar masuk di luar waktu rasmi.
- Anda boleh menghubungi penginapan terus menggunakan maklumat hubungan yang boleh didapati dalam pengesahan anda.
Harap maklum bahawa tidak semua permintaan boleh dipenuhi oleh pihak penginapan. Sebagai contoh, bilik anda mungkin tersedia tetapi bila anda tiba pada lewat malam, tiada orang di sana untuk menyambut anda. Untuk mengelakkan sebarang situasi yang tidak diduga, kami mengesyorkan agar anda mengesahkan dengan pihak penginapan terlebih dahulu.
Apakah waktu daftar masuk dan daftar keluar bagi tempat penginapan?
Waktu-waktu daftar masuk dan daftar keluar adalah berbeza bagi setiap tempat penginapan. Anda boleh dapatkan maklumat ini di bahagian "Peraturan" di laman penginapan apabila anda membuat tempahan. Jika anda telah membuat tempahan, anda boleh lihat waktu daftar masuk dan daftar keluar dalam emel pengesahan apabila anda log masuk ke akaun anda.
Bagaimanakah boleh saya mendapatkan maklumat lanjut tentang kemudahan yang tersedia?
Anda boleh lihat kemudahan apa yang disertakan dengan tempahan apabila membandingkan pilihan berbeza yang ditawarkan penginapan tertentu. Untuk lihat kemudahan apa yang tersedia di tempat penginapan, layari "Kemudahan" di bahagian atas laman penginapan.
Saya mahu mendaftar keluar selepas waktu daftar keluar yang dinyatakan. Apa yang perlu saya lakukan?
Anda boleh meminta pihak penginapan untuk mengatur daftar keluar lewat untuk anda apabila anda tiba di sana. Harap maklum bahawa ia bergantung pada apa yang tersedia semasa tempoh penginapan anda.
Saya mahu bilik merokok, walaubagaimanapun saya hanya boleh memilih bilik tidak merokok. Bagaimana saya boleh meminta untuk bilik merokok?
Jika terdapat senarai bilik-bilik tidak merokok, ia bermakna hotel itu tidak membenarkan merokok di dalam bilik.
Bagaimanakah boleh saya ketahui jika tempat penginapan membenarkan haiwan peliharaan?
Polisi haiwan peliharaan selalunya dipaparkan di laman web penginapan di bawah "Peraturan".