Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung.
Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya.
Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.
Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.
Gadis yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.
SYABAB: watak utama,merupakan seorang anak yatim yang hidup dalam kesusahan.Abang dan kakaknya hanyut denagn melakukan kerja sia-sia.mempunyai potensi besar untuk berjaya kerana pandai dalm menguruskan lembu,BAQAR kesayangannya.Pandai berenang,cekap memanjat pokok kelapa,bijak mengendalikan lembunya,seorang yang kuat dan pandai berdikari mencari rezeki di usia muda,7 tahun.akhirnya menjadi seorang yang berjaya dan kuat agama.
NUR MUMTAZAH:Seorang wanita yang bijak,kuat pegangan agamanya,sentiasa mengasihani Syabab,pandai berdakwah,lemah lembut dan mempunyai 4 orang anak,2 putera,2 puteri.
USTAZ MURSYID:Suami kepada Nur Mumtazah,graduan lepasan universiti di Jordan,pensyarah di sebuah universiti,mempunyai semangat juang dalam berdakwah,menyayangi isterinya dan anaknya,berjaya membangunkan sebuah kampung dengan pendekatan usrah,ceramah,tazkirah dan menjadi imam di surau.
NUR NAJIHAH:Adik perempuan Nur mumtazah,sama seperti kakaknya,bijak, kuat agama,namun sikapnya terhadap Syabab dingin,benci kerana melihat membesar bersama Syabab yang dahulunya pengotor,jijik,tidak bijak.Namun hatinya terpaut selepas melihat perubahan pada diri Syabab dan ingin bersuamikan Syabab.Belajar di Syria.
IMTIYAZ:Adik lelaki nur mumtazah,rapat dengan nur najihah kerana sering diawasi pergerakannya sewaktu kecil hingga dewasa.Turut menyambung pelajaran di Syria.Sering mengagumi Syabab yang berani dan kuat,kadangkala ingin mengikut tingkah laku Syabab namun dilarang oleh nur najihah.Akhirnya bergerak bersama Syabab untuk memajukan penduduk kampungnya dengan pendekatan agama,usrah,tazkirah,nasyid,bersukan dan sebagainya.
HUNAIDAH:Cucu kepada Syeikh Sobir Hakim Habanakah.Berkahwin dengan Imtiyaz.
MAJID:ketua buli dikampung yang sering membuli Syabab ketika kecil.terjebak dalam aktiviti tidak bermoral seperti menghidu gam,menghisap dadah dan merempit.Sentiasa cemburu dengan kejayaan Syabab dan akhirnya meninggal dunia ketika merempit dan melanggar kereta Ustaz Mursyid.
BEDEK,TOJOL,GAMAT,SELANG:Geng-geng Majid yang turut membuli Syabab.Kemudian ditawarkan bekerja di ladang kelapa sawit milik syabab tetapi akibat malas,mereka dipecat dan terus terjebak kembali kepada kegiatan lama mereka.
PAK SU ,MAK SU:Ibu Bapa Nur Mumtazah.PakSu berusaha memajukan ladang dan ternakan Syabab ketika Syaba tiada.Mak Su kurang gemar dengan Syabab kerana sejarah lama Syabab.namun mulai menuykai Syabab setelah dia berubah selepas pulang dari menuntut ilmu di Damsyik,Syiria.
MURSYID LIM,MICHAEL LIM:Kenalan Syabab semasa pertama kali berpindah di Kota.Akibat terlanggar kereta sports coupe milik michael lim,persahabatn mereka bermula disitu.Minat akan animasi dan berjaya melanjutkan pelajaran di australi.Kagum dengan sikap Syabab yang dianggap mulia lalu memeluk islam selepas mendengar laungan azan di Youtube ketika mencari idea untuk mengarang animasi.
IMAM LATIFF:Imam yang tertua di kampung Syabab.Bersikap dengki dan menuduh ustza mursyid membawa ajaran yang salah kepada penduduk kampungnya.namun berbaik semula setelah tahu kebenarannya.
