Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu
Implikasi dan Faktor-faktor Zaman Kegemilangan Melaka 1.0 Pengenalan Kajian yang dibincangkan dalam kursus BMW 3032 iaitu Wacana Akademik Bahasa Melayu ialah mengenai implikasi dan faktor-faktor zaman kegemilangan Melaka. Perbincangan yang dilakukan dalam menghasilkan kajian ini dapat menerangkan kepada para pembaca akan apa yang berlaku pada zaman kegemilangan Melaka. Hal ini demikian kerana Melaka ini merupakan salah sebuah kerajaan yang mempunyai kronologi penubuhannya yang sangat panjang sehingga mencapai kegemilangannya sehingga kerajaan ini jatuh ke tangan orang luar. Dalam kajian yang dijalankan dalam kursus ini, perbincangan yang dikaji ialah spesifik kepada zaman kegemilangannya Melaka sahaja. Hal ini kerana, pada zaman kegemilangannya, pelbagai perubahan yang berlaku dalam perkembangannya sama ada dalam bentuk politik, sosial dan ekonomi. Oleh itu, segala huraian mengenai kegemilangan Melaka ini dapat diketahui dengan lebih mendalam lagi melalui pemecahan kepada tiga aspek tadi kerana dalam ketiga-tiga aspek ini, ia banyak berlaku perubahan bagi mencapai zaman kegemilangan Melaka ini. Tambahan itu, kajian ini turut menyentuh kesan yang dapat diperoleh daripada zaman kegemilangan Melaka ini. 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut sejarah Melayu, nama Melaka itu datangnya daripada pokok Melaka . Muhammad Yusof Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn.12. Melaka mendapat nama dari sepohon pokok kayu Melaka di tebing muara sungai Melaka. Selain itu, mitos Hindu juga sering menyebut berkaitan dengan pokok Melaka. Menurut mitos tersebut, pokok Melaka dikenali sebagai ‘Amalaka’ dalam bahasa Sanskrit dan merupakan pokok yang pertama tumbuh di alam semesta ini. Mengikut sumber Arab pula, pedagang-pedagang telah menyebut tempat tersebut sebagai ‘mulaqah’ atau bermaksud ‘pertemuan ‘ dan ‘malakat’ yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’ semasa para pedagang singgah berdagang di situ Ibid, Hlmn.39.. Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara pada abad ke-14. Haji Tajuddin bin Haji hussien ketua editor .suhaiza binti ibrahim terjemahan .Rabiah binti Alias editor (2009).malaysia negara kita .mdc publishers.sdh.bhd .hlmn 29 Beliau merupakan seorang putera raja dari Palembang, kemudian berpindah ke Singapura dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka. Melaka pada mulanya merupakan sebuah perkampungan kecil nelayan. Tan Ding Eng.1975. sejarah Malaysia dan Singapura. Kualan Lumpur.Siri Sejarah Fajar Bkti Hlm.1 Melaka merupakan sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil pada zaman kesultanan Melayu. Sejurus selepas kerajaan Melaka ditubuhkan oleh Parameswara, Melaka telah dimajukan sebagai sebuah pusat perdagangan di Nusantara. Mohd Jamil Mukmin. 1994. Melaka pusat penyebaran Islam di Nusantara. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan. Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). hlm. 42. Kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang paling menonjol pada abad ke-14, ke-15 dan awal abad ke-16 di mana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam di sebelah timur. Kedudukannya yang strategik, terletak di tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat, terlindung daripada tiupan angin monsun dan mempunyai perairan yang dalam menjadikannya berpotensi untuk berkembang maju pada masa tersebut. Setelah pengasasan Melaka, pelbagai langkah dalam pengukuhannya telah dilakukan oleh raja dan pembesar. Tahun 1435 merupakan tarikh permulaan pengukuhan Melaka. Pada masa ini, Parameswara memainkan peranan pentingnya dalam membangunkan dan mengukuhkan negeri Melaka. Pengukuhan utama yang telah dilakukan oleh beliau ialah mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan berperaturan. Pengukuhan Melaka tetap diteruskan oleh pemerintah Melaka yang seterusnya sehingga kepada pemerintah yang terakhir. Oleh itu, pelbagai langkah yang perlu dilakukan oleh pemerintah Melaka pada masa tersebut demi menjadikan Melaka sebuah negeri yang gah di persada dunia. Dalam mengajar pengukuhan kerajaan Melaka yang dilakukan, terdapat juga pelbagai implikasi yang mendatang dalam masa yang sama. 1.2 Objektif Objektif utama kajian ini ialah untuk: Mengkaji tentang implikasi yang berlaku semasa zaman kegemilangan Melayu Melaka. Menyelidik tentang langkah-langkah pengukuhan Melaka, sehingga terkenal di alam Melayu. 