Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Tuesday, January 21, 2025

JJCM PERAK & PATIN TEMPOYAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Ahad 7am lebih, kami ke Titi Gantung, Perak. Breakfast depan INSPEN BANGI, baris NASI KERABU MOKSU. 


First time tengok nama tempat ni. 


DEWAN FELCRA TITI GANTUNG. Wedding anak sepupu hubby. Sepupu hubby, perempuan. Dulu pensyarah di ITM KUANTAN tapi tak ajar saya. Tak tau nak berjodoh dengan sepupu nya. Hehe. Alhamdulillah seronok jumpa saudara mara. Makanan serius sedap. Ada ACAR JELATAH KUAH KACANG yang lama tak makan.


Selesai majlis, kami drive ke arah LUMUT. Manis mangga ni. Ronda2 cari homestay/hotel.

Asalnya nak check in di SEKINCHAN tapi sawah padi nya belum ditanam, kata owner homestay. 


UBI YAKON. 
Bersebelahan brother jual mangga.


MARINA ISLAND. Banyak betul bot besar dan kapal layar berlabuh. 
Terasa nak ke Pulau Pangkor tapi macam tak ready sebab 1 malam je.


Nampak signboard  ROCKBUNDLAND juga di bookingdotcom. Kami drive masuk terus ke reception. Tak ada rezeki sebab penuh. Resort ni attraction utama ialah memancing depan bilik.


CAFE.


PICNIC AREA. Panas litlit masa ni pukul 1pm. Kalau sunrise atau sunset mesti cantik.


Bilik2 di resort ni. Yang kuning tu, dek untuk memancing.


Ada pool kecil untuk anak2, sebelah reception.


Area resort ni, bersih terjaga ketika kami ronda2 dengan izin adik receptionist. Nak duduk tapi dah penuh. Tak memancing pun tak apa sebab cantik. Private property. Memancing di sini hanya untuk tetamu resort.


Best kan, macam di oversea. Malaysia pun ada tau. Kabin warna warni. Dek memancing depan bilik je.


One for the album. Mak dan anak solehah berbaju kurung ronda2 resort tengah panas litlit. Haha.


Next time la Insyaa Allah.


Jumpa lagi. Babai. ROCKBUND, MARINA ISLAND, PANGKOR, PERAK.


Sambil hubby drive, ma'am besar gugel cari bilik. Call ByCella, Alhamdulillah ada bilik. Review bagus, itu yang penting. Candlelight Dinner tepi Pantai, ByCella boleh uruskan.


Apartment ni lama, ada 2 bilik. Tapi besar bersih kemas. Boleh check in 2.30pm. Tingkat 1, boleh park tepi tangga je. Lif jauh. Puas hati, harga RM270. Boleh bawa extra toto rasanya. Sampai bilik, terlelap kami 3 beranak. 


Pukul 5.30pm kami ke GARDEN BEACH SEAFOOD. Gugel2, famous dan review bagus.


Ikan tu 1 ekor tapi dibelah 2. Dapat 2 jenis lauk. Ikan Bakar dan Ikan 3 Rasa. 1 ekor Sotong Celup Tepung. Kailan Ikan Masin.


+ Kerang Rebus 1/2kg & Tomyam Campur + 3 gelas air Teh O Limau. Harga memang reasonable kata hubby. Sedap yang penting. Alhamdulillah.


Agak mendung hari tu. Hubby nak jalan kaki ke PANTAI TELUK BATIK. Katanya dah makan banyak. Mak & anak solehah drive balik apartment. Jalan kaki ke pantai. Tak jauh sangat pun. 


Wahhh banyak la pulak tempat makan dekat area Pantai. Perut dah kenyang. Bau kopi tu, aduiiii la.


SILA BAWA PULANG SAMPAH ANDA.


Subhanallah cantik sunset.


Walaupun mendung sikit.



Hari Ahad kan, ramai pengunjung. Cuti sekolah jugak.


Lama tak lepak tengok sunset tepi Pantai.


Kami jalan2 ke pantai sebelah sana pula. Pasir lebih bersih.