ZARIF:kenalan syabab di Syria yang sentiasa bercerita mengenai perkembangan terbarunya di sana.Mengemukakan hasrat Syeikh Sobri untuk bermenantukan Syabab kepada cucunya Hunaidah.
SYEIKH SOBRI HAKIM HABANAKAH: Guru yang mengajarnya al-Quran.Sangat tegas dan memiliki lautan ilmu yang luas,bijaksana,namun penyayang terhdapa syabab.memiliki cucu,hunaidah yang ingin dijadikan sebagai suami hunaidah.
SYEIKH MUNAADIYUL HAQ HABANAKAH:Ustaz yang telah ditangkap kerana dituduh melakukan kesalahan menyampiakn ilmu yang salah oleh pihak polis sewktu memberi tazkirah di jami'.Syabab memberanikan diri membantu Syeikh daripada ditangkap oleh pihak polis namun dihalang Syeikh.Turut merupakan guru yang pertama yang Syabab hadiri ketika pertama kali di menjejakkan kaki ke Syria.
Salah satu hasil karya penulisan Fatimah Syarha yang sentiasa dikagumi cara penulisan dan penyampaiannya.Beberapa perkara yang betul2 menyentuh hati dan merupakan ilmu baru saya ketika membaca syaba Musafir kasih:
"Pemuda itu bukannya orang yang berkata,ayahku hebat,dia buat begini,begini.Sebaliknya pemuda itu ialah orang yang berkata,aku hebat dan aku telah buat begini-begini"(m/s 195)
"Maka dengan sebab rahmat(yang melimpah-ruah) daripada allah(kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka(sahabat-sahabat dan pengikutmu),dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,tentulah mereka lari dari kelilingmu"(Ali Imran:1)(pg 200)
Ikhtilaf(perselisihan) tidak sama dengan iftiraq(perpecahan).Tidak semua perselisihan membawa perpecahan.perselisihan ada yang boleh dan ada yang tidak dibolehkan.Namun perpecahan adalah dilaranag walaupun ia suatu ketetapan Ilahi.(pg 271)
Kesalahan suatu ;umrah bagi manusia termasuk para imam ketika memahami hukum-hukum Islam.hal ini disebabkan kerana manusia itu bersifat lemah sebagaimana firman Allah,"Dan manusia itu diciptakan bersifat lemah"(surah an-nisa':28)
Orang yang bertaqwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka.tetapi (berkewajipan)mengingatkan agar mereka (juga) bertwaqwa.(Surah al-an'am:69)
Dajjal sedang dirantai di kepulauan di laut syria iaitu Laut tengah atau Laut yaman."(pg 315)
Jangan lupa juga baca dan hafaz sepuluh awal dan akhir surah al-Kahfi.Ada dalam hadis riwayat Muslim(pg 317)
"Kasihanilah orang yang engkau kasihi sekadarnya,mungkin dia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti.Bencilah orang yang engkau musuhi sekadarnya,mungkin dia akan menjadi kesayanganmu pula suatu hari nanti"Hadis rasulullag s.a.w. riwayat al-tirmizi (pg 344)
Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha Mohd.Noordin.
- Buku ini mengisahkan kehidupan seorang anak kecil yang bernama Syabab. Seorang yatim, hidup penuh kesukaran, di singkir oleh masyarakat tapi disayangi oleh seorang jiran yang berhati murni.
- Nur Mumtazah, jiran yang selalu ambil berat pasal Syabab dan dia sendiri pun anggap Syabab sebagai adik sendiri. Waktu ni, Syabab umur 7 tahun dan Mumtazah atau nama panggilan dia Kak Zah ni berumur 20 tahun.
- Syabab ni sangat berdikari masa kecil sebab ibu dia terpaksa bekerja cari duit, tapi abang-abang dengan kakak dia sikit pun tak tolong ibu mereka. Sebab tu, Syabab ni jadi anak kampung yang pandai buat segala benda.
- Kak Zah selalu main peranan nak tolong didik Syabab dari kecil sampai la dia remaja. Syabab pernah nakal, tapi lepas tu dia ada kandang lembu sendiri dalam usia yang begitu muda, umur 13 tahun.