1.3 Skop Kajian Skop merupakan bidang yang perlu diteliti di dalam lingkungan atau had yang tertentu berpandukan garis soalan yang diberikan. Oleh itu, skop kajian bermaksud, lingkungan kajian yang ingin dibuat atau dikaji oleh pengkaji. Dalam membuat sesuatu skop kajian yang ingin dikaji atau diselidiki, pengkaji haruslah mempunyai skop jawapan kajian yang tepat berdasarkan kehendak soalan, agar kajian yang dibuat tidak tersasar atau terkeluar dari kehendak soalan. Skop kajian ini turut menentukan batasan untuk sesuatu soalan. Hal ini demikian kerana, batasan tersebut akan memastikan jarak masa dan waktu kajian yang ingin dibuat oleh pengkaji. Oleh itu, kajian yang ingin dikaji oleh saya mempunyai batasan seperti berikut; Tugasan ini hanya berfokus kepada satu negeri sahaja iaitu, keadaan di mana negeri Melaka suatu ketika dahulu.. Selain itu, batasan waktu juga turut terdapat pada tugasan ini di mana tugasan ini menghendaki pengkaji untuk berfokus kepada zaman kegemilangan Melaka sahaja. 1.4 Batasan Kajian Batasan kajian ini memberi tumpuan kepada zaman kegemilangan Melayu Melaka di Malaysia. 1.5 Kaedah Kajian Kaedah kajian merupakan tunjang utama untuk melakukan sesuatu kajian kerana kaedah kajian yang digunakan ini akan menjadi rangka kepada penulisan akhir sesuatu penulisan. Kaedah kajian ini juga berfungsi sebagai langkah awal untuk membuat penulisan kerana ia akan menggerakkan segala pelaksanaan sesuatu kajian. Dengan adanya kaedah yang digunakan dalam sesuatu kajian, maklumat yang dikumpulkan akan boleh dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat penulisan dan juga menghasilkan sesuatu laporan yang menarik dan tepat. Di samping itu, dalam membuat tugasan ini juga, saya telah menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan oleh soalan. Hal ini demikian kerana, melalui penggunaan kaedah ini dalam melakukan tugasan, maka ia dapat memudahkan dan membuatkan saya lebih memahami kajian ini, di samping dapat menghuraikan dan menulis hasilnya ke dalam bentuk penulisan yang baik dan teratur. Selain itu juga, ia memudahkan para pembaca memahami bagaimana tugasan ini dilaksanakan. Berikut merupakan kaedah kajian yang telah saya gunakan dalam melakukan tugasan ini; Perbincangan Kaedah perbincangan amat penting dalam membuat sesuatu kajian. Melalui kaedah perbincangan yang pengkaji telah lakukan, ia telah menjadi saluran utama kepada pengumpulan maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam kajian ini. Di samping itu, kaedah ini juga turut melampirkan kepelbagaian idea dari setiap ahli pengkaji yang memiliki pandangan yang berbeza berkaitan soalan. Secara tidak langsung ini akan meringankan beban para pengkaji untuk mencari isi kepada persoalan yang ingin di buat. Bahan-bahan Rujukan. Bahan rujukan merupakan sumber utama selain dari kaedah perbincangan. Bahan rujukan akan membantu membuat dalam segala benda yang berbentuk penulisan. Hal ini demikian kerana, bahan rujukan merupakan alat untuk membuktikan kesahihan sesebuah penulisan terhadap tugasan agar tidak berlakunya plagiat dari mana-mana pihak atau sumber. Contohnya, dalam membuat dan melaksanakan tugasan ini, kami telah pergi ke perpustakaan untuk mencari sumber dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini. Dalam mencari maklumat di perpustakaan, pengkaji mencari data sama ada dalam bentuk premier atau sekunder untuk dijadikan panduan dalam membuat kajian yang ingin dibuat. Bahan- bahan yang menjadi sumber di perpustakaan ialah, hasil penulisan jurnal, artikel, buku dan sebagainya yang boleh diguna pakai. Selain itu, bahan rujukan dari internet juga turut digunakan dalam menghasilkan tugasan ini kerana sedikit sebanyak ia membantu menyempurnakan dan melengkapkan tugasan ini. Internet juga merupakan sumber yang luas dan senang diperoleh hanya dengan hujung jari pada masa kini. c. Analisis Fakta Analisis fakta merupakan salah satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan fakta bagi penulisan kajian yang menarik. Tujuan utama bagi membuat analisis ini adalah untuk memastikan bahawa yang hendak disampaikan dalam penulisan disusun dengan urutan yang betul serta menarik apabila dibaca. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji telah mengumpul fakta-fakta yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini berdasarkan pencarian bahan-bahan rujukan. Fakta tersebut telah disusun dengan cara yang betul bagi memudahkan para pembaca memahami kajian yang dibincangkan. 