Tahukah anda apakah apakah ajaran agama yang terbesar di dunia pada hari ini? Jawapannya bukanlah agama Islam, tetapi agama Kristian.
Apakah kepentingan untuk kita mengenali agama Kristian? Adakah ia memberikan sebarang manfaat kepada kita untuk mengetahui mengenai agama ini?
Kepentingan mengetahui agama Kristian
Terdapat beberapa sebab mengapa kita perlu mengetahui sedikit sebanyak berkenaan agama Kristian. Pertama, majoriti penduduk dunia kini adalah penganut agama Kristian. Terdapat sekitar 2.3 bilion penganut Kristian yang berada di seluruh dunia yang mewakili kira-kira 31.2% daripada keseluruhan penduduk di bumi.
Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding hanya 24.15% penganut agama Islam, 15.1% penganut agama Hindu dan juga 6.9% penganut agama Buddha.
Kedua, sebagai fakta, agama Islam telah diiktiraf sebagai agama yang paling cepat berkembang di dunia. Dianggarkan perkembangan ini akan mengatasi jumlah penganut kristian dalam tempoh masa 40 tahun akan datang.
Pengetahuan kita mengenai agama Kristian akan membantu mempercepatkan pengembangan agama Islam melalui dakwah dan pemelukan agama Islam oleh penganut Kritisan.
Ketiga, walaupun agama Kristian dianggap sebagai agama terbesar di dunia, didapati penganut Kristian juga lebih mudah meninggalkan agama mereka berbanding penganut agama lain.
Yang terakhir, orang-orang Kristian ini lebih mudah didekati disebabkan oleh beberapa kepercayaan yang dimiliki mereka turut mempunyai persamaan dan penerangannya dalam ajaran Islam. Ini termasuklah berkenaan Nabi Isa dan ajaran-ajaran yang terdapat dalam Bible.
Perbezaan antara ajaran Nabi Isa dan Paul
Selain daripada Nabi Isa, kita juga perlu mengetahui satu figura terkenal dalam ajaran Kristian iaitu Paul the Apostle. Paul dianggap sebagai individu terpenting dalam agama Kristian selepas Nabi Isa.
Beliau adalah salah seorang pengikut rapat kepada Nabi Isa dan juga merupakan penulis buku Bible paling banyak iaitu sebanyak 13 buah buku. Paul juga merupakan antara individu awal yang menggerakkan penubuhan puluhan gereja dalam agama Kristian.
Namun, terdapat perbezaan dalam ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa dan juga ajaran yang dibawa oleh Paul. Nabi Isa telah berdakwah kepada Bani Israel untuk melaksanakan segala hukum dalam kitab Taurat. Nabi Isa juga mengajak mereka untuk menyembah Tuhan yang Esa dan Nabi Isa tidak pernah mengajak manusia kearah kepercayaan Trinity.
Dalam Bible sendiri, perkataan Trinity itu sendiri tidak wujud sama sekali. Kita juga mengetahui bahawa status Nabi Isa sendiri hanyalah sebagai seorang rasul dan bukannya untuk disembah. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa sangat berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Paul yang banyak diamalkan oleh masyarakat Kristian sekarang.
Paul pula berdakwah kepada semua manusia dan tidak terhad kepada Bani Israel sahaja, tidak seperti Nabi Isa. Paul juga mewujudkan kepercayaan Original Sin (Dosa Asli) yang berasal dari Nabi Adam disebabkan memakan buah yang terlarang.
Mereka menganggap, semua anak Adam iaitu manusia dilahirkan dalam keadaan yang berdosa. Dosa Asli ini pula tidak boleh dihapuskan melalui cara bertaubat. Disinilah mula timbul peranan Nabi Isa sebagai penyelamat yang boleh menebus atau menghapuskan Dosa Asli manusia.
Menurut ajaran Paul lagi, Tuhan telah menghantar anaknya yang menjelma dalam bentuk manusia iaitu Nabi Isa. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan manusia dengan cara menghapuskan Dosa Asli tersebut.