- Masa tu, Kak Zah dengan suami baru balik dari Jordan dan dia nampak potensi dalam diri Syabab yang dia boleh pergi lagi jauh. So that, Kak Zah pujuk Syabab untuk sambung pelajaran ke peringkat lagi tinggi.
- UPSR, PMR dengan SPM Syabab lulus cukup-cukup makan je. Then dia sambung jaga lembu. Tapi lepas tu dia bertekad nak sambung mengaji dekat Syria dan akhirnya, dia balik menjadi pemuda yang sarat dengan ilmu agama.
- Bagi aku, buku ni nak tonjolkan betapa pentingnya untuk gerakkan dakwah bagi golongan pemuda pemudi zaman sekarang. Sebab, melalui pemuda dengan pemudi laa agama Islam tu akan tumbuh mekar dan hebat di persada dunia. Banyak jugak disentuh pasal keruntuhan akhlak dan moral golongan pemuda pemudi zaman sekarang.
- Oh ya, buku ni sarat dengan informasi, ilmu agama, nas-nas dan bagi aku sangat lah bermanfaat. Di permulaan cerita, agak ringan sebab kisah pasal hidup Syabab tapi dekat belakang-belakang agak berat sebab sentuh pasal ilmu agama dan nasihat. But, dont worry, it is quite nice.
- Sila la baca buku ni wahai pemuda pemudi Islam. Tanamkan dalam diri untuk sama-sama ubah masyarakat kita yang semakin tenat. Betul, diri kita sendiri pun tenat, tapi dalam kita berusaha untuk ajak orang ramai buat baik, sebelum tu kita dah perlahan-lahan ubah diri kita untuk jadi baik. Tak salah mencuba sebab Allah tengok usaha.
- This book is so worth to read for. Happy reading !
Buku ini adalah antara novel islamik terbaik yang pernah saya baca.berkisar berkenaan perjuangan seorang pemuda yang melawan dengan nafsunya beserta kehidupan yang penuh dengan kehinaan dan dipandang rendah oleh masyarakat. sesungguhnya itu bukan pengakhiran. pemuda itu bangkit menangkis segala onak cabaran dengan bantuan seseorang yang amat istimewa di hatinya. mengajar kita erti kasih sayang dan silaturrahim dalam islam, aspek percintaan yang dihuraikan dengan baik oleh sang penulis memberikan impak yang sangat besar kepada pembaca
Novel ini merupakan sebuah lagi karya mantap dari kak Fatimah. Fikrah jelas memberi tempias pada gaya penulisannya yang hebat dan mudah untuk difahami. Ia berkisar tentang syabab yang melalui pelbagai liku hidup, pernah hanyut, namun bangkit semula sebagai syabab harapan Islam yang sangat dikagumi. Sehingga Jiha yang suatu ketika dulu membencinya turut jatuh hati pada pemuda ini. B'iznillah, didikan Kak Zah, jiran yang sentiasa mengambil berat tentang mereka sedikit sebanyak memberi kesan pada pembinaan peribadi syabab. Kala hatinya disentuh fitrah cinta, siapa pilihannya? :)
Buku ini mengkritik sikap masyarakat yg lebihkan menghukum drpd mendidik. Fokus pada kepentingan mendidik anak-anak kecil secara berhikmah. Juga fokus pada isu remaja seperti bercinta, merempit dan black metal.
Buku ini paling menekankan tentang kepentingan pendidikan buat seseorg wpon org trsebut merupakan org yg berjaya/kaya/etc.
Paling suka, bila kakak yang disayangi sedari kecil ni akhirnya dikahwini syabab walaupun jarak perbezaan umur yang ketara, status pendidikan yang jauh berbeza serta keturunan menyebabkan semuanya tidak menjadi penghalang & kayu ukuran jika berlandaskan ketetapan iman juga ketakwaan menerima jodoh pertemuan yang ditentukan Allah.
Nilai2 kemanusian, keagamaan yg ada memang meresap dlm diri utk dijadikan contoh. Best, super diooper best..