Buai buai anak solehah. Jangan kawin dengan anak raja.


Ada yang ber-camping. Seronok nya.


Patut lah Pantai sebelah sini lebih bersih dan terjaga. Ada tapak camping. Tandas, bilik air, outdoor sink, plug point semua ada.


Nak jalan balik apartment, nampak couple dengan candlelight dinner. Best nya.


ISNIN pagi. Breakfast depan signboard ni. Lupa snap foto. Makan lempeng kelapa dengan kari. Sedap.


Ikut je hubby drive ikut mana.


Lalu sawah padi. Halfway tukar driver, kesian hubby mengantuk.


Ma'am drive sampai ke Temerloh. Lama tak makan di sini.


Guna troli senang.



Banyak sangat pilihan makanan, pening nak pilih.


Laluan ke cashier.


PATIN TEMPOYAK. MASAK LEMAK TELUR IKAN. TELUR DADAR. ULAM. SAMBAL TEMPOYAK. 


Makin luas. Banyak ruang makan. Juga sudut bergambar dan untuk anak2.


KUIH 3 BERADIK + KOLE KACANG. Tapau juga ni. Kuih Tradisional Pahang, asal dari CHENOR. Memang favorite kami.


UBI YAKON. Sampai rumah baru makan.


Setelah dikupas dan dipotong. Texture macam sengkuang dan manis sikit. Lagi sedap dari sengkuang kot :)
Sumber Foto : PGMall


Khasiatnya. Sumber dari Facebook, dikongsi ramai tapi tiada ditulis sumber utama.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

15 comments:

  1. cantik resort tu..unik nya nama 'pepuyu'..1st time dgr

    ReplyDelete
  2. Seronok jalan² tempat baru, dapat kenal nama² tempat ...
    Teringin pula nak ke Teluk Batik, lama x pegi...
    Kuih 3 beradik tu menarik.
    Ubi yakon tu belum try, ada nmpk member dok jual

    ReplyDelete
  3. Tak pernah la makan ubi Yakon ni. Kalau jumpa pun tak kenal agaknya. Pepena dan Badak Kubang [un tak pernah makan.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa lauk ikan patinnnn
    mana pula sy nak cari kat area ni😁

    ReplyDelete
  5. tampak bersih kawasan persekitarannya... duduk lama2 kat situ mmg syok.layan angin laut

    ReplyDelete
  6. Menarik ikan belah dua, dapatlah 2 rasa. Tak pernah request camtu pulak.
    Jauh juga tu dari Teluk Batik ke Temerloh pula 😅
    Tapi kalau otw balik Kuantan ok lah kan.

    ReplyDelete
  7. waduhhhhh terus lapar tengok menu! bookmark dulu rockbund ni nti ada rezeki blh pegi hehehe

    ReplyDelete
  8. SA pernha pergi telok batik masa remaja dulu...nampak sedap plak semua seafood tu...seronok anak solehah tu ikut sekali ye...

    ReplyDelete
  9. Dah dekat rumah saya dah tu, di Lumut. :)
    Sedap, pekena ikan patin tempoyak.

    ReplyDelete
  10. subhanallah, cantiknya pemandangan...

    ReplyDelete
  11. Anak solehah tak boleh kahwin dengan anak raja ke? Kekeke
    Takpela, tak kahwin dengan anak raja moga kahwin dengan orang kaya xD

    ReplyDelete
  12. Banyak juga khasiat ubi yakon tu yea..terutama nak turunkan berat badan..hehehehehehe..

    ReplyDelete
  13. Ye la, first time dengar Gelung Peyuyu... kurang femes tempat ni

    ReplyDelete
  14. ubi yakun tu 1st time try mkn opismate bawa ...cantik tmpt penginapan ngadap view laut tu...sedapnya tgk menu makanan tu..dlu tk mkn ikan patin tempoyak....tp time outstation ke ganu..singgah lunch rnr temerloh layan menu ikan patin

    ReplyDelete
  15. cantik Rockbundland..dekat benor dgn laut...kuih 3 beradik..first time tengok...

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com