1.6 Definisi Konsep Berdasarkan kepada apa yang dikatakan oleh Rahman Senipin dalam “Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka” zaman kegemilangan Melaka boleh didefinisikan sebagai; “Zaman kegemilangan di mana berlakunya langkah pengukuhan oleh raja dan para pembesar dalam sistem pemerintahan” Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kegemilangan membawa maksud iaitu; kegemilangan keadaan bercahaya terang-benderang, kecemerlangan. Maksudnya di sini, Melaka telah melalui satu proses yang cuba untuk menaikkan nama Melaka melalui hasil kecemerlangan yang diperoleh oleh kerajaan Melaka pada waktu itu. Menurut sejarah Melayu, nama Melaka itu datangnya daripada pokok Melaka . Muhammad Yusof Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn.12. Melaka mendapat nama dari sepohon pokok kayu Melaka di tebing muara sungai Melaka di mana tempat baginda bersandar. Menurut Tom Pires, seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) “Malacca is very famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world ….. It is a city more suitable for trading products than any other in trhe world”(Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6). Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan “Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6). 2.0 Dapatan Kajian 2.1 Faktor Politik a. Pengukuhan Dari Segi Politik dan Pentadbiran Parameswara merupakan tokoh politik Melaka yang amat istimewa kerana berjaya mengasaskan Melaka. Pengalaman memerintah dan berpolitik di Palembang dan Singapura telah menjadi landasan kepada Parameswara untuk memerintah dan memajukan Melaka. Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik. Sistem pentadbiran yang sistematik ini sebenarnya penting untuk kemajuan sesebuah kerajaan. Melaka telah mengambil beberapa corak pemerintah pentadbiran Srivijaya. Sistem Pembesar Empat Lipatan telah diwujudkan bagi mengukuhkan pengasasan Melaka dari segi politik. Di dalam sistem ini terdapat empat jawatan pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Bendahara memiliki kuasa tertinggi di dalam hierarki pentadbiran. Bendahara berperanan sebagai ketua pentadbiran dan memegang tugas tentera di darat dan di laut Melaka Muhammad Yusoff Hashim .1990.Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 168.. Bendahara merupakan penasihat diraja dan penegak kepada konsep daulat. Gelaran yang diberikan kepada bendahara ialah Seri Wak Raja, Seri Paduka Raja, Seri Maharaja, dan Seri Paduka Tuan. Bendahara yang paling menonjol di Melaka adalah Bendahara Tun Perak. Kebijaksanaan Tun Perak telah menyebabkan Sultan Muzaffar Syah melantik beliau sebagai Bendahara Paduka Raja. Tun Perak telah berkhidmat selama 42 tahun bersama empat orang sultan Mohd Jamil Mukmin, 2004, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), hlmn:65.. Penghulu Bendahari pula dikenali sebagai ketua bendahari. Beliau memegang jawatan kedua di dalam hierarki. Penghulu Bendahari bertanggungjawab menjadi ketua istiadat dan acara rasmi diraja, mengepalai semua Syahbandar yang terdapat di Melaka dan bertanggungjawab mengendalikan hamba-hamba raja serta menjadi hulubalang Muhammad Yusoff .1990.Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .hlmn 173. Beliau juga pintar dalam ilmu perang. Yang ketiga adalah Temenggung. Temenggung pula bertugas dalam hal ehwal awam dan bidang ketenteraan. Kelancaran undang-undang dan kawalan keselamatan di Melaka juga di bawah bidang kuasa Temenggung Ibid, hlman 173.. Akhir sekali, Laksamana. Tugas utama Laksamana ialah dalam bidang ketenteraan dan juga pegawai protokol serta kedutaan Ibid, hlman 176.. Laksamana berkuasa di daratan dan juga di lautan. Laksamana jugalah yang menjaga keselamatan raja apabila berangkat dan mengawal keselamatan Bendahara semasa di darat. b. Pengukuhan Dari Segi Undang-undang Semenjak era pengukuhan, Melaka mempunyai pentadbiran yang tersusun rapi. Melaka mempunyai dua jenis undang-undang dasar yang mewakili pentadbirannya iaitu Hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka. Kedua-dua undang-undang ini dilakukan peringkat demi peringkat dan berlaku perubahan mengikut zaman. Pembentukan undang-undang ini bermula sejak zaman Megat Iskandar Shah kemudian diikuti oleh pemerintahan Muhammad Shah dan Muzaffar Syah. Sulalatus Salatin ada menyatakan bahawa Muhammad Shah pemerintah yang terawal yang mula-mula menyusun peraturan tentang pakaian dan adat tertib diraja. Tetapi pada zaman Muzaffar Shah undang-undang itu ditulis supaya hukuman yang dijatuhkan ke atas menteri-menteri tidak berbeza. Sebelum undang-undang ini ditulis, undang-undang ini hanya dihafal. Melalui undang-undang inilah pemerintah Melaka mengukuhkan kerajaan Melayu Melaka Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, hlman 249-251. . Pada awalnya Hukum Kanun Melaka mempunyai 19 fasal namun telah diubah menjadi 44 fasal yang membincangkan mengenai kuasa dan bidang pemerintahan raja dan pembesar serta pantang larang masyarakat Muhammad Yusoff Hashim, 1992, The Malay Sultanate of Malacca Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlaman. 