P/S : Siapa yang anda akan pilih, lelaki/wanita berkerja, pangkat tinggi, status pendidikan, harta benda atau ketinggian budi, ilmu agama yang mantop & seorang yg warak untuk dijadikan suami + kerja sebagai pengembala kambing/lembu? Tepuk dada tanya selera..
Quote:Dengarlah isteriku, abang tak mungkin duakan isteri semulia Zah. Rasulullah tak pernah duakan Khadijah ketika hayatnya.Ali tak pernah duakan Fatimah ketika hayatnya.Isteri pertama istimewa.Tak mungkin diduakan." Syabab bersuara yakin .
Jalan cerita agak terkejar-kejar. Zaman kanak-kanak Syabab juga agak terlalu tragis, tapi kronologinya tetap menampakkan impak hikmah apabila Syabab memilih untuk bersabar.
Syabab seorang lelaki yang amat polos. Biarpun dia sudah meningkat dewasa sekalipun, jiwa polosnya masih tak padam. Dia pandai menyesuaikan diri dengan sekeliling. Apa yang ada di sekelilingnya, dia pelajari satu persatu, tetapi dia sukar menentukan sama ada cara dia betul atau salah. Oleh sebab itu lahirnya watak Nur Mumtazah sebagai "kakak angkat" yang merangkap kepada pembimbing Syabab ke arah kebaikan.
Apa yang menarik tentang novel ini: banyak menjelaskan isu mazhab. Novel ini terbit pada tahun 2008, jadi isu mazhab masih berleluasa dalam kalangan masyarakat kita lagi hingga sekarang. Penjelasan penulis amat tersusun. Saya yang lupa akan ilmu mazhab, terus automatik dapat belajar semula satu persatu melalui novel ini.
Ada satu mesej yang penulis ingin sampaikan secara tersirat: Walaupun hidup kita bersendirian, tetapi kita tetap perlukan seseorang untuk membimbing ke arah kebaikan.
MasyaAllah.. ini adalah salah satu novel yang pernah saya baca.. sebelum ini saya telah membaca novel cinta high class. dan dari novel itu saya telah menjumpai novel ini.. alhamdulillah dengan isi. nasihat dan motivasi serta olahan kata bicara dan peyusunan ayat yang mantap segala nasihat dan mesej dapat disampaikan melalui sebuah kisah yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Syabab.watak adalah seorang yang begitu tabah dalam mengharungi segala ujian yang telah Allah turunkan kepada beliau. melalui ketabahan dan kesungguhan nya juga dapat mendorong para pembaca supaya bijak mengawal emosi. alahamdulillah dalam novel ini juga turut mendedahkan pergaulan dan cara menjalinkan kasih sayang serta silaturahim dalam islam. terdapat banyak intipati positif dan wajarlah diambil sebagai pedoman hidup.. insya Allah.. wasalam ^^
Karya Fatimah Syarha Mohd Noordin menyorot kehidupan anak muda, Syabab yang bergelut dengan penderitaan dan kemiskinan, tetapi berupaya lahir sebagai pendakwah hebat berbekalkan ketabahan serta bimbingan insan berjiwa mulia. Novel yang sarat dengan persoalan keagamaan dan hubungan kemanusiaan itu, menampilkan pesan serta nasihat kepada generasi muda, khususnya mengenai pancaroba hidup, gejala sosial dan persoalan hati.
𝓑𝓵𝓾𝓻𝓫; Syabab dibesarkan dengan persekitaran yang agak kekurangan - malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung.
Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya.
𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾; Actually, ni ada buku yang saya 𝕣𝕖𝕣𝕖𝕒𝕕. Dulu dah pernah baca dah tapi dah tak ingat apa yang ada dalam ni. Buku ini adalah novel 𝖙𝖆𝖗𝖇𝖎𝖆𝖍 𝖗𝖊𝖒𝖆𝖏𝖆 yang harus dimiliki oleh anak anak muda - 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐫𝐞𝐜𝐨𝐦𝐦𝐞𝐧𝐝. Penulisan yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan sangat santai. Disebabkan buku ini menarik, saya berjaya menghabiskan bacaan dalam masa sehari, alhamdulillah. Mostly buku saya yang lain agak ambik masa ya nak bagi habis 😆
Terkesan dengan kisah hidup Syabab. Hidup dia serba kekurangan. Dari seseorang yang dihina kepada seseorang yang hebat, disegani. Sampai kat mana mana pun orang suka dia - 𝙄𝙩'𝙨 𝙖 𝙬𝙤𝙣𝙙𝙚𝙧𝙛𝙪𝙡 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮. Banyak benda yang kita boleh belajar dan jadikan pengajaran. Kisah hidup Syabab tak mudah. Masalah family, rakan sebaya, juga pandangan orang sekeliling menjadikan Syabab seorang pemuda yang lasak, yang suka menimbulkan masalah tetapi tahu untuk berdikari. Seronok ya baca kisah parit, kisah hutan belukar, batu tempat melepak, pokok buah buahan ( 𝚛𝚎𝚊𝚍 𝚊𝚜 ; 𝚙𝚊𝚗𝚓𝚊𝚝 𝚙𝚘𝚔𝚘𝚔), dan lain lain tu, 𝚆𝚊𝚑! 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚊𝚝 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚐𝚊𝚖𝚒𝚝 𝚔𝚎𝚗𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚢𝚊 😍❤️
Oh ya dalam buku ni sangat banyak ya sajak ke puisi ke? yang ditulis, yang sangat menarik lenggok bahasanya. Best je mata nak baca part part ni 🦋 Sumpah saya suka 😍❤️
Pengajaran yang boleh diambil dari novel tarbiah ni adalah ; 🦋 Kita dilarang sama sekali untuk menilai /mencemuh hidup seseorang, mana tahu suatu hari dia akan lebih berjaya dari kita 🦋 Kita tidak boleh berputus asa, kita mesti cari jalan untuk penuhkan diri kita dengan ilmu pengetahuan 🦋 Pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting. Pilih yang negatif, takut nanti kita akan terjebak sama melakukan perkara yang negatif. 🦋Jika kita sentiasa berkelakuan dan berfikiran baik, Allah akan sentiasa hadirkan insan insan yang baik untuk mendekati kita.
Novel ini antara novel kesukaan saya. Kali pertama membacanya membuatkan saya jatuh cinta dengan hasil karya Ustazah Fatimah Syarha. Dan pada tahun 2020, dengan izin Allah SWT saya dapat memilikinya dan membacanya sekali lagi. Sebelum ini saya hanya membacanya di perpustakaan sekolah. Sebuah kisah yang membuka mata kita agar mengambil berat kepada kanak-kanak yang terbiar terutama anak-anak yatim yang kehilangan ayah (ataupun ibu). Mereka perlukan kasih sayang dan tunjuk ajar yang benar. Syabab, kisahnya bukan satu kisah kosong tetapi ianya membawa satu semangat kepada pemuda agar terus bangkit dan berjuang. Jangan mengalah. Jangan berserah. Tetapi teruskan melangkah. Itulah yang perlu ada dalam diri para pemuda. Ada ilmu. Ada amalnya. Jirannya iaitu Nur Mumtazah, antara watak penting yang mendidik Syabab tanpa menghiraukan kata-kata orang lain. Baginya Syabab ada potensi yang tidak dicungkil keluar. Itulah antara pengajaran untuk menjadi jiran yang baik. Dan kesudahannya 'happy ending' walau penuh dengan air mata. Hendak tulis banyak lagi tapi cukuplah sekadar ringkasan ini. Masih banyak review menarik di bawah dan di atas ini. Dan tak rugi baca novel ni. Serius! 😊
Tahniah kerana menghasilkan novel Islamik yang banyak menyentuh soal pemuda, isu perbezaan pendapat, isu suka menghukum, dan banyak lagi. Yang membuatkan saya lebih menyukai novel ini kerana ia banyak membawa suasana dan keadaan kampung.