Menurut kepercayaan yang dibawa oleh Paul lagi, tujuan Nabi Isa dijelmakan di dunia ini adalah untuk disalib kerana penyaliban inilah cara yang digunakan untuk menghapuskan Dosa Asli tersebut. Mereka juga percaya, Nabi Isa juga dibangkitkan dan diangkat ke langit kembali oleh Tuhan untuk tinggal bersamanya.
Menurut Paul, Nabi Isa adalah Tuhan yang dijelmakan dalam bentuk rupa manusia. Oleh sebab itu, mereka perlu menyembah Tuhan Isa. Daripada ajaran Paul inilah, konsep Trinity mula muncul.
Mengikut ajaran Paul, kesemua entiti dalam konsep Trinity adalah entiti yang berbeza, tetapi mereka bukanlah tiga tuhan yang berbeza. Mereka percaya bahawa kesemua entiti tersebut adalah Tuhan yang sama.
Perbezaan antara ajaran Bible dan ajaran yang dibawa oleh gereja
Dibawah ini dinyatakan beberapa contoh perbezaan antara ajaran yang dinyatakan dalam Bible, dan juga ajaran yang diajarkan oleh pihak gereja Kristian kepada penganutnya yang dipegang sehingga hari ini.
Hukum memakan daging babi
Bible mengharamkan penganut Kristian untuk memakan daging babi, tetapi ajaran gereja menghalalkannya. Dalam Buku Leviticus, Bab 11, ayat 7-8, ia bermaksud:
“Jangan memakan babi. Ia tidak bersih; Ia juga mempunyai kuku kaki yang terbelah. Ia juga memakan muntahnya. Jangan memakan haiwan ini atau menyentuh bangkainya; ia tidak bersih.”
Hukum berkhatan untuk orang lelaki
Bible mewajibkan orang lelaki untuk berkhatan, tetapi ajaran gereja pula adalah sebaliknya. Dalam Buku Genesis, Bab 17, ayat 12-14 yang bermaksud:
“Bermula sekarang kamu mestilah mengkhatankan setiap bayi lelaki apabila umurnya sudah lapan hari, termasuklah hamba-hamba yang lahir di dalam rumah kamu dan hamba-hamba yang dibeli daripada orang lain, ini akan menunjukkan bahawa terdapatnya perjanjian antara kamu dan aku. Setiap daripada kamu mestilah dikhatankan, dan ini merupakan tanda fizikal untuk menunjukkan perjanjian aku dengan kamu adalah kekal. Mana-mana lelaki yang tidak dikhatankan tidak lagi dianggap sebagai salah seorang daripada kaumku, kerana dia tidak menjaga perjanjian dengan aku.”
Hukum meminum arak
Bible mengharamkan pengambilan arak oleh penganutnya, tetapi gereja pula tidak mengharamkannya. Dalam Kitab Judges, Bab 13, ayat 4 dan juga 14 menyatakan bahawa:
“Jagalah diri kamu daripada meminum sebarang arak atau bir, atau memakan sebarang makanan yang dilarang.”
“Dia dilarang untuk makan sebarang hasil daripada pokok anggur; Dia juga mestilah tidak meminum sebarang arak dan bir, atau memakan sebarang makanan yang dilarang. Dia mestilah melakukan kesemua perkara yang telah Aku arahkan kepadanya.”
Jesus bukanlah Tuhan, tetapi hanya rasul
Bible menyatakan bahawa Jesus adalah seorang rasul, tetapi gereja menyatakan Jesus adalah Tuhan yang perlu disembah. Dalam Kitab John, Bab 7, ayat 40-41 berbunyi seperti berikut:
“Beberapa orang dalam khalayak ramai mendengar dia mengatakan ini lalu berkata, “Lelaki ini sememangnya seorang nabi!”. Yang lain pula berkata, “Dia adalah utusan!”
Penerangan ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada kita mengenai latar belakang ajaran Kristian. Namun, terdapat juga beberapa isu dan percanggahan lain antara apa yang terkandung dalam Bible dan juga ajaran gereja. Hal ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam artikel seterusnya dengan penulisan yang lebih mendalam.
Rujukan:
Dr. Zaifuddin Md Rasip