156.. Isi kandungan undang-undang ini terdiri dari adat lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan penjenayah, aspek pertanian, perhambaan serta kekeluargaan. Hukum Kanun Melaka ini digubal dan diasaskan berasaskan kepada Adat Temenggung yang dipengaruhi oleh hukum-hukum syarak. Adat lembaga memainkan peranan untuk memastikan sistem pentadbiran dan pemerintahan adalah sistematik dan teratur. Dalam Hukum Kanun Melaka ini, terdapat perbezaan hukum kelas iaitu kelas bangsawan(raja), orang merdeka dan hamba. Raja Melaka dibantu oleh Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari dan Bendahara. Seterusnya bagi Undang-undang Laut Melaka pula, undang-undang ini ditumpukan di pelabuhan Melaka dan mulai wujud sejak abad ke 15. Undang-undang Laut Melaka ini telah mula diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Syah iaitu pada tahun 1488 sehingga 1511. Hal-hal yang berkaitan dengan pelabuhan, perahu dan pelayaran. Namun, sebahagian besar bahagian undang-undang ini ditumpukan pada kesalahan jenayah dalam kapal. Sekiranya Hukum Kanun Melaka berlandaskan kepada hukum-hukum syarak, bagi Undang-undang Laut Melaka, ia tidak berlandaskan kepada hukum syarak. Selain itu, undang-undang ini juga telah menyatakan dengan jelas mengenai tugas tentang pegawai-pegawai perahu yang meliputi antaranya nakhoda dan mata-mata. Bagi undang-undang laut ini, ia mempunyai 24 fasal Ibid, hlman 55.. Ketua Angkatan Laut Melaka adalah Laksamana. Undang-undang ini mengandungi 4 bahagian iaitu langkah-langkah keselamatan dalam kapal, orang yang boleh meminta tolong nakhoda, kuasa nakhoda dan peraturan semasa pelayaran Ibid, Hlman 66.. c. Pengukuhan Dari Segi Hubungan Diplomatik Melaka mulai menjalinkan hubungan diplomatik dengan China sejak awal penubuhan Melaka lagi. Cina sememangnya gemar berbaik-baik dengan negara-negara asing atas dasar yang dijalankan mereka untuk menjalinkan hubungan berbaik-baik dengan negara asing, sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa yang besar. Selain itu, Melaka juga turut mendapat manfaatnya apabila menjalinkan hubungan dengan China, di mana Melaka akan mendapat pengiktirafan serta perlindungan daripada China dari gangguan ancaman kuasa asing. Pengiktirafan serta perlindungan yang diberikan oleh China akan berupaya untuk mengukuhkan lagi keadaan negara Melaka. Melaka mendapat perlindungan rasmi daripada China selepas maharaja Dinasti Ming, Cheng Zhu(Yung Lo) mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka pada tahun 1405 Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Hlman 18.. Pemerintah negara China akan memberikan bantuan kepada negeri-negeri lain dan raja-raja negeri yang dianggapnya sahabat untuk menentang musuh. Pemerintah China menganggap bahawa, raja yang bukan raja atau belum diiktirafnya tidak akan diakui sebagai raja, juga negara yang bukan atau belum dirasmikan tidak disebut negara Liang Liji. 1996. Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15.Bangi, Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlman 48.. Kuasa besar yang dimiliki oleh pemerintah China menyebabkannya digelar “Raja Langit” . Bagi mengakui perhubungan yang dijalankan antara dua negara tersebut, maka perutusan serta barangan perhiasan akan diberikan antara satu sama lain. Pemberian ufti ini sebaik-baiknya dipandang sebagai satu perwujudan dari perniagaan rasmi dua hala antara dua kerajaan tersebut Ibid, Hlman 48.. Dalam perniagaan menerusi persembahan ufti ini, pemerintah China selalu menjalankan politik “lebih banyak memberi daripada menerima” Ibid, Hlman 48.. Selain itu, perutusan serta barang perhiasan akan diberikan antara satu sama lain begitu juga dengan barang yang di dagangan seperti akar-akar kayu, wangi-wangian dan binatang hidup yang akan ditukar-tukar. Untuk menjalin hubungan dengan China, pemerintah Melaka telah arif dalam adat persahabatan negara tersebut bagi mengelakkan perselisihan faham serta mengukuhkan pemerintahan dan pentadbiran negeri Melaka Muhd Yusof Ibrahim. 2009. Tun Perak: Pencetus Wawasan Empayar Melaka. Kuala Lumpur. Tinta Publishers, Hlman 156.. Hubungan yang dijalankan oleh Parameswara dengan China akan berupaya membantutkan keinginan Siam untuk menyerang Melaka. Pemerintah Melaka, Parameswara sememangnya menyedari akan ancaman ini daripada Siam terutama beliau pernah membunuh wakil Siam iaitu Temangi yang memerintah Temasik suatu ketika dahulu. Oleh itu, hubungan dengan China telah dijalankan. Namun apabila hubungan ini renggang, Siam mengambil kesempatan untuk menyerang Melaka. Tun Perak menyedari akan hal ini dan mengambil jalan lain bag menamatkan niat Siam untuk menyerang Melaka dengan menasihati Sultan Mansur Syah untuk menghantar utusan perdamaian. Kesannya, hubungan antara Siam dengan Melaka kembali terjalin. Parameswara menghantar ufti ke Siam sebanyak 40 tahil emas setiap tahun sebagai tanda persahabatan Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia sdn.bhd. Hlman 19.. Selain itu, Melaka juga turut menjalinkan hubungan dengan Pasai apabila berlakunya perkahwinan antara Sultan Megat Iskandar Syah dengan Puteri Pasai. Hubungan ini dianggap setaraf dan ini menimbulkan perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong antara kedua-dua kerajaan. Di samping itu, Melaka dengan Pasai juga turut bertukar-tukar pandangan mengenai soal-soal berkaitan dengan hukum agama Islam. Ini menyebabkan hubungan antara dua negeri ini semakin erat. Melaka juga pernah menghantar pembesar dan tentera-tentera ke Pasai bagi membantu Pasai menenteramkan huru-hara di sana. Istilah “salam” digunakan apabila kedua-dua kerajaan berutus surat Ibid, Hlman 19.. Oleh hal yang demikian, Melaka telah menghantar ‘surat salam’ kepada kedua negeri tersebut termasuk Pasai kerana keduanya adalah negeri Islam, manakala negeri yang bukan Islam akan diberikan ‘surat kasih’. Malaysia Kita. 1991. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. Kuala Lumpur. hlm 45. Oleh itu, dasar luar berbaik-baik dengan negara serantau begini telah mengukuhkan negeri Melaka Mohd Jamil Mukmin. 2004. Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara. Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Hlman 63.. d. Peranan Tun Perak. Tun Perak merupakan anak Bendahara Seri Wak Raja. Beliau yang seharusnya menggantikan ayahandanya, Bendahara Seri Wak Raja, tetapi diketepikan selepas berlakunya kejadian rampasan kuasa oleh Sultan Muzaffar Syah daripada Seri Parameswara Dewa Syah pada tahun 1445. Hal ini telah menyebabkan Tun Perak hanya dilantik menjadi penghulu di Kelang manakala Tun Ali dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Apabila Tun Ali dilantik menjadi Bendahara, maka ini telah perpecahan antara golongan Melayu dan India Muslim di Melaka pada masa tersebut. Tun Perak menjadi terkenal dalam kalangan rakyat Melaka apabila berjaya mematahkan serangan Siam pada tahun 1445 dan 1446. Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia sdn.bhd. Hlm:21Hal ini, membuatkan Sultan Muzaffar Syah mulai menyedari kelebihan Tun Perak dan melantik beliau menjadi bendahara bagi menggantikan Tun Ali. Perlantikan Tun Perak sebagai bendahara telah memulihkan semula perpecahan dalam kalangan pembesar-pembesar. ibid. hlm :21 Tun Perak bertanggungjawab untuk memperluaskan lagi kuasa Melaka sehingga menjadi empayar dan pusat penyebaran agama Islam. Beliau telah berbakti kepada empat orang sultan semasa pemerintahan Melaka. Di semenanjung tanah Melayu , Melaka berjaya menawan Pahang , Johor, Kedah, Terengganu, Selangor, dan Kepulauan Riau- Lingga. Tentera Melaka di bawah pimpinan Tun Perak juga berjaya mematahkan serangan Siam. Tun Perak memainkan peranan amat penting dalam proses perkembangan Melaka sehingga akhir abad ke-15. ibid. hlm :21 Langkah pertama wang dilakukan oleh beliau bagi memastikan kestabilan politik Melaka ialah dengan menjalinkan hubungan Melaka dengan China dan Siam. Satu rombongan persahabatan telah dihantar ke Siam atas nasihat Tun Perak. Hubungan Melaka- China juga telah terjalin kembali dengan menghantarkan utusan ke China pada tahun 1458. Tun Perak berupaya menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di rantau ini. Sistem pentadbiran yang cekap , kemudahan yang baik serta undang-undang yang adil telah menarik minat pedagang-pedagang asing berdagang ke Melaka. Melaka turut menjadi pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam melalui usaha Tun Perak. ibid. hlm : 22Setelah beliau menjalankan tugasnya berkhidmat selama 42 tahun, Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498. Tun Perak telah digantikan oleh adiknya, Tun Perpatih Putih. Selepas kematian Tun Perak, Melaka mulai merosot kerana tidak ada seorang pun yang dapat setanding dengan keunggulan beliau. e. Bantuan Orang Laut Sebelum kedatangan Parameswara, melaka telah pun didiami oleh orang Laut, dan orang Asli yang menjadi menyokong beliau untuk raja di situ Tajuddin bin Hussain, Suhaiza binti Ibrahim dan Robiah binti Alias (edt) 2009,Malaysia negara kita, Kuala Lumpur: mdc publishers sdn.bhd hlmn 34. Khidmat orang Laut mula kelihatan sejak bermulanya pembukaan kerajaan Melaka. Hal ini dapat di buktikan dengan sokongan mereka terhadap Parameswara ketika pengikut Parameswara mendirikan kerajaan di situ. Walaupun Parameswara dan pengikutnya merupakan orang asing yang datang ke Melaka. Namun , penduduk tempatan khususnya orang Laut tetap memberikan kerjasama yang baik dan mereka tidak pernah membantah atau menentang. Golongan ini memainkan peranan yang penting dalam usaha mengukuhkan kerajaan Melaka terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan keamanan dan kemakmuran negeri Melaka Ibid. hlmn 35.Hal ini demikian kerana, orang Laut bersikap taat setia kepada sultan dan juga kerajaan serta menyanjung tinggi konsep Daulat dan Derhaka dalam kehidupan mereka. Di samping itu , mereka juga sangat mahir tentang selok-belok negeri Melaka terutama di kawasan perairan selat Melaka. Hal ini menjadikan Peranan Orang Laut amat penting dalam menjamin keselamatan penduduk dan pedagang yang datang ke Melaka Barbara watson Andaya and Leonard Y. Andaya, 2001 A History of malaysia, Kuala Lumpur: Palgrave, hlmn 44. Sesetengah daripada Orang Laut, mereka mahir dalam kerja-kerja membaiki kapal Ibid. hlmn 45. Kemudahan dan perkhidmatan seperti ini sedikit sebanyak telah menarik minat para pedagang supaya datang ke Melaka seterusnya kegiatan ekonomi di situ akan menjadi rancak dan secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi kedudukan Melaka di mata dunia. f. Kesetiaan Rakyat Rakyat di Melaka boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu rakyat yang bebas (merdeka) dan rakyat yang menjadi hamba Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 292. . Kedua-dua golongan ini mempunyai latar belakang dan jenis pekerjaan yang berbeza serta mempunyai bilangan yang ramai. Antara jenis pekerjaan yang dilakukan oleh golongan merdeka seperti nelayan, memungut hasil hutan, pedagang dan sebagainya. Manakala hamba pula terdiri daripada hamba Raja, hamba abdi dan hamba berhutang Harun Daud, Sejarah Melayu, Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, DBP, Kuala Lumpur, 1989, hlm59.. Fungsi utama mereka dari segi moral, fizikal dan tradisi kemasyarakatan ialah menyokong institusi raja dan pembesar dalam seluruh rangka sistem serta organisasi kerajaan Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 292. . Rakyat mesti menuruti dan sedia berkhidmat untuk golongan pemerintah. Bagi menjamin keadaan ini, konsep ‘daulat’ dan ‘derhaka’ telah tegaskan Tajuddin bin Hussain, Suhaiza binti Ibrahim dan Robiah binti Alias (edt) 2009,Malaysia negara kita, Kuala Lumpur: mdc publishers sdn.bhd hlmn 34. Konsep daulat digambarkan sebagai kebahagiaan, kedudukan, keistimewaan dan kewibawaan seseorang raja sehingga raja tersebut tidak boleh dicela atau di tegur Muhammad Yusuff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 174.. 3.0 Faktor Ekonomi a. Pengukuhan Dari Segi Sistem Pertukaran Barangan Sistem pertukaran barangan diamalkan sejak zaman berzaman dalam sejarah peradaban manusia. Kaedah pertukaran sejumlah barangan oleh suatu pihak dengan komoditi tertentu yang dipercayai setara nilainya milik pihak yang lain, turut diamalkan di Melaka. Pedagang Melayu dan asing misalnya melakukan pertukaran barangan dengan penduduk asli seperti Jakun, Semang dan Senoi Burhanuddin Bachik, Melaka Dalam Dunia Maritim, 2004, Hlmn 30.. Hasil keluaran hutan seperti damar, rotan,, cendana, akar kayu dan sebagainya ditukarkan dengan periuk tanah, pinggang mangkuk, garam, tembakau dan lain-lain yang dibawa oleh pedagang tempatan dan luaran. Selain itu, dalam kalangan orang Melayu sendiri, sistem ini turut diamalkan. Pasar merupakan tempat pertemuan dan urus niaga pertukaran barangan dijalankan. Pedagang asing yang berniaga di Melaka turut menjalankan sistem perdagangan ini. Namun demikian, kaedah ini tidak begitu diamalkan lagi berikutan pengenalan sistem mata wang di Melaka Ibid, Hlman 31.. b. Pengukuhan Dari Segi Aktiviti Perdagangan Di Melaka Kegiatan perdagangan bukanlah aktiviti yang baru bagi masyarakat Melaka kerana kegiatan perdagangan diwarisi secara turun temurun sejak dari zaman awal Kerajaan Melayu Langkasuka dan Sriwijaya lagi iaitu pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Muhammd Yusoff Hashim Ph.D Kesultanan Melayu Melaka,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka,1990,halaman 236. Kedudukan selat Melaka yang strategik seperti terletak di persimpangan jalan laut antara China dan India serta keistimewaan geografi dan perairannya yang terlindung daripada angin monsun, kedudukan yang jauh dari paya bakau, serta pintu pelabuhan yang cukup dalam yang memudahkan kapal besar berlabuh merupakan faktor Melaka berkembang sebagai sebuah emporium yang penting pada kurun ke 15. Tumpuan kapal-kapal dagangan dari negara China, Jepun, Arab dan Pari telah menyebabkan aktiviti perdagangan mula berkembangan dan kapal-kapal ini menukarkan barangan sebelum kembali ke destinasi masing-masing. Kapal-kapal dagang tersebut menurunkan banyak jenis barangan di Melaka dan ini memerlukan usaha ,mengenakan cukai, menyimpan dan mengangkut semula. Pada awalnya, kesemua urusan perdagangan dan pelabuhan berjalan dengan lancar. Dengan itu jawatan Syahbandar yang menjadi raja di sekitar pelabuhan diwujudkan. Pelbagai jawatan lain turut diwujudkan untuk menguruskan perdangangan demi kelancaran urusan dan aliran kapal juga barangan Ibid, Hlman 33. . c. Pengukuhan Dari Segi Sistem cukai Sistem cukai yang teratur dan adil memberi faedah besar kepada pedagang asing dan tempatan. Kemudahan lain turu digunakan seperti piawai timbangan. Pegawai penguat kuasa dilantik oleh kerajaan Melaka bagi pemantauan undang-undang pelabuhan dijalankan secara adil dan Saksama bagi mengelakkan penipuan , penindasan serta diskriminasi. Pedagang-pedagang dengan rela hati datang ke Melaka tanpa perlu dipaksa seperti berlaku semasa pemerintahan Srivijaya Ibid, Hlman 34.. d. Pengukuhan Dari Segi Geografi Melaka terletak di kawasan strategik di muara sungai Selat Melaka menjadi tempat pertemuan semula jadi kapal-kapal perdagangan antara Arab-India dan China-Jepun. Seterusnya, Melaka yang dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera menjadi laut Selat Melaka tidak bergelora. Persisiran pantai ditumbuhi pokok bakau api-api mengelak hakisan dan perairan yang dalam sesuai dijadikan pelabuhan Mohd Yusoff Hashim, Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Institusi Kajian Dan Patriotisme Malaysia, Hlman 3.. Melaka terletak berhampiran pusat pengeluaran rempah , bijih timah, emas dan pelbagai hasil hutan di kawasan pendalaman. Semenanjung Tanah Melayu , Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan Melayu yang lain mempunyai pelbagai hasil yang telah lama diperdagangkan. Barang-barang ini amat diperlukan sebagai dagangan Arab, Parsi, India, dan China untuk dijual kepada pedagang-pedagang asing di tempat lain. Pemerintah Melaka menyusun Sistem Syahbandar atau Pegawai Pelabuhan untuk menjaga kebajikan, keselamatan dan pengurusan perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik untuk urusan perdagangan yang berlainan, iaitu setiap seorang mengendalikan saudagar Gujerat, Sumatera Utara, Kepulauan Melayu, China, Indo-China dan Luzon. Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan membaiki kapal, tempat penginapan para pedagang, bekalan makanan dan air bersih serta gudang penyimpanan barang yang selamat. Pengurusan pelabuhan yang sistematik dan jaminan keselamatan menyebabkan saudagar-saudagar asing optimis dengan keuntungan perdagangan yang mereka peroleh dengan membuat pelabuhan di Melaka . Saudagar-saudagar yang kaya dari Arab, Parsi, India dan China telah mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan menjalankan perdagangan pemborong Ibid, Hlman 4.. e. Kekayaan Hasil Bumi Faktor inilah yang menjadi daya penarik kepada masyarakat antarabangsa untuk bertumpu di negeri Melaka melalui aktiviti perdagangan. Hal ini disebabkan masyarakat seantero bertumpu di Melaka kerana menyedari tentang hasil bumi yang terdapat di Melaka sangat tinggi nilainya. Contoh hasil hutan yang paling banyak permintaan ialah cengal, damar, rotan dan sebagainya. Melaka kaya dengan bahan mentah dan hasil hutannya. Hal ini demikian kerana jajahan Melaka yang luas telah memberi bahan mentah yang banyak untuk diperdagangkan, kesemua hasil hutan yang dikumpulkan di Melaka untuk melakukan proses jual beli, barter dan dagangan. Semua hasil dari negeri naungan Melaka ini berada di pelabuhan yang menjadikan Melaka sebuah pelabuhan entrepot yang maju. Keadaan ini menyebabkan ekonomi Melaka berkembang dengan pesat dan membangun. Penglibatan penduduk asli dalam aktiviti perdagangan bukan sahaja merupakan cara mereka untuk mencari nafkah hidup, pada masa yang sama juga merupakan langkah untuk meninggikan kedudukan sosial dan ekonomi mereka berbanding kelompok-kelompok yang lain di daerah itu Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, History of Malaysia second edition, University of Hawaii: Marcmillan Publishers limited, 2001,halaman 56. . Walaupun bilangan mereka adalah sedikit, kecekapan dan kearifan penduduk asli dalam pengumpulan hasil-hasil hutan telah memberi sumbangan yang amat besar dalam perdagangan antarabangsa. Ini menyebabkan raja-raja Melaka begitu berusaha untuk menggabungkan mereka sebagai rakyat Melaka Ibid, halaman 56. 