Bagi saya ini karya yang amat menarik, diceritakan secara berhemah, dikisahkan hikayat seorang pemuda yatim berjiwa besar yang meruntun naluri, banyak pula pengisian berkualiti dan kalau tak baca entah bila saya dapat nikmati. Kalau kira rating ia mungkin 4 star lebih tetapi memandangkan kesannya bagi saya agak mendalam, mencungkil hasrat untuk membaca lagi mengenai kisah kebangkitan tentera Allah di akhir zaman, keberkatan bumi Syam dan menyemarakkan niat untuk menjejakkan kaki ke bumi Isra' itu, saya pilih untuk tolak penghargaan ke atas dengan harapan lebih ramai remaja malah saudara matang akan membacanya. Bacalah saudaraku.
Penderitaan seorang anak kecil yang dahagakan kasih sayang. Yang hanya mendambakan ia pada insan yang bukan darah dagingnya tetapi menyayanginya melebihi segalanya. Kerana utamanya tertaut atas dasar belas kasihan dan harapan yang tinggi dalam pembinaan jiwa anak yang kerdil itu.
Apakah yang bakal terjadi apabila kanak kecil itu membesar? Adakah ia sama dengan harapan yang diharapkan padanya. Apakah nasib dirinya kelak?
Nak tahu? Kena lah baca. Tak boleh review banyak nanti tak best laah.
Kisah Syabab yang menginspirasikan. Kisah budak comot, terbiar lasak dan selalu diperlekehkan ini akhirnya bngkit menjadi seorang yang dihormati dan menjadi ikon pemuda di kampungnya. Hidup Syabab yang x selalunya indah...ada saja ujian menimpa namun hasil dorongan kak Mumtazah dia kembali bangkit dari segala ketakutannya. Pling best dan tak disangka Syabab memilih Kak mumtazah jadi isteri dia. Banyak ilmu dapat diperoleh dari buku ni:)
Buku yang dibaca pada zaman remaja. Genre Romantik Islami. Suka dengan plot, watak, terutama konflik (love triangle). Jalan cerita tidak bosan, sedap membcanya. Walaupun novel cinta, ia ada terselit mesej yang berat seperti jihad, poligami, kemiskinan dll. Novel ini juga membawa kita susasan kehidupan di Syria, pengajian Fatimah Syarha dahulu.
Ada kawan tu pinjam, sampai sekarang tak pulang³. Saya anggap ia sudah hilang. 😂
Membaca buku ini saya melihat daripada sudut kegigihan dan situasi semasa. Dalam meladeni kebobrokkan masyarakat, cara pendekatan begitu berhasil untuk diaplikasikan. Pendekatan pula berkait dengan kreativiti untuk mengajak seseorang itu kembali kepada fitrahnya.
Sesekali terusik juga dengan adegan kehidupan yang nyata memaparkan realism dalam kehidupan itu sendiri. Ustazah Fatimah berjaya membawa saya untuk menyelami kehidupan Syabab yang tidak mengenal erti putus asa. Ujian demi ujian yang menimpa membuahkan kemanisan dan itulah kehidupan.
Dari sisi lain, saya juga dapat melihat fenomena masyarakat hari ini yang gemar melabel dan merendahkan seseorang kerana kekhilafan. Prasangka buruk tidak memberikan manfaat sebaliknya hanya menanamkan kebencian. Dan tiba masa, kita akan diperlihatkan dengan kebaikan dan kebenaran. Selama tempoh itulah, manusia sebenarnya berfikir.
Suka saya mencuplik kata-kata daripada novel ini yang memberikan maksud yang begitu mendalam :
Ayyuha al-syabab taujah ilal amam , Nujahidu fi sabilirrahman (Wahai pemuda, langkahlah ke depan, kita berjuang di jalan al-Rahman)
This book is AMAZING. I was crying the whole time especially the first few chapters. Masya Allah! It's an awesome book, awesome story. Can't believe I've been putting off reading this book all these time -,- This book is REALLY a good book to awaken any sleepy or dying soul out there. To remind you that there are a lot of people in need out there. Poor people. Poor money or poor love... Don't take for granted what you have now.
Personally, this book let me realize that I must do and give with all I have to be able to GIVE to all the people in need, in the future. By having a good job, money, reputation. insya Allah.
and to remind us all again that in marriage, it is so much more than just a unity of two loves or just a mean to satisfy our physical needs. But marriage is a strive to get closer to Allah, to increase our imaan, to build a Baitul Muslim that contribute to family & ummah.
Life is so much more!
Fatimah Syarha is truly gifted and she is officially my new favourite author. Definitely going to look for all the other books of hers.
Buku ini tidaklah setebal Tautan kasih, namun saya mengambil masa untuk menghadamnya buat kali yang kedua. Bacalah buku ini jika ingin merasai hidupnya suasana kampung atau menyelusuri kehidupan kanak-kanak kecil yang tidak cenggeng, jauh beza dari kematangan usia. Siapa tahu penghujung kehidupan seseorang yang jahil, tanpa ilmu mampu menjadi manusia yang memanusiakan.
Buku yang bagus untuk dibaca, saya kira masih relevan dengan kehidupan norma masyarakat pada hari ini. Sesungguhnya, keruntuhan institusi kekeluargaan bukanlah penghalang bagi sebuah kejayaan bahkan mungkin menjadi suatu motivasi untuk meneruskan kehidupan.
Novel ini mengangkat tema survival, cara untuk "survive" dari kelaparan, kedunguan, kekeliruan, dalam mencari identiti diri. Adakah kita mampu berfikir seperti syabab, yang melawan dahaga dengan memanjat pohon kelapa, malah mengaut udang sebagai makanan penghalang kelaparan.
Survival dari masyarakat yang bersikap individualistik.
Bacaan yang bagus utk memotivasikan diri untuk berubah menjadi pemuda pemudi harapan Islam. Setiap insan dilahirkan dengan potensi dan watak Syabab jelas menunjukkan, dengan didikan dan bimbingan yg baik, segalanya mungkin. Watak Najihah pula tipikal mereka yang mencari ilmu tetapi kurang dari segi amalan. Penulis juga memasukkan dalil dari al quran dan hadis untuk menyokong isi-isi yg disampaikan. Masih ada ruang untuk penulis memperbaiki penulisannya namun diharap usahanya berdakwah melalui buku akan diteruskan dan mendapat redha Allah =)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Belum pernah lagi sepanjang aku membesar menghabiskan sebuah novel.Tapi novel ni yang pertama aku habiskan sepanjang aku meniti hidup sebagai seorang PEMUDA novel telah membakar semangat aku untuk menjadi seorang daie yang gagah dan hebat pada usia yang muda.Banyak ilmu yang boleh dikutip dari novel ini.Saidina Ali Karamallah Wajhah berkata,"jika mahu melihat pemimpin masa pada hadapan lihatlah pada syabab sekarang".Novel yang menarik.LAILAHAILLAH MUHAMMAD RASULULLAH
novel yang memenangi Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, mengisahkan anak kecil terbiar debenci sekampung dengan hanya satu tempat bergantung kasih menaruh harapan.kisahnya sewaktu kecil sungguh menyayat hati.juga suspens cerita ini sungguh berkesan.jalan cerita yang tidak dijangka.sehingga ke helaian terakhir penulis masih mampu memberi kejutan.juga lengkap dengan glosari untuk pembaca yang asing dengan istilah yang digunakan.Tahniah!
mengisahkan tentang syabab, seorang anak kampung yang kurang bernasib baik. keluarga porak-peranda tetapi mempunyai kak mumtazah, penduduk sekampung yang prihatin padanya. novel yang realistik, menunjukkan jatuh bangun iman watak-watak di dalamnya. pengakhiran yang sukar di jangka =)
Ruhul Syabab, jiwa pemuda dalam mengharungi ujian daripada Allah S.W.T. pahit getir ujian di tempuhi sejak kecil dan mengajar menjadi insan yang hidup hanya untuk mengharapkan keredaan Allah, dengan usaha untuk mengajak Muslim ke landasan syariat yang sebenar.