4.0 Pengukuhan Melaka Dari Segi Sosial a. Pengukuhan Dari Segi Pusat Keilmuan Kejayaan besar Melaka sebagai tempat tumpuan bangsa asing untuk menetap di Melaka bukan sahaja bersandar kepada kegemilangan dan kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan Melaka menjadi pusat entrepot yang terkemuka kerana Melaka terletak di persimpangan jalan laut dari India dan China. Pelabuhan Melaka ini terlindung dari angin dan jauh dari paya bakau, sementara pintu pelabuhannya adalah cukup dalam dan membolehkan kapal besar berlabuh. . Umumnya, Melaka dikatakan telah menjadi sebuah pusat penyebaran agama Islam di kawasan Asia Tenggara. Melaka dikenali sebagai pusat penyebaran agama Islam, apabila berlakunya tambahan semangat keislaman yang ditunjukkan oleh Sultan Mansor, Sultan Alauddin dan Sultan Mahmud. Muhammd Yusoff Hashim Ph.D Kesultanan Melayu Melaka,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka,1990,halaman 305. Hal ini disebabkan oleh atas usaha dan minat pemerintah Melaka itu sendiri terhadap agama tersebut. Maka itu, ramai ulama telah datang ke Melaka, antaranya, ialah Maulana Abu Bakar. Para ulama telah dipertanggungjawabkan untuk membincangkan berkenaan dengan ilmu agama. Selain itu, mereka telah diberi penghormatan yang tinggi dan pangkat dalam kalangan masyarakat tempatan tersebut. Oleh hal yang demikian, gambaran jelas dapat dilihat berdasarkan hierarki tampuk pemerintah. Ironinya, agama Islam telah berkembang di negeri Melaka Mohd Jamil Mukmin,2004,Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP),hlman 81.. Tambahan lagi, Sultan Melaka telah menghantar para ulama ini ke negeri jajahan baginda. Perkara ini bertujuan adalah untuk memperluaskan lagi ilmu agama Islam terhadap masyarakat serantau. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah menghantar ulama ke kawasan pengaliran sungai Kampar untuk tujuan penyebaran dakwah Islam secara damai. b. Perkahwinan Antara cara pengukuhan kedudukan Melaka ialah menerusi aspek perkahwinan. Hal ini demikian kerana, pemerintah akan berkahwin dengan wanita yang berasal dari golongan diraja negara asing, manakala, rakyat tempatan itu pula akan berkahwin dengan para pedagang asing yang datang berdagang. Perkara ini secara tidak langsung telah dapat mengukuhkan lagi kedudukan Melaka di peringkat tertinggi. Sebagai analoginya, Sultan Megat Iskandar Syah (Parameswara) telah berkahwin dengan Puteri pasai dan Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Dewa Sura. Oleh hal yang demikian, cara ini secara tidak langsung membuatkan Melaka bebas dari ancaman luar kerana kedudukannya yang stabil dan telah diberi jaminan keselamatan yang optimum di peringkat tempatan mahupun antarabangsa Ibid, Hlman 87.. 3.0 Rumusan Sebelum kedatangan Parameswara, Melaka merupakan sebuah perkampungan kecil yang telah wujud beberapa lama dahulu. Pada peringkat awal, kawasan persekitaran di Melaka berada dalam keadaan yang tidak teratur. Banyak perkara masih dalam kekurangan dan memerlukan tindakan yang wajar untuk mengubahnya Kesultanan Melayu Melaka, hlman139.. Walau bagaimanapun, Parameswara dan para pembesar baginda yang sememangnya mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan dalam hal memerintah dan mentadbir negeri berdasarkan kepada pengalaman baginda yang pernah menjadi raja di Palembang, Singapura dan Muar telah berjaya mengembangkan politik, ekonomi, dan sosial di Melaka sehingga menjadi sebuah kerajaan yang kukuh. Usaha gigih Parameswara dan pengikutnya adalah bersandarkan kepada pengalaman serta kemahuan yang tinggi. Parameswara bukan sahaja telah mengasaskan kerajaan Melaka, malah telah berusaha bersungguh-sungguh membangunkannya menjadi sebuah negeri yang kemudiannya berkembang menjadi empayar yang kukuh. Usaha-usaha pengukuhan ini seterusnya dilakukan oleh pemerintah Melaka yang kedua yang merupakan anak kepada Parameswara, iaitu Megat Iskandar Syah. Selepas kemangkatan Parameswara, Megat Iskandar Syah telah memerintah dari tahun 1414-1422. Semasa baginda menjadi Sultan Melaka, penduduk Melaka seramai enam ribu orang penduduk. Baginda juga telah menghantar duta ke Jawa untuk memberitahu bahawa ayahandanya telah mangkat. Tujuan pemberitahuan berita tersebut kepada raja Jawa iaitu Batara Tumarill ialah untuk memulihkan hubungan yang telah lama bermusuhan dan mahu mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Batara Tumarill sebagai langkah untuk terus mengukuhkan kedudukan kerajaan Melaka. Pengukuhan ini diteruskan oleh pemerintah Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah. Semasa pemerintahan baginda, Melaka telah menjadi sebuah negeri yang mempunyai jajahan yang meliputi hampir keseluruhan kawasan di Kepulauan Melayu. Walau bagaimanapun, kedudukan Melaka sebagai sebuah emporium antarabangsa yang menjadi tumpuan kapal-kapal luar tidak dapat dikekalkan. Hal ini demikian kerana, pada tahun 1511, bermulalah sejarah dalam dunia penjajahan baru oleh kuasa Barat apabila pentadbiran Melaka telah diambil alih oleh kuasa